omniture

Huawei Bantu Syarikat Gergasi Insurans China CPIC Terajui Era Digital

Huawei
2017-11-23 15:26 673

"Bagi syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan tradisional, pendigitan bukan suatu label mahupun trend, tetapi faktor utama yang amat penting demi kelangsungan jangka panjang sesebuah perusahaan. Strategi digital CPIC bertujuan untuk menginovasi model-model perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan teknikal. CPIC mengambil langkah teguh ke arah transformasi digital, dan kami akan meneruskan kolaborasi kami dengan Huawei bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan insurans yang mudah dan berkualiti tinggi."

-- Yang Xiaoling
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Digital CPIC

SHENZHEN, China, 23 November 2017 /PRNewswire/ -- Sama seperti banyak garaj yang menjadi tempat bermulanya syarikat-syarikat teknologi yang penting, kafe London mungkin dianggap sebagai tempat bermulanya industri insurans moden. Lloyd's Coffee House, berhampiran Sungai Thames, merupakan tempat perhimpunan kalangan pelaut, peniaga dan pemilik kapal untuk membincangkan perkara-perkara yang menarik minat komuniti, termasuk pembrokeran kapal, perdagangan asing dan penubuhan pasaran lelong untuk pasaran insurans yang kemudiannya menjadi Lloyd's of London. Bermula sebagai tempat pengebumian emas untuk digunakan dalam kehidupan selepas mati oleh firaun Mesir dan rizab bantuan bencana Babylonia purba, kepada mekanisme insurans moden, industri insurans terus berkembang bersama masyarakat manusia demi memenuhi keperluan keselamatan semua orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tahap pendapatan yang lebih tinggi telah meningkatkan taraf hidup kebanyakan individu. Satu kesan daripada fenomena ini ialah keputusan untuk membeli insurans sebagai cara untuk mengurus risiko. Walau bagaimanapun, keadaan produk insurans yang rumit mudah menjejaskan keinginan pelanggan baharu untuk membeli insurans. Selain itu, kaedah-kaedah pemasaran insurans biasa, seperti panggilan tidak diundang, telepemasaran dan promosi bersemuka tidak selari dengan hubungan perniagaan era Internet yang pantas bergerak. Orang ramai tidak lagi semata-mata taksub dengan klausa insurans – mereka lebih bersedia untuk membayar demi cara hidup yang ideal. Oleh yang demikian, industri insurans masa depan akan berhadapan dengan lebih ramai pelanggan yang mengambil masa untuk bersetuju dan perlu berurusan dengan lebih banyak keperluan peribadi dan penyesuaian yang berasaskan senario. Didorong oleh pelbagai faktor dalam pasaran semasa, syarikat-syarikat insurans tradisional berhadapan dengan keperluan untuk menstruktur kembali paradigma operasi mereka mengikut tingkah laku pelanggan semasa dan mengemas kini model-model perniagaan mereka demi inovasi yang lebih hebat. Dengan melakukan demikian, mereka akan lebih bersedia untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan insurans pintar dan sehenti dalam seluruh saluran pemasaran, bermula daripada khidmat runding kepada pembelian, dan tuntutan insurans hinggalah kepada pembaharuan.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri insurans legasi semakin meningkat disebabkan oleh tekanan daripada syarikat-syarikat Internet baharu yang membuka saluran jualan dan pemasaran baharu. Kenaikan kos operasi dan kecekapan yang dipertingkat merupakan topik-topik berterusan yang melatari pertumbuhan keseluruhan jumlah perniagaan tahun demi tahun. Syarikat-syarikat insurans tradisional tercari-cari cara yang lebih ideal untuk terus bertahan.

Penerokaan dan Penemuan: CPIC Sertai Huawei Beralih Ke Arah Pendigitan

China Pacific Insurance (Group) Co., Ltd. ("CPIC") ialah sebuah syarikat Fortune Global 500. Ditubuhkan pada tahun 1991, CPIC berkembang menjadi sebuah syarikat perkhidmatan insurans bersepadu dengan pelbagai lesen lengkap yang mencakupi insurans nyawa, hartanah dan kecederaan, pencen, kesihatan dan pertanian serta pengurusan aset. Beribu pejabat di Shanghai, CPIC mempunyai lebih 5,400 cawangan dan tenaga kerja seramai lebih 90,000 kakitangan. CPIC menyediakan penyelesaian jaminan risiko kepada lebih 100 juta pelanggan melalui jaringan pemasaran seluruh negara dan platform perkhidmatan yang pelbagai.

Menerusi perkembangan pesat Internet mudah alih, CPIC terus meneroka teknologi-teknologi baharu bagi meningkatkan operasi perniagaan dan khidmat pelanggan, dan pada tahun 2017, mengumumkan dengan rasminya strategi 'CPIC Digital'. Prinsip-prinsip teras strategi ini termasuk tumpuan terhadap transformasi 'dipacu keperluan pelanggan' dengan menyediakan produk dan perkhidmatan mengikut maklumat pelanggan; membangunkan aplikasi pelanggan melalui penciptaan enjin teknologi pintar; mewujudkan platform perkongsian perniagaan dan pengurusan bagi mencipta alatan baharu, paradigma dan sektor-sektor. CPIC komited untuk melaksanakan serta merta strategi 'CPIC Digital' dan mempercepatkan usaha transformasi digital melalui penerimaan Internet dan menggabungkan teknologi baharu ke dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Huawei ialah sebuah syarikat gergasi teknologi tinggi dengan kekuatan teknikal tiada tandingan yang tidak pernah berhenti mengkaji, membangunkan dan meneroka teknologi-teknologi baharu. Sebagai peneraju industri dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi canggih dalam pengkomputeran awan, Data Besar dan komunikasi tertumpu, Huawei mempunyai tumpuan perniagaan strategik yang sama dengan CPIC yang mengkhusus untuk memperkasa usaha transformasi digital merentasi industri.

Dengan falsafah pembangunan yang serupa dan matlamat untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih baik, CPIC dan Huawei menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik pada September 2014. Seterusnya, kedua-dua syarikat menubuhkan makmal aplikasi teknologi untuk bersama-sama meneroka sejauh mana teknologi-teknologi IT baharu boleh digunakan dalam perniagaan insurans.

Berpandukan perjanjian kerjasama strategik, para eksekutif daripada kedua-dua pihak sering berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Pada bulan Jun 2017, Kong Qingwei, Pengerusi CPIC dan Pengasas Huawei Ren Zhengfei bertemu di Shenzhen, China dan dua bulan kemudian, bertemu sekali lagi di Shanghai. Kedua-dua pihak menyatakan hasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya makmal bersama itu bagi memberikan potensi penuh gabungan kelebihan daripada kedua-dua syarikat. Matlamat yang sama antara CPIC dan Huawei adalah untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman perkhidmatan insurans yang lengkap dan untuk menerajui tempoh pertumbuhan selanjutnya untuk industri insurans.

Perkhidmatan Digital Berbilang Saluran: Strategi 'CPIC Digital'

Tidak seperti makanan, pakaian mahupun perumahan, insurans bukanlah keperluan asas dalam kehidupan orang ramai. Atas sebab inilah industri insurans akan sentiasa berdepan dengan cabaran dalam fasa pemasaran. Taktik pemasaran tradisional bergantung pada rujukan peribadi dan pendekatan promosi dari rumah ke rumah – kedua-duanya tidak berkembang dengan cekap dan lebih sesuai untuk pembelian satu kali. Namun begitu, dalam era pengkomputeran awan dan Data Besar masa kini, industri insurans mempunyai kelebihan data semula jadi, memandangkan kini peninjauan dan penganalisaan data perniagaan, maklumat pelanggan dan maklumat media dengan mendalam bagi menyediakan profil pelanggan yang menyeluruh lebih mudah dilaksanakan berbanding sebelum ini. Hasilnya ialah kebolehan untuk menyasarkan dengan lebih tepat bakal pelanggan dan menemui pilihan peluang yang lebih luas mengikut segmen atau saluran pasaran bagi menghasilkan inovasi produk dan memperoleh pandangan yang lebih baik tentang kedinamikan pasaran insurans. Pasaran-pasaran menjadi lebih berdaya saing apabila syarikat-syarikat insurans sanggup membentuk semula model-model perniagaan dan corak perkhidmatan.

Pada tahun 2016, CPIC dan Huawei melancarkan penyelesaian kewangan dan insurans yang dibangunkan melalui platform infrastruktur IT dan Data Besar. CPIC menyediakan sistem pemprosesan 'ATM Data Pelanggan' dengan segera untuk meninjau dan menganalisa ratusan juta titik data peringkat pelanggan, termasuk umur, pendidikan, pendapatan, keluarga dan sejarah pembelian insurans. Berdasarkan keputusan tersebut, aplikasi perniagaan bahagian depan disesuaikan demi menyediakan maklumat pelanggan mengikut individu dengan satu klik. Sistem tersebut menyokong 4,000 nod dan menyediakan maklumat mengikut permintaan peribadi pelanggan dan penyelesaian jaminan.

Pada masa lalu, apabila aktiviti-aktiviti perkhidmatan untuk pelanggan insurans sasaran perlu dihentikan sementara, kumpulan pelanggan sasaran perlu dipilih dan diambil daripada pangkalan data secara manual. Pendekatan ini adalah tidak cekap, memakan masa dan dikekang oleh keupayaan keserentakan minimum sistem tersebut. Kakitangan khidmat pelanggan seringkali tidak dapat mencapai potensi yang diperlukan untuk pelanggan yang terlibat dalam tempoh masa yang dipendekkan. Hari ini, CPIC membuat satu kelainan dengan menggunakan teknologi pangkalan data Solr dan Spark sumber terbuka yang menyediakan pemprosesan data kumpulan masa sebenar untuk aplikasi-aplikasi dengan purata masa tindak balas pertanyaan selama 3 saat. Sistem khidmat pelanggan CPIC dibangunkan melalui platform ini bagi menyokong carian kata kunci pelbagai peringkat dan berbilang dimensi yang mencapai 'hasil serta merta dan penerapan peringkat kedua'. Teknologi-teknologi pangkalan data baharu ini membuka jalan untuk beralih kepada perkhidmatan insurans yang lebih pintar.

Selain itu, CPIC mengguna pakai penyelesaian Awan Perusahaan Huawei demi mengoptimumkan dan menaik taraf infrastruktur awan perusahaannya. Seni bina hiper-tertumpu baharu yang melaksanakan Storan Tentuan Perisian (SDS) meningkatkan masa tindak balas untuk sistem aplikasi CPIC dengan ketara. Selain itu, bagi menampung peningkatan yang dijangkakan terhadap akses serentak oleh pelanggan akan datang, CPIC dan Huawei membangunkan dan mengesahkan penyelesaian Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) untuk rangkaian pusat datanya dengan keputusan yang bagus.

Sepanjang tahun 2017, CPIC dan Huawei terus memperkukuh jalinan kerjasama mereka dalam pelbagai bidang, termasuk pusat data dan pembinaan awan perusahaan, Data Besar dan Kepintaran Buatan (AI) serta keselamatan digital. Kedua-dua syarikat bekerjasama erat bagi menggalakkan pembinaan infrastruktur pusat data awan CPIC, mencipta aplikasi industri yang inovatif dan meningkatkan keselamatan digital. Kedua-dua CPIC dan Huawei dijangka untuk meneroka dan mengkaji bersama-sama inovasi selanjutnya untuk 'awan CPCI', 'khidmat pelanggan pintar' dan 'kawalan risiko digital'. Apabila digabungkan, semua usaha ini dapat membantu mempercepatkan penyempurnaan transformasi digital CPIC.

"Bagi syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan tradisional, pendigitan bukan suatu label mahupun trend, tetapi faktor utama yang amat penting demi kelangsungan jangka panjang sesebuah perusahaan," kata Yang Xiaoling, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Digital CPIC. "Strategi digital CPIC bertujuan untuk menginovasi model-model perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan teknikal. CPIC mengambil langkah teguh ke arah transformasi digital, dan kami akan meneruskan kolaborasi kami dengan Huawei bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan insurans yang mudah dan berkualiti tinggi."

Beberapa tahun kebelakangan ini, Huawei melaporkan kadar pertumbuhan pantas bagi pendapatan jualan dalam pasaran perkhidmatan kewangan China, dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) melebihi 90 peratus. Produk dan penyelesaian Huawei digunakan oleh ramai pelanggan dalam industri insurans bagi membantu mereka mencapai matlamat transformasi digital mereka. Pada masa depan, Huawei akan memanfaatkan kedudukan berpandangan jauhnya dalam industri teknologi bagi menyediakan pandangan strategik untuk pelanggan perkhidmatan kewangannya bagi mencapai transformasi digital dan terus mendayakan transformasi untuk seluruh industri perkhidmatan kewangan.

Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 perusahaan terbaik memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka bagi tujuan transformasi digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Huawei dalam membantu perusahaan-perusahaan mencapai usaha transformasi digital, sila layari:

http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html?utm_campaign=lni17-minisiteen&utm_medium=hwdc&utm_source=ebghome-en&source=eebghq175155l

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Insurance Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment