omniture

Pemegang Unit IndiGrid Sebulat Suara Luluskan Pemerolehan

IndiGrid
2017-11-23 16:13 730

MUMBAI, 23 November 2017 /PRNewswire/ --

Sorotan Utama  

  • IndiGrid terima 100% kelulusan bagi pemerolehan aset dalam EGM 
  • DPU tahunan meningkat daripada INR 11.00/unit kepada INR 11.44/unit 

IndiGrid, Amanah Pelaburan Infrastruktur pertama India (InvIT) dalam sektor kuasa, mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) julung kalinya pada 20 November 2017 di Mumbai. Pemegang unit mengundi pemerolehan RAPP Transmission Company Limited (RTCL), Purulia dan Kharagpur Transmission Company Limited (PKTCL) dan Maheshwaram Transmission Limited (MTL) daripada Sterlite Power Grid Ventures Limited (Penaja).

Peraturan SEBI yang terpakai untuk InvIT memerlukan resolusi tersebut diluluskan oleh majoriti pemegang unit tidak termasuk Pihak Penaja. Resolusi pemerolehan tersebut diluluskan sebulat suara oleh semua pemegang unit yang mengambil bahagian. Mengulas tentang keputusan EGM, En. Pratik Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif IndiGrid, berkata, "Ini merupakan satu respons yang sangat menggembirakan daripada pemegang unit untuk set pemerolehan pertama oleh IndiGrid. Kami berasa terharu dengan keputusan ini dan akan berusaha meneruskan pemerolehan akretif yang bernilai, selari dengan wawasan kami."

IndiGrid bakal menyelesaikan pemerolehan ini menjelang Suku Keempat Tahun Fiskal 2018. Ini akan membawa kepada pertumbuhan DPU tahunan sebanyak ~4% daripada INR 11.00/unit kepada INR 11.44/unit.

Latar Belakang IndiGrid: 

IndiGrid [BSE: 540565 | NSE: INDIGRID] ialah Amanah Pelaburan Infrastruktur (InvIT) pertama yang ditubuhkan untuk memiliki aset-aset transmisi kuasa antara negeri di India. IndiGrid memiliki 10 elemen menjana pendapatan bebas, termasuk 8 barisan transmisi dengan 1,936 ckms dan 2 substesen dengan kapasiti sebanyak 6,000 MVA. InvIT merupakan instrumen pelaburan yang memiliki kebanyakan aset infrastruktur operasi di India dan sama seperti Amanah Pelaburan Hartanah ('ReIT'), Yieldcos dan perkongsian terhad induk ('MLP').

Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.indigrid.co.in.

Hubungi:

Media:
corpcomm@indigrid.co.in  

Perhubungan Pelabur:
Investor.relations@indigrid.co.in

 

Source: IndiGrid
Related Stocks:
Bombay:540565
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers