omniture

Pelancaran Airborne Capital Sasar $US5 bilion Aset Terurus

FEXCO
2017-11-24 20:01 547

DUBLIN, 24 November 2017 /PRNewswire/ --

  • Perniagaan pakar pajakan dan pengurusan aset pesawat disokong oleh FEXCO  
  • Pasukan pengurusan  berpengalaman tinggi dengan jumlah pengalaman lebih 100 tahun 
  • Sejarah inovasi dan kepakaran dalam penstrukturan dan pengurusan pelaburan penerbangan 
  • Menawarkan model unik untuk kerjasama dengan pelabur yang ingin melabur dalam industri penerbangan

Airborne Capital hari ini mengumumkan pelancarannya dengan pasukan pengurusan yang berpengalaman tinggi dalam industri, dan dengan sokongan kuat daripada FEXCO Group, syarikat perkhidmatan kewangan persendirian terbesar di Ireland. Syarikat ini mempunyai pelan agresif untuk mengembangkan perniagaan dengan menguruskan aset pesawat yang melebihi US$5 bilion dalam tempoh lima tahun pertama ia dilancarkan.

Beribu pejabat di Ireland, dan bermula dengan beberapa pejabat di Dublin dan London, Airborne Capital merupakan sebuah pakar pengurus pajakan dan aset pesawat dengan capaian kepada modal yang besar. Airborne Capital akan bertindak sebagai penghubung antara pelabur-pelabur yang mencari penyelesaian pelaburan yang ditempah khas dalam industri penerbangan, dengan pengeluar yang mengkehendaki pembiayaan penerbangan melalui penyelesaian modal terbeza.

Industri penerbangan komersil dijangka akan menggandakan jumlah kapal terbang mereka dalam tempoh 20 tahun akan datang berdasarkan pertambahan permintaan penumpang (4.7% setiap tahun sehingga 2036*). Perkembangan ini akan mencetuskan keperluan kewangan yang tidak akan mampu dipenuhi oleh sumber modal tradisional. Airborne Capital akan menyediakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan ini, dan menawarkan kepakarannya kepada penyedia modal baharu bagi memenuhi kehendak perkembangan industri penerbangan.

Ramki Sundaram bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Airborne Capital dan memiliki 20 tahun pengalaman bekerja dalam kewangan penerbangan serta sebelum ini merupakan Ketua Penerbangan di Natixis, salah sebuah bank terkemuka dalam pembiayaan penerbangan. Mengulas mengenai pelancaran ini, beliau berkata:

"Kami sangat teruja untuk melancarkan usaha niaga ini dengan sokongan kuat FEXCO. Pasukan Airborne Capital mempunyai pengalaman luas menyedia dan mengurus platform pelaburan dan dana yang inovatif untuk pelabur-pelabur global yang ingin menempatkan modal dalam penerbangan."  

FEXCO telah mengenal pasti perkhidmatan kewangan untuk aset penerbangan sebagai peluang pelaburan jangka panjang yang menarik untuk kumpulan ini dan ia telah menyokong keputusannya untuk melabur dalam Airborne Capital.

Denis McCarthy, Ketua Pegawai Eksekutif FEXCO berkata:

"Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan Airborne Capital dalam inisiatif penting ini dan kami menanti-nanti untuk meluaskan keberadaan kami dalam sektor dinamik pasaran perkhidmatan kewangan ini. Dengan sokongan kewangan yang boleh kami sediakan dan kepakaran industri pasukan ini kami percaya perniagaan ini boleh berkembang pantas bagi memainkan peranan utama dalam segmen pasaran yang disasarkan." 

Pasukan Airborne Capital turut melibatkan pihak berikut sebagai rakan pengasas:

  • Cian Doley memiliki lebih 25 tahun pengalaman penerbangan yang pelbagai daripada pembuatan pesawat, hak pemberi pajak pesawat dari permulaan, bank-bank pembiayaan penerbangan dan pakar dana-dana penerbangan.
  • Anand Ramachandran turut serta daripada firma pajakan pesawat Goshawk di mana beliau memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Beliau memiliki pengalaman merentas pelbagai jabatan komersil syarikat penerbangan dan pembiaya penerbangan.
  • Jocelyn Noel turut serta daripada Naxitis di mana beliau mengetuai pensindiketan penerbangan bagi bank-bank dan institusi-institusi. Beliau sebelum ini bekerja di semua pusat kewangan penerbangan utama - Paris, Hong Kong, New York dan yang terbaru di London.
  • John O'Flynn akan turut serta pada Januari 2018 daripada firma pajakan pesawat Goshawk di mana beliau memegang jawatan dalam fungsi kewangan korporat - terdahulu daripada itu beliau memegang pelbagai jawatan kanan di Ryanair.
  • Eugene Lui turut serta daripada firma pajakan pesawat Goshawk di mana beliau memegang jawatan yang merentas Kewangan Korporat dan fungsi-fungsi Komersil sejak menyertai syarikat sebagai rakan pengasas.

Sumber: FEXCO

Source: FEXCO
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Transportation