DUBLIN, 24 November 2017 /PRNewswire/ --
Airborne Capital hari ini mengumumkan pelancarannya dengan pasukan pengurusan yang berpengalaman tinggi dalam industri, dan dengan sokongan kuat daripada FEXCO Group, syarikat perkhidmatan kewangan persendirian terbesar di Ireland. Syarikat ini mempunyai pelan agresif untuk mengembangkan perniagaan dengan menguruskan aset pesawat yang melebihi US$5 bilion dalam tempoh lima tahun pertama ia dilancarkan.
Beribu pejabat di Ireland, dan bermula dengan beberapa pejabat di Dublin dan London, Airborne Capital merupakan sebuah pakar pengurus pajakan dan aset pesawat dengan capaian kepada modal yang besar. Airborne Capital akan bertindak sebagai penghubung antara pelabur-pelabur yang mencari penyelesaian pelaburan yang ditempah khas dalam industri penerbangan, dengan pengeluar yang mengkehendaki pembiayaan penerbangan melalui penyelesaian modal terbeza.
Industri penerbangan komersil dijangka akan menggandakan jumlah kapal terbang mereka dalam tempoh 20 tahun akan datang berdasarkan pertambahan permintaan penumpang (4.7% setiap tahun sehingga 2036*). Perkembangan ini akan mencetuskan keperluan kewangan yang tidak akan mampu dipenuhi oleh sumber modal tradisional. Airborne Capital akan menyediakan penyelesaian untuk memenuhi keperluan ini, dan menawarkan kepakarannya kepada penyedia modal baharu bagi memenuhi kehendak perkembangan industri penerbangan.
Ramki Sundaram bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Airborne Capital dan memiliki 20 tahun pengalaman bekerja dalam kewangan penerbangan serta sebelum ini merupakan Ketua Penerbangan di Natixis, salah sebuah bank terkemuka dalam pembiayaan penerbangan. Mengulas mengenai pelancaran ini, beliau berkata:
"Kami sangat teruja untuk melancarkan usaha niaga ini dengan sokongan kuat FEXCO. Pasukan Airborne Capital mempunyai pengalaman luas menyedia dan mengurus platform pelaburan dan dana yang inovatif untuk pelabur-pelabur global yang ingin menempatkan modal dalam penerbangan."
FEXCO telah mengenal pasti perkhidmatan kewangan untuk aset penerbangan sebagai peluang pelaburan jangka panjang yang menarik untuk kumpulan ini dan ia telah menyokong keputusannya untuk melabur dalam Airborne Capital.
Denis McCarthy, Ketua Pegawai Eksekutif FEXCO berkata:
"Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan Airborne Capital dalam inisiatif penting ini dan kami menanti-nanti untuk meluaskan keberadaan kami dalam sektor dinamik pasaran perkhidmatan kewangan ini. Dengan sokongan kewangan yang boleh kami sediakan dan kepakaran industri pasukan ini kami percaya perniagaan ini boleh berkembang pantas bagi memainkan peranan utama dalam segmen pasaran yang disasarkan."
Pasukan Airborne Capital turut melibatkan pihak berikut sebagai rakan pengasas:
Sumber: FEXCO