omniture

GAC Motor perkenal GM8 MPV untuk mentakrif semula landskap MPV mewah China

GAC Motor
2017-11-24 21:43 745

Di Auto China 2017, GAC Motor juga mendedahkan kereta konsep iSPACE dan pandu sendiri GE3

GUANGZHOU, China, 24 November 2017 /PRNewswire/ -- pembuat kereta China yang berkembang pesat, GAC Motor, telah membariskan keluaran baharu kelas mewah termasuk MPV pertama jenama, GM8, kereta konsep elektrik pintar iSPACE dan pandu sendiri GE3 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017 pada 17 November, menonjolkan konsep-konsep rekaan terkini dan teknologi masa hadapan.

GAC Motor perkenal MPV pertama, GM8 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017
GAC Motor perkenal MPV pertama, GM8 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017

Menyasarkan pasaran mewah, GM8 telah direka di platform peringkat C GAC Motor yang telah menggabungkan sumber dan teknologi tercanggih dunia. Keunggulan MPV baharu ini tidak hanya dilihat pada rekaan luar yang hebat, tetapi juga tempat duduk kapten yang mewah, teknologi pintar dan ciri-ciri keselamatan yang terbaik.

GM8, MPV baharu GAC Motor
GM8, MPV baharu GAC Motor

"Pasaran auto China menyaksikan permintaan yang meningkat bagi MPV yang luas dan praktikal yang boleh menampung keperluan keluarga dan perniagaan," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "Dengan GM8 yang serba boleh, GAC Motor bertujuan untuk menyegarkan semula piawaian pasaran MPV mewah China dan menakrif semula landskapnya dalam kenderaan mewah zaman baharu."

Barisan mewah GAC Motor terdiri daripada MPV GM8, kereta sedan GA8 dan SUV mewah GS8 yang telah dilancarkan dengan rasminya, menjadikan syarikat ini pembuat kereta yang pertama untuk meliputi pasaran kereta sedan dari kelas pertengahan ke mewah, SUV dan  MPV dengan susun atur lengkap kenderaan Kelas C yang mewah.

MPV GM8 dijangka akan dilancarkan di China pada 30 Disember dengan lingkungan harga antara 180,000-270,000 yuan (USD27.000-41.000)

Yu Jun, presiden GAC Motor
Yu Jun, presiden GAC Motor

Melalui penyelidikan yang menyeluruh ke atas tabiat memandu dan gaya hidup generasi muda, GAC Motor memperkenalkan iSPACE, kereta konsep elektrik yang menyorot konsep terkini "kereta berhenti, hidup bermula," yang melihat kenderaan ini sebagai ruang tempat tinggal mudah alih yang boleh bertukar antara mod memandu dan tempat tinggal dengan mudah.

Kereta pandu sendiri generasi kedua GAC Motor, WitStarII, yang diperkenalkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017 telah dibangunkan berdasarkan kepada kereta elektrik pertama syarikat, GE3. Ia menggunakan penyelesaian sensor berketepatan tinggi, termasuk Lidar 64-beam, kamera 360-darjah dan radar gelombang 77G milimeter yang berfungsi di bawah keadaan jalan yang berbeza.

Dengan memimpin dalam mewujudkan kehidupan baharu dengan sains dan teknologi, GAC Motor telah melengkapkan rangkaian produk mewah untuk memenuhi trend masa hadapan dan pada masa yang sama membina gaya hidup auto yang hijau dan rendah karbon dengan kelebihan dalam sektor tenaga baharu.

Rod Alberts, pengarah eksekutif Persatuan Pengedar Kereta Detroit (DADA) dan Pertunjukan Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS), telah menghadiri pelancaran di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017 dan telah menjemput GAC Motor secara rasmi untuk menyertai pertunjukan pada bulan Januari depan.

Rod Alberts, pengarah eksekutif Pertunjukan Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS)
Rod Alberts, pengarah eksekutif Pertunjukan Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS)

GAC Motor dijangka kembali ke NAIAS dalam tahun 2018 dengan barisan blokbuster, termasuk GM8, GA8, GS8, kereta sedan GA4 baharu pengeluaran besar-besaran dan kereta konsep serba baharu.

Yu Jun berkata bahawa matlamat strategik syarikat adalah untuk mewujudkan jenama China bertaraf dunia yang sampai ke pasaran global. Setakat ini, GAC Motor telah menubuhkan rangkaian penjualan dan perkhidmatan global di 14 buah negara merangkumi Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Utara.

 "GM8 menandakan pencapaian baharu yang melengkapkan rangkaian produk mewah kami, kami memasuki era baharu apabila kami meletakkan  jenama kami ke arah pasaran mewah," beliau berkata. "Kami sedang membina Pusat R&D Amerika Utara pertama di Lembah Silikon dalam tahun ini dan merancang untuk memasuki pasaran Amerika Utara menjelang tahun 2019."

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan dalam tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah sebuah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina bagi tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017. Syarikat merancang untuk membentuk kapasiti pengeluaran sebanyak 500,000 kereta menjelang 2017 dan 1,000,000 kenderaan menjelang 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Hubungi:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999744-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999744-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999744-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999744-1-d

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news