DUBAI, UAE, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group membuka peluang kepada rangkaian pilihan yang belum pernah disediakan menerusi lebih 150 pengalaman gaya hidup yang dapat memenuhi aspirasi semua sempena musim perayaan ini. Menerusi http://www.myfestivedubai.com, Syarikat memperkenalkan pelbagai pengalaman yang dapat 'menjadikan impian anda suatu kenyataan'.
Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Musim perayaan adalah apabila individu berbeza mengimpikan perkara berbeza - dan ini diperlihatkan dalam tumpuan kami menerusi tema kempen http://www.myfestivedubai.com tahun ini - 'jadikan impian anda suatu kenyataan'. Bermula dengan hidangan yang enak hinggalah kepada tarikan hiburan, penginapan hotel dan banyak lagi, kami menyediakan peluang kepada tetamu kami untuk menikmati tawaran terbaik Dubai."
Semak senarai tempat dan aktiviti di bawah tajuk 'Musim Perayaan', terokai bagaimana untuk menjadikan 'Malam Tahun Baharu' ini suatu yang tidak dapat dilupakan, pilih daripada pelbagai 'Acara Korporat' atau tempahlah pilihan kesukaan anda di 'Ganjaran Perayaan'. Terdapat juga beberapa pengalaman 'Staycation' yang menjamin nilai yang tiada tandingan.
Pengalaman-pengalaman ini mencakupi tiga jenama Emaar Hospitality Group - Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts, dan Rove Hotels, serta Arabian Ranches Golf Club, Dubai Polo & Equestrian Club dan Dubai Marina Yacht Club Emaar Leisure Group. Dunia kulinari yang enak menanti anda di lokasi Menjamu Selera Gaya Hidup - At.mosphere, Burj Khalifa; La Serre Bistro & Boulangerie di Vida Downtown, dan Sean Connolly di Dubai Opera.
Terdapat 75 tawaran bagi meraikan 'Musim Perayaan' yang mencakupi restoran-restoran di 11 hotel operasi Syarikat ini di Dubai. Terdapat hampir 50 tawaran untuk menjadikan Malam Tahun Baharu suatu yang akan dikenang. Para tetamu boleh memilih daripada 25 acara korporat dan pelbagai ganjaran perayaan eksklusif termasuk masakan ayam belanda bawa pulang yang disediakan oleh cef-cef berpengalaman.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman Staycation, dapatkan 15 peratus potongan bagi penginapan di Address Hotels + Resorts dan Vida Hotels and Resorts antara 28 Disember 2017 dan 2 Januari 2018 bagi tempahan sebelum 30 November 2017.
Tetamu-tetamu mendapat nilai tambahan apabila mereka mendaftar program kesetiaan U By Emaar yang disediakan oleh Emaar Hospitality dengan kerjasama Emaar Entertainment, bagi mendapatkan Upoint, mata wang U By Emaar, dengan 1 Upoint bagi setiap AED 2 yang dibelanjakan.
Butiran lanjut, layari http://www.myfestivedubai.com atau hubungi +971-4-888-3444.