omniture

DERMALOG Pamer Biometrik Berbilang yang Menangi Anugerah di Trustech 2017

Dermalog Identification Systems GmbH
2017-11-27 09:33 443

CANNES, Perancis, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Biometrik memainkan peranan yang kian penting dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, semakin ramai orang menggunakan jari atau wajah mereka untuk membuka kunci telefon bimbit mereka sendiri. Ini bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga lebih cepat dan selesa daripada memasukkan PIN. Bagi menambah baik kebolehpercayaan terhadap pengesahan biometrik, kini sudah ada kemungkinan untuk menggabungkan beberapa ciri seperti cap jari, geometri wajah dan tekstur iris. Apa yang dikenali sebagai biometrik multimod ini telah menjadi salah satu daripada trend paling penting untuk pengenalpastian diri.

generated by system

DERMALOG, penyedia terkemuka Jerman bagi penyelesaian biometrik, akan mempamerkan teknologi terkini berkaitan biometrik berbilang di Trustech di Cannes tahun ini. Syarikat berpangkalan di Hamburg ini telah membangunkan Automasi Sistem Pengenalpastian Biometrik (ABIS) yang dapat membandingkan data jari, wajah dan mata secara serentak untuk ketepatan maksimum.

DERMALOG baru sahaja menerima Anugerah Perniagaan Jerman 2017 dalam kategori "Perisian Pengenalpastian Paling Maju" untuk ABISnya. Günther Mull, Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG, berkata, "Biometrik berbilang, gabungan antara dua atau lebih ciri-ciri biometrik, kini mengalami peningkatan. Dengan ABIS, DERMALOG meletakkan diri sebagai pemimpin inovasi dan menawarkan pengenalpastian selamat pada tahap yang lebih baik." Sistem syarikat telah pun digunakan di seluruh dunia, dalam perbankan dan pengawasan sempadan serta pengeluaran dokumen rasmi seperti pasport dan lesen memandu.

DERMALOG akan menjadi pempamer semasa Trustech 2017 di tingkat "Riviera", reruai L 020. Untuk maklumat lanjut mengenai keluaran dan penyelesaian inovatif syarikat lawati http://www.dermalog.com.

Perhubungan media:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Sven Böckler
Perhubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel.: +49(40)413227-0
Faks: +4940413227-89 
E-mel: info@dermalog.com

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Internet Technology Trade show news