omniture

Microsoft, Heungkong Group dan Zon Perdagangan Bebas Nansha China lancar Program Inkubasi Awan Microsoft

Heungkong Group
2017-11-27 12:05 750

GUANGZHOU, China, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Kepintaran Buatan bertemakan "Era Baharu AI Terajui Masa Depan Awan" diadakan di Daerah Nansha, Guangzhou, China pada 17 November 2017, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan tempatan untuk terus mempromosikan pembangunan sektor baharu mencakupi generasi seterusnya teknologi maklumat, perubatan Kepintaran Buatan dan Biologi (AIB). Acara tersebut menarik perhatian lebih berpuluh-puluh syarikat teknologi dan kewangan terkenal di peringkat antarabangsa, termasuk Heungkong Group, Microsoft (China), iFLYTEK, Tricorn (Beijing) Technology, Malong Technologies dan Megvii.

Program Inkubasi Teknologi Awan & Mudah Alih Microsoft - Platform Inkubasi Aplikasi Awan & Mudah Alih Guangzhou dilancarkan secara rasmi di sidang kemuncak
Program Inkubasi Teknologi Awan & Mudah Alih Microsoft - Platform Inkubasi Aplikasi Awan & Mudah Alih Guangzhou dilancarkan secara rasmi di sidang kemuncak

Dianjurkan oleh Heungkong Group, dengan kerjasama Microsoft (China), berserta bantuan daripada jawatankuasa pentadbiran Zon Pembangunan Nansha, sidang kemuncak tersebut menghimpunkan sebilangan pegawai kerajaan Cina dan para eksekutif kanan perniagaan. Para hadirin terdiri daripada mantan menteri Jabatan Kerja Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat CPC dan mantan setiausaha Persekutuan Jawatankuasa Parti Industri dan Perdagangan Seluruh China, Hu Deping; timbalan pengarah Jabatan Kerja Barisan Bersatu Jawatankuasa Part Wilayah Guangdong, Li Yangchun; ahli Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Perbandaran Guangzhou; setiausaha Jawatankuasa Parti Zon Pembangunan Nansha (Zon Perdagangan Bebas Nansha China); pengarah jawatankuasa pentadbiran Zon Pembangunan Nansha dan setiausaha Jawatankuasa Daerah Nansha, Cai Chaolin; timbalan setiausaha Jawatankuasa Daerah Nansha dan ketua eksekutif Daerah Nansha, Zeng Jinze; naib pengerusi Persekutuan Industri dan Perdagangan Guangdong, Lu Xiaozhou; ketua jurutera Suruhanjaya Industri dan Teknologi Maklumat Perbandaran Guangzhou, Hu Zhigang; timbalan pengarah jawatankuasa pentadbiran Zon Pembangunan Nansha, Xie Ming; pengerusi Heungkong Group, Chi Keung Lau dan presiden Mei Hing Chak; Ketua Pegawai Operasi Microsoft (China), Horace Chow dan naib presiden Microsoft untuk Rantau Besar China, Teng Wen. Di samping itu, mantan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama, turut diundang menghadiri acara tersebut sebagai penyampai ucaptama.

Pada 3 Mei 2017, Nansha menjalin kerjasama dengan Microsoft (China) dan Heungkong Group bagi memperkenalkan Program Inkubasi Teknologi Awan & Mudah Alih Microsoft - Platform Inkubasi Aplikasi Awan & Mudah Alih Guangzhou (Program Inkubasi Awan Microsoft). Platform inkubasi tersebut dilancarkan secara rasmi di sidang kemuncak, dengan 11 pasukan AI yang melepasi proses penilaian semasa jerayawara telah diundang secara rasmi untuk mengambil bahagian dalam program inkubasi tersebut. Setakat ini, program tersebut merekrut 18 pasukan AI terkenal, kesemuanya diberikan ruang pejabat tanpa sewa di Pusat Kewangan Antarabangsa Heungkong di Nansha selama empat hingga enam bulan sepanjang tempoh pasukan tersebut akan "diinkubasi".

 "Platform inkubasi yang berfungsi sebagai kunci teknologi untuk membantu Nansha merealisasikan visinya dari segi AI, menyediakan daerah tersebut dengan peluang yang belum pernah diberikan sebelum ini untuk mengukuhkan dan memperluas industri AInya sendiri," kata Cai Chaolin. "Nansha merancang untuk mempercepatkan pembinaan kluster industri AI yang bernilai 100 bilion yuan (kira-kira US$15 bilion) dengan memanfaatkan sepenuhnya peranannya sebagai zon perdagangan bebas dan zon demonstrasi inovasi kendiri ditetapkan kerajaan, dengan matlamat untuk mewujudkan bandar pintar tambahan AI baharu dan berorientasikan masa depan."

Sebagai platform inkubasi ke-18 Microsoft dan platform pertama yang menyasarkan teknologi canggih dalam kepintaran buatan, Program Inkubasi Awan Microsoft amat dihargai oleh Microsoft.

Di sidang kemuncak, Horace Chow mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan Heungkong Group dan berkata bahawa mereka berharap dapat mempromosikan platform inkubasi tersebut di Nansha. Agar selari dengan apa yang digelar oleh daerah tersebut sebagai siri dasar "1+1+10", satu program untuk mengubah kawasan tersebut menjadi salah satu hab komersial dan perindustrian utama Guangzhou, Microsoft berjanji untuk memudahkan usaha inovasi secara proaktif dengan menyeluruh menerusi tumpuan terhadap pengkomputeran awan, internet komunikasi benda, data besar dan kepintaran buatan, yang membantu meningkatkan pembangunan syarikat-syarikat yang inovatif.

Sebagai salah satu daripada 500 syarikat milik persendirian terbaik di China, Heungkong Group, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk berubah menjadi sebuah syarikat masa depan, mengalihkan bahagian penting dalam tumpuannya kepada sektor teknologi.

Dalam ucapan beliau, Mei Hing Chak berkata bahawa Heungkong Group mula mengukuhkan kehadiran di Zon Perdagangan Bebas Guangdong empat tahun lalu, selari dengan strategi pembaharuan dan pembukaan oleh China. Dengan tumpuan utama terhadap platform perkhidmatan kewangan yang inovatif, serta strategi yang menggabungkan antara data besar, teknologi AI dan inisiatif Internet Plus kerajaan Cina yang menyokong penggunaan Internet dan teknologi moden oleh sektor-sektor industri tradisional negara, syarikat telah membantu syarikat-syarikat dalam proses transformasi perindustrian mereka, membantu mereka mencari laluan pertumbuhan baharu.

Dengan mengguna pakai pendekatan pintar yang mana Heungkong Group akan memanfaatkan tingkah laku berkumpulan demi memberi kesan yang baik dengan menghimpunkan semua syarikat baharu AI dalam satu tempat, syarikat berganding bahu dengan Pengurusan Dana Pelaburan Perindustrian Nansha Guangzhou untuk meneruskan usaha pembangunan sektor tersebut melalui pelancaran bersama dana modal usaha niaga Kepintaran Buatan sebanyak 100 juta yuan (kira-kira US$15 juta). Syarikat berharap dapat meningkatkan kejayaan usaha berkenaan dengan memanfaatkan pengalamannya selama 27 tahun dalam pelbagai industri dan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan. Dana tersebut khususnya akan menyediakan sokongan kewangan yang padu kepada pasukan-pasukan keusahawanan dan syarikat-syarikat baharu dalam bidang kepintaran buatan, data besar, Internet Komunikasi Benda, pengkomputeran awan dan juga pembuatan pintar.

Seorang eksekutif daripada Heungkong Group, yang bertanggungjawab terhadap dana tersebut, berkata bahawa syarikat juga bersedia untuk mengambil bahagian dalam dana industri Kepintaran Buatan yang bernilai 10 bilion yuan (kira-kira US$1.5 bilion), yang dimulakan oleh kerajaan-kerajaan Guangzhou serta Daerah Nansha dan memanfaatkan kekuatan modal dan operasinya demi menggalakkan pembangunan Kepintaran Buatan di Nansha.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171121/1998080-1

Source: Heungkong Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Trade show news