omniture

Absen Lancar Produk Baharu dan Menang Tiga Anugerah Global

Absen
2017-11-27 13:26 554

LONDON, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Absen Corporation telah mengumumkan penganugerahan tiga anugerah global iaitu Anugerah Produk Baharu WFX, Produk 5 Terbaik untuk Gereja di Dallas dan Anugerah Produk Penerbitan Terbaik sempena Anugerah AV 2017 di London. Anugerah-anugerah ini dimenangi hasil pelancaran Siri A27 dan M2.9.

yang terbaharu.Siri A27 Acclaim Absen

Absen dianugerahkan dengan Anugerah Produk Baharu WFX bagi kategori Paparan Video LED Terbaik (ketika Ekspo WFX) di Dallas bulan lalu. Ekspo WFX yang diadakan di Pusat Konvensyen Kay Bailey Hutchinson ialah acara ekspo terbesar bagi pasaran gereja dan menarik perhatian pemimpin kanan, pastor eksekutif, pentadbir perniagaan, pengarah lagu keagamaan dan muzik, pengarah teknikal dan juga kakitangan yang berkaitan.Di samping itu, Siri A27 Acclaim Absen turut terpilih oleh sebagai salah satu daripada 5 Produk Terbaik untuk Gereja oleh Church Production Magazine. Selama bertahun-tahun lamanya, WFX menjadi platform yang mantap untuk pengeluar melancarkan produk-produk baharu. Kakitangan majalah dan penyumbang melawat kawasan pameran bagi melihat pelbagai produk yang dipamerkan untuk memilih produk yang mampu memberi impak besar terhadap pasaran HOW pada tahun hadapan.

Image: Absen
Image: Absen

M2.9 Absen

Awal bulan lalu, pengurus pemasaran Absen Eropah, Selen Guler Arabaci dan pengarah produk Liam Winter telah menerima Anugerah AV 2017 di London bagi Anugerah Produk Penerbitan Terbaik untuk M2.9, di hadapan khalayak yang terdiri daripada lebih 1,200 ahli profesional industri.

Mengulas tentang anugerah tersebut, Winter berkata: "Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada kesungguhan Absen terhadap inovasi dan komitmen berterusan untuk membantu pelanggan agar dapat terus menangani cabaran dalam pasaran acara secara langsung."

Absen ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai penyedia dan pengeluar perkhidmatan bersepadu dalam industri Optoelektronik dan telah membuktikan syarikatnya sebagai pilihan yang hebat dan andal dalam pelbagai pasaran, termasuk pengiklanan pada papan iklan, stadium sukan, kedai runcit, sebagai bahagian pentas, studio penyiaran profesional serta pemasangan korporat. Selama lapan tahun berturut-turut, Absen dipilih sebagai pengeksport paparan LED Cina nombor satu. Penghantaran dalam tempoh 7 hari dan tanpa bayaran pendahuluan untuk pelbagai model standard menjadi bukti kisah kejayaan global mereka.                                                      

Amanda Fu
Tel: +86-13632864229
E-mail:marketing@absen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171115/1988486-1

Source: Absen
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news