omniture

Dunia Berkumpul di Taiwan untuk Pesta Reka Bentuk Bakat Global Menyatukan 21 Organisasi Rekaan Utama 5 Benua

iSee Taiwan Foundation
2017-11-27 14:12 311

TAIPEI, Taiwan, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Pesta Reka Bentuk Bakat Global (GTDF), yang dianjurkan bersama oleh Yayasan iSee Taiwan dan Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Sayling Wen, bersedia untuk aktiviti 2 hari yang menarik dari 25 hingga 26 November. Antaranya, Bengkel Reka Bentuk Bakat Global disesuaikan khusus untuk membantu bakat muda dari Taiwan dan tempat-tempat lain memperoleh kemahiran dan pandangan yang diperlukan untuk mengambil tanggungjawab kepimpinan masa hadapan datang dalam komuniti reka bentuk global.  Aktiviti lain yang dinanti-nantikan ialah Forum Kepimpinan Reka Bentuk Global, yang akan membawakan Ketua Pegawai Eksekutif GK Design Group, Kazuo Tanaka dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Design Australia, Dr. Brandon Gien bersama di atas pentas untuk perbincangan bersahaja dan jujur yang jarang diadakan mengenai perspektif masing-masing tentang reka bentuk yang bagus dan trend reka bentuk global. Di samping itu, GTDF akan menganjurkan Persidangan Dunia Organisasi-organisasi Reka Bentuk yang pertama, yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 21 organisasi reka bentuk seluruh dunia.  Ini termasuk institusi-institusi reka bentuk tempatan dan luar negara serta tokoh-tokoh utama dalam sektor reka bentuk antarabangsa. Pihak penganjur mengharapkan perbincangan dan idea hebat di sekeliling tema "Kepimpinan Berinovasi". Diharapkan idea yang diperolehi di persidangan ini akan menyemai tenaga baharu dalam sektor ini dan dapat memberi sokongan padu kepada promosi dan latihan kepada pemimpin reka bentuk generasi akan datang.

Forum Kepimpinan Reka Bentuk Global sangat bertuah dapat menghimpunkan kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif GK Design Group, syarikat rekaan komprehensif terbesar dan paling mantap di Jepun, Kazuo Tanaka dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Design Australia dan mantan Presiden ICSID, Dr. Brandon Gien.  Untuk berkongsi bagaimana perspektif idea dan reka bentuk yang kreatif, jika dijalinkan dengan baik ke dalam asas reka bentuk, mempunyai kuasa muktamad untuk mengubah dunia menjadi lebih baik.  Lebih daripada 700 orang pelajar reka bentuk, pendidik dan pereka telah mendaftar untuk menghadiri forum ini, yang memperlihatkan impak global GTDF, dan kejayaannya dalam mempromosi kepimpinan yang kreatif dan berkemahiran untuk masa hadapan.

Momentum dan kebolehlihatan GTDF dalam komuniti reka bentuk antarabangsa semakin meningkat, berkembang daripada 10 organisasi reka bentuk antarabangsa dalam tahun 2015, 15 pada tahun 2016 kepada 21 organisasi reka bentuk antarabangsa pada tahun ini. Agenda bagi Persidangan Reka Bentuk Global D21 tahun ini termasuk membincangkan pewujudan rangkaian 5 benua yang erat yang bukan hanya menyediakan sebuah platform bagi dialog dan pertukaran berterusan. Malah ia juga akan menggabungkan sumber dan bakat di seluruh organisasi, memberikan sokongan yang proaktif dan berpanjangan kepada pembangunan jangka panjang dan mempromosi perkhidmatan yang cemerlang.

Menggemakan tema GTDF 2017 "Kepimpinan Inovatif x Masa Depan iSee", rangka kerja bagi Bengkel Bakat Reka Bentuk Global pada 25 November adalah: "Sesuatu yang boleh kita lakukan untuk masa hadapan". Bengkel ini akan menghimpunkan wakil-wakil organisasi reka bentuk antarabangsa bersama dengan para pemenang anugerah Pertandingan Reka Bentuk Pelajar Antarabangsa Taiwan.  Para pemenang akan mendengar, berbincang dan berkongsi kepakaran dalam satu aktiviti yang disempurnakan untuk menanam konsep teras "Kepimpinan Inovatif x Masa Depan iSee" ke dalam pemikiran reka bentuk pelajar. Bengkel ini akan mempunyai berbilang budaya, dengan 56% daripada peserta yang hadir datang dari luar Taiwan, memberikan pelajar-pelajar reka bentuk Taiwan peluang terbaik untuk berinteraksi dan berkongsi dengan rakan-rakan antarabangsa mereka dan untuk memperluaskan lagi daya saing bakat pereka muda.

HUBUNGI:
Alice Chang
Pejabat: +886 2 7745 1574
Telefon Mudah Alih: +886 912 205 267
AliceW.Chang@ogilvy.com

Source: iSee Taiwan Foundation
Keywords: Art Education Entertainment Trade show news