STUTTGART, Jerman, 27 November 2017 /PRNewswire/ --
Lulus Ujian Pelanggaran Pertama Berasaskan EuroNCAP
Sebagai sebahagian daripada langkah persediaan pasarannya, Borgward Group AG bekerjasama dengan TÜV Rheinland untuk menjalankan ujian pelanggaran di makmal pelanggaran yang diperakui NCAP hari ini. Dalam pelanggaran ofset depan yang dijalankan mengikut syarat-syarat Euro NCAP, model premium untuk pasaran Jerman ini mendapat keputusan baik secara keseluruhannya apabila ia memecut pada kelajuan 64 km/j ke halangan boleh ubah bentuk dengan 40 peratus tindanan. Nilai nyahpecutan bagi kedua-dua patung dewasa (di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan) dan bagi kedua-dua patung kanak-kanak di tempat duduk belakang kebanyakannya berada dalam julat tidak kritikal. Interaksi di antara zon boleh ubah bentuk dengan tiga laluan beban di sebelah pemandu dan pemandu ganti, dari satu segi, dan kestabilan yang tinggi pada ruang penumpang dan sistem penahan pasif , dari satu segi yang lain, memastikan tahap keselamatan yang tinggi dan mengekalkan risiko kecederaan yang rendah bagi kesemua penumpang kenderaan. Mengulas mengenai ujian-ujian pelanggaran ini, Dr. Tilo Schweers, Ketua Pembangunan Borgward Group AG, menekankan keberkesanan sistem keselamatan Borgward B-Safety yang komprehensif. "Perlindungan penumpang menjadi keutamaan utama di sepanjang pembangunan kenderaan kami seperti BX7," beliau berkata. "Keputusan ujian pelanggaran pertama dalam makmal yang neutral dan diperakui di Eropah menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul untuk bidang ini. Tanggapan positif ini akan disahkan dengan ujian pelanggaran tambahan yang telah kami rancang."
Di penghujung tahun 2017, Borgward Group AG akan memasuki pasaran Jerman, di mana sebagai permulaan ia akan menawarkan siri-siri kenderaan edisi terhad. Siri-siri ini tidak akan tertakluk kepada program ujian pelanggaran penuh Euro NCAP dengan penarafan bintang, kerana agensi Euro NCAP yang berpangkalan di Brussels menjalankan program ini hanya pada siri-siri model yang dikeluarkan dalam bilangan yang tidak terhad.
B-Safe untuk keselamatan maksimum
Hasil daripada konsep keselamatan B-Safe yang komprehensif, Borgward BX7 memenuhi semua keperluan penyediaan tahap keselamatan terbaik untuk penumpangnya. Sistem keselamatan aktif boleh membantu menghalang kemalangan dengan mengesan potensi bahaya terlebih dahulu. Selain itu, hasil daripada struktur dan sistem-sistem penahan kenderaan, SUV ini berpotensi untuk mencapai keputusan cemerlang dalam penilaian pelanggaran antarabangsa.
Badannya mempunyai ruang penumpang yang stabil dan zon ubah bentuk tertakrif di depan dan belakang kenderaan membentuk asas yang andal untuk perlindungan penumpang pada tahap yang tinggi. Di samping itu, segmen badan yang kritikal dikukuhkan dengan keluli yang kuat, ultra kukuh atau terbentuk dalam suhu panas. Laluan beban berbilang mengagihkan impak tenaga sekiranya berlaku perlanggaran bahagian depan, tepi dan belakang, seterusnya memastikan nilai nyahpecutan – yang mana sistem keselamatan pasif dipadankan dengan tepat – seimbang sebaik mungkin.
Sistem keselamatan pasif menyediakan perlindungan maksimum untuk penumpang kenderaan. Untuk bertindak balas terhadap pelbagai jenis pelanggaran (perlanggaran depan, sisi dan belakang), kenderaan ini telah dilengkapkan dengan sistem tali pinggang keledar dan rangkaian ciri-ciri tambahan termasuk enam beg udara, yang diaktifkan mengikut keterukan kemalangan dan boleh mengurangkan kesan pelanggaran ke atas penumpang secara komprehensif. Kenderaan ini mempunyai beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, beg udara sisi bagi pemandu dan penumpang hadapan, dan beg udara tirai. Untuk memastikan bahawa sistem keselamatan pasif ini hanya diaktifkan apabila benar-benar perlu sahaja, konsep B-Safe Borgward BX7 merangkumi banyak sistem bantuan pemandu pencegahan untuk mencegah kemalangan. Sistem-sistem ini termasuk sistem amaran titik buta dan sistem amaran kelesuan.
Sistem-sistem lain seperti kamera semua arah 360° menjadikan pengendalian Borgward BX7 semakin selesa dan membantu menghalang kemalangan-kemalangan kecil, terutama sekali dalam situasi yang rumit. Mereka menjadikan parkir selari dan serenjang mudah dan membolehkan pemandu mengolah gerak dengan ketepatan tinggi melalui ruang garaj parkir yang sempit dan rupa bumi yang mempunyai kebolehlihatan yang rendah.
Maklumat Lanjut
BORGWARD GROUP AG
Axel Lengert
Pengarah Komunikasi Produk
Tel.: +49(0)711-36510-1045
emel: axel.lengert@borgward.com
http://www.borgward.com
Sumber: Borgward Group AG