omniture

Program Pengendali Unggul Global XCMG Mulakan Lembaran Baharu dalam Kerjaya Profesional

XCMG
2017-11-27 21:00 357

XUZHOU, China, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- XCMG, pengilang jentera pembinaan terkemuka dunia, telah memulakan kelas kelima bagi program latihan Pengendali Unggul Global (Program), menawarkan peluang kepada 54 pelatih untuk menambah baik kemahiran profesional dengan belajar di bawah pakar dan jurulatih berpengalaman.

Dilancarkan pada Mei 2016, Program ini ialah salah satu daripada 14 projek kempen kebajikan awam global "Untuk Kehidupan Lebih Baik" XCMG. Ia bertujuan untuk melatih pengendali jentera dari seluruh dunia secara percuma di Kolej Juruteknik XCMG, pangkalan latihan pemanduan mekanikal pertama milik syarikat ini di China.

"Program ini merupakan salah satu daripada komitmen jangka panjang XCMG untuk kebajikan awam global; kami menyasarkan untuk menawar sebuah kursus komprehensif kepada individu-individu yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam semua aspek pengendalian jentera. Kami juga mahu mendidik mereka menjadi warganegara bertanggungjawab yang tahu menunjukkan cinta dan hormat," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

Kelas baharu ini membahagikan pelatih kepada dua kumpulan, satu kumpulan berfokus kepada mesin pengorek manakala yang satu lagi kepada gerudi berputar. Kelas-kelas ini masing-masing akan diadakan daripada 8 sehingga 53 hari, dengan kumpulan-kumpulan ini mempelajari kejuruteraan mekanikal, kaedah pembinaan dalam pelbagai keadaan, dan penyelenggaraan produk. Mereka juga akan belajar tentang budaya XCMG dan mengambil bahagian dalam pertandingan bina pasukan serta aktiviti-aktiviti kebajikan sosial.

"Ini ialah program latihan pengendalian jentera paling praktikal yang pernah saya hadiri. Jurulatih profesional menggabungkan teori dan latihan amali, dan semangat 'tegas, praktikal dan inovatif' XCMG sangat mempengaruhi kami," kata Zhao Yunfei, seorang pelatih daripada Anhui Xianyun Machinery Sales Co. Ltd.

Zhao Zhili yang berusia 54 tahun merupakan pelatih paling berusia dalam kelas. "Saya tidak memiliki sebarang pengetahuan tentang hidraulik tetapi para jurulatih telah menerangkan semuanya kepada saya dengan penuh kesabaran dan memandu saya pada setiap langkah pengendalian. Saya sangat terhutang budi atas pengalaman bernilai yang telah mereka ajarkan," katanya.

Empat kelas pertama Program ini telah melatih 207 pengendali jentera dan 169 jurutera perkhidmatan luar negara, pada masa yang sama, XCMG juga telah bekerjasama dengan 54 pengedar luar negara dan kolej vokasional tempatan untuk menjadi tuan rumah bengkel kemahiran penyelenggaraan produk.

Latar Belakang XCMG

XCMG merupakan sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional dengan sejarah 74 tahun pengalaman. Ia kini disenaraikan pada tangga ketujuh dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat mengeksport kepada lebih 177 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman sesawang XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Education Machinery Mining/Metals New products/services