omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 Bawakan Penyelesaian LED Bersepadu Sehenti

International Signs and LED Exhibition
2017-11-27 22:00 416

GUANGZHOU, China, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 (ISLE 2018), acara industri yang terbesar di dunia bagi peralatan iklan yang canggih, berlangsung mulai 3-6 Mac 2018, akan memperkenalkan buat julung kalinya kawasan Teknologi & Aplikasi Paparan Komersial baharu, menjadikannya mudah untuk pembeli menyediakan penyelesaian LED bersepadu secara sehenti merentasi pelbagai saluran.

Kawasan pameran akan menghimpunkan beberapa syarikat yang menonjol termasuk An Shan DAE WHA Display dan GKG Precision Machine Co., LTD., pembekal mesin pempakejan LED terkemuka dan vendor terbesar bagi pencetak pes pateri automatik di China. Bako, peneraju bagi peranti peletakan permukaan & paparan HD, akan turut meluaskan kehadiran mereka.

"Kami menjangkakan lebih 1,600 pempamer dan lebih 200,000 pembeli untuk hadir ke pameran ini," kata En. Lee Yingjie, Pengarah ISLE. "Kami menonjolkan rantaian industri yang lengkap untuk para hadirin kami yang mencakupi reka bentuk produk, pembuatan, sistem dan juga aksesori. Pengalaman pembelian sehenti dan penyelesaian bersepadu yang kami tawarkan untuk pengunjung memberi lebih nilai untuk platform profesional ini."

Acara kemuncak ISLE tahun ini ialah:

  • LIGHTKING, yang menjadi tumpuan di Ekspo Milan akan membawakan produk-produk siri King, siri E dan siri RD. Produknya yang ultra cekap tenaga P10.66 dan berprofil tinggi mempunyai purata penggunaan kuasa sehingga 100MW dan luminans melebihi 8000cd/m2, memberi penjimatan kepada pengguna sebanyak lebih 50% kos tenaga elektrik.
  • Ledman akan membawakan paparan video Cubic LED, iaitu skrin yang dibentuk khas dengan rekaan unik. Ia boleh digunakan dalam pelbagai segmen seperti pentas, studio, hotel, lapangan terbang dan iklan tiang lampu. Ia mempunyai pic piksel sebanyak 4mm dan kecerahan 1800nit. Ia boleh disesuaikan mengikut keperluan diameter dan merealisasikan paparan warna penuh dengan ketumpatan piksel berbeza.

Selain peranti dan peralatan, penyelesaian sokongan akan turut dibawa ke pameran ini, termasuk:

  • Sistem kawalan LED Linsn, yang melibatkan penyegerakan warna penuh, hiasan cahaya warna penuh, asinkronisme warna penuh, penyegerakan dwiwarna dan asinkronisme dwiwarna.
  • Pengenalan NovaStar Tech Co., LTD bagi pengawal semua-dalam-satu dan cip bersepadu yang lain. 

Latar Belakang ISLE  

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2018, anjuran Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE) ialah platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya melibatkan papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Layari: http://www.isle.org.cn/en/

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Advertising Broadcast Technology Computer/Electronics Construction/Building Trade show news