omniture

Linkeye Mudahkan Edaran Maklumat Kredit Seluruh Dunia

Linkeye
2017-11-28 00:27 437

BEIJING, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Menerusi kemajuan yang semakin meningkat dalam industri perdagangan dan pelancongan rentas sempadan, penilaian kredit menjadi satu isu dunia. Bermula dari Amerika ke Eropah, Asia Tenggara ke Timur Tengah, kebanyakan negara perlu menangani masalah ini. Biarpun pembangunan industri kredit adalah berbeza dalam setiap negara, kos perkongsian maklumat yang tinggi merupakan satu masalah umum. Masalah-masalah utama yang dihadapi oleh dunia ialah:

  • Institusi-institusi kewangan tidak berkongsi data
  • Liputan data yang rendah oleh institusi-institusi kredit
  • Perkhidmatan yang terhad oleh institusi-institusi kredit

Sebesar manakah pasaran ini?

Penilaian kredit penting untuk sistem kredit, menyediakan asas untuk pengurusan risiko bagi kredit kewangan. Ping An Securities mengeluarkan nota yang mengisytiharkan bahawa nilai pasaran kredit Cina akan meningkat kepada ratusan juta yuan; Wells Fargo Bank meramalkan nilai pasaran kredit individu Cina akan bernilai lebih 2000 bilion dolar, dan pasaran kredit global akan menjadi satu perniagaan yang besar buat Amerika.

Bagaimanakah cara menyelesaikan masalah-masalah tersebut?

Dengan menggunakan teknologi storan data rantaian blok ternyahpusat dan teragih untuk menghubungkan pangkalan data kredit institusi-institusi kewangan seluruh dunia -- Linkeye menggunakan rantaian blok untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Dua perkara utama iaitu ciri yang tidak dapat diubah dan bersifat terbuka kepada seluruh rangkaian pada masa sebenar adalah penting demi kejayaan Linkeye. Linkeye, platform perkongsian kredit berasaskan rantaian blok menyediakan penyelesaian yang bermanfaat dan inovatif untuk pasaran kredit global. Sebagai pasukan pertama dan satu-satunya yang merekodkan maklumat kredit menggunakan rantaian blok, hasil inovasi yang belum pernah berlaku sebelum ini mendapat pujian tinggi daripada pihak-pihak lain yang terlibat dalam industri rantaian blok dan kredit.

Linkeye ialah satu set penyelesaian bebas yang menggunakan perikatan perkongsian kredit berasaskan rantaian blok. Berdasarkan pasaran Eropah, Asia Tenggara dan Cina, Linkeye menggunakan penyepaduan teknologi rantaian blok yang mendalam dan model ekonomi, serta berkongsi data tentang kredit bermasalah antara ahli-ahlinya bagi menghasilkan data kredit individu secara menyeluruh dan membentuk pangkalan data kredit sosial yang dicirikan oleh kebergantungan dan liputan yang luas. Dengan cara ini, sistem kredit sosial dapat ditambah baik dengan berkesan. Ini merupakan pencapaian penting kepada Linkeye dalam usaha menggunakan teknologi bagi menggalakkan pembangunan kredit global.

Penyelesaian Linkeye

Linkeye ialah perintis bagi industri kredit. Terdapat lapan mekanisme operasi utama Linkeye: Mekanisme Senarai Hitam, Mekanisme Keahlian, Mekanisme Kredit, Mekanisme Timbang Tara, Mekanisme Perkongsian Maklumat, Mekanisme Harga Pintar, Mekanisme Tembok Api Keselamatan Data, Mekanisme API Terbuka.

Mekanisme yang paling penting ialah mekanisme senarai hitam dan perkongsian maklumat. Khususnya, sampel data Linkeye: ID Linkeye + ID Terlindung +skor kredit+penerbit(tanpa nama)+tandatangan. ID pengguna adalah satu-satunya padanan untuk ahli apabila bertanyakan data. Data boleh didapati dan ditukar hanya apabila ID pengguna padan dengan sempurna.

Terdapat dua aspek yang berbeza antara penyelesaian dan platform data ketiga: satu ialah pemencaran, walaupun kesan Matthew wujud, tiada kebimbangan bahawa platform tersebut akan menjadi satu oligarki bagi peruntukan data berserta output data yang berterusan. Seperkara lagi ialah perkongsian data boleh diubah menjadi bentuk tunai. Bagi mendapatkan maklumat kredit daripada platform, orang ramai perlu membayar.

Pasukan Linkeye mempunyai pengalaman bekerja yang luas dalam industri pinjaman kredit dan segmen rantaian blok. Kini, Linkeye mempunyai titik kemasukan yang jelas ke dalam industri kredit dan sudahpun mewujudkan serta membangunkan platform perkongsian data rantaian blok yang paling cekap. Lapan mekanisme teras tersebut dapat menjamin platform perikatan berkenaan beroperasi dengan cekap dan teratur. Sementara itu, Linkeye menjalin kerjasama strategik dengan banyak platform kredit utama bagi berkongsi senarai kredit bermasalah. Xu Lei, Ketua Pegawai Eksekutif Linkeye ialah seorang usahawan silang sektor yang mempunyai pengalaman kerja yang begitu luas. Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua jualan untuk Rantau Besar China dalam P&G. Pada tahun 2015, beliau menubuhkan Mei Dao Life. Pada tahun 2016 beliau mengasaskan kewangan Kuaihui dan memulakan kerjaya dalam industri kredit internet.

Terdapat pelbagai projek kredit, namun Linkeye merupakan pasukan paling tersohor yang mempunyai beratus-ratus pekerja yang berdedikasi. Linkeye menggalakkan pembangunan industri kredit, bukan sekadar dengan menambah baik setiap butiran teknikal dan produk, tetapi turut mengendalikan perniagaan dengan aktif. Linkeye berani dan bersungguh-sungguh, dan mempunyai rancangan pembangunan yang mantap demi mencapai matlamat yang diimpikan. Jelaslah bahawa Linkeye akan membantu memajukan industri kredit tempatan.

Source: Linkeye
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology