omniture

Pemeringkatan Baharu Dedahkan Sekolah Perniagaan Terbaik untuk Dapatkan Pekerjaan atau Jadi Usahawan

QS Quacquarelli Symonds
2017-11-28 08:53 463

LONDON, 28 November 2017/PRNewswire/ --

QS Quacquarelli Symonds, penyusun bagi World University Rankings menyiarkan portfolio tahunan baharu yang melibatkan empat pemeringkatan Sarjana perniagaan yang membolehkan ahli perniagaan yang beraspirasi di seluruh dunia mengenal pasti sekolah perniagaan terbaik untuk mendapatkan pekerjaan atau menjadi seorang usahawan.

Suit ini menyediakan penilaian global yang pertama seumpamanya bagi Sarjana Analitik Perniagaan terbaik, berserta dua  pemeringkatan Sarjana berpengkhususan lain (Sarjana Pengurusan dan Sarjana Kewangan), dan Pemeringkatan MBA Global baharu turut menawarkan pandangan unik tentang hubungan antara pilihan sekolah perniagaan dan keusahawanan. Portfolio ini berusaha memberi respons terhadap peningkatan permintaan untuk program-program Sarjana perniagaan berpengkhususan daripada pelajar dan majikan.

Sarjana Analitik Perniagaan 

  • Kedudukan global pertama seumpamanya didahului oleh Sloan Business School MIT;
  • Hanya 45 program daripada sepuluh negara disenaraikan, memperlihatkan kekurangan relatif program pakar ini. Pilihan untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Analitik Perniagan di luar AS (28 daripada 45 program) dan Eropah adalah terhad: program Sarjana Analitik Perniagaan Melbourne (ke-5) ialah satu-satunya program di luar AS dan/atau Eropah yang tersenarai;
  • Sekolah-sekolah perniagaan yang biasanya tidak tersenarai dalam kedudukan MBA 10 terbaik global berjaya dalam senarai ini: tawaran daripada Texas McCombs menduduki kedudukan ke-2, manakala Minnesota Carlson dan Purdue Krannert turut tersenarai antara 10 yang terbaik.

Sarjana Pengurusan (MIM)

  • HEC Paris Perancis berada di tempat teratas, pemeringkatan bagi kursus yang lebih mantap ini menampilkan 122 kursus daripada sekolah-sekolah di 29 negara (dengan satu tawaran global);
  • Pemeringkatan ini turut menawarkan lebih ciri kepelbagaian, dengan program-program daripada penyedia di lima negara merupakan antara 10 terbaik. Tiada program AS disertakan dalam senarai kedudukan teratas ini;
  • Program MIM London Business School berada di kedudukan ke-2, manakala ESADE daripada Sepanyol menduduki tempat ke-3.

Sarjana Kewangan 

  • London Business School dilihat mendahului 130 program pesaing. Ia diikuti oleh MIT Sloan dan HEC Paris;
  • Institusi-institusi Perancis diwakili dengan baik khususnya bagi program ini, dengan empat daripada sepuluh program paling mantap.

MBA Global 2018 

  • Harvard Business School terpilih sebagai penyedia terbaik dunia, manakala - unik antara kedudukan MBA global - dua institusi Perancis, INSEAD dan HEC Paris, masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3;
  • 232 program diberikan kedudukan;
  • UK menempatkan dua daripada 10 program MBA terbaik: London Business School ke-5) dan Saïd Business School Oxford (ke-9).

QS mengguna pakai kaedah yang unik. Lima metrik yang digunakan ialah:

1.      Kebolehpekerjaan, menggunakan lebih 40,000 respons daripada tinjauan majikan terbesar di dunia;
2.      Keusahawanan dan Hasil Alumni - penunjuk yang tidak ditemui dalam mana-mana senarai lain yang setanding. Ia diperoleh daripada analisis yang teliti terhadap profil pendidikan melibatkan 49,000 individu yang sangat berjaya merentasi sektor, negara dan industri;
3.      Pulangan Pelaburan;
4.      Kepimpinan Pemikiran;
5.      Kepelbagaian.

Nunzio Quacquarelli, Ketua Pegawai Eksekutif QS, berkata: "Hampir tiga dekad interaksi yang erat dengan sektor pendidikan perniagaan memberikan kami kedudukan yang kukuh untuk menyediakan maklumat paling bernilai kepada para pelajar MBA dan Sarjana yang bercita-cita tinggi. Kami yakin ini merupakan perspektif inovatif yang diperlukan terhadap prestasi sekolah perniagaan, dan kumpulan pelajar kami akan mendapati data ini menjadi pelengkap kepada data yang disediakan oleh sumber-sumber lain."

Pemeringkatan penuh: http://www.TopUniversities.com.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research