omniture

Anantara Vacation Club Perhebat Operasi Penglibatan Pelanggan dengan Perisian Aspect

Aspect
2017-11-28 09:47 463

SINGAPURA, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Anantara Vacation Club, konsep pemilikan percutian mewah yang terkemuka di Asia, menggunakan platform pusat hubungan Unified IP® Aspect® bagi meningkatkan penglibatan pelanggan Kelab dan juga operasi-operasi pemasaran keluar di Hong Kong dan Shanghai.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Anantara Vacation Club beroperasi untuk membangunkan kemudahan pusat peranginan di seluruh Asia Pasifik dan mengurus pemilikan percutian di pusat-pusat peranginan ini. Menerusi konsep ini, Pemilik Mata Kelab membeli jumlah tetap Mata Kelab yang membolehkan mereka bercuti di beberapa lokasi paling mewah dengan harga tetap sekali, menetapkan kos penginapan percutian masa depan mengikut nilai hari ini.

Unified IP Aspect yang digunakan oleh Anantara Vacation Club berperanan sebagai ejen-ejen telejualan mereka yang berpangkalan di Bangkok, Phuket, Hong Kong dan Shanghai. Unified IP Aspect membantu meningkatkan interaksi berkualiti antara bakal pelanggan dan serta ejen-ejen Kelab dengan peningkatan produktiviti yang memperlihatkan peningkatan sebanyak 20% dalam pertumbuhan panggilan. Pelaksanaannya dijalankan oleh rakan saluran Aspect, Terrabit Company Limited. 

"Dengan Aspect, pengendali pusat hubungan kami mempunyai lebih kawalan, dan oleh yang demikian membolehkan mereka berhubung dengan lebih berkesan bersama Pemilik Mata Kelab kami. Kami dapat melihat semua aktiviti dalam rangkaian Minor, dan para pengurus boleh menyesuaikan operasi sewajarnya. Selain itu, apabila Pemilik Mata Kelab membuat panggilan, kami tahu siapa mereka, serta merta dapat melihat maklumat akaun mereka, termasuk tempahan terdahulu, perjalanan yang dirancang serta bilangan Mata Kelab semasa. Ini dapat membantu kami menyelaraskan pengalaman pengguna serta memberikan perkhidmatan yang lebih baik," kata Maurizio Bisicky, Ketua Pegawai Operasi, Anantara Vacation Club

"Masa depan bersama Aspect adalah amat cerah. Platform mereka dapat menyokong pelbagai teknologi yang boleh kami manfaatkan. Tatkala mereka terus membangunkan strategi penglibatan pelanggan, terdapat banyak peluang untuk berkembang, meningkat maju dan membangun."

"Kami berasa amat teruja dapat membantu Anantara Vacation Club mencapai keputusan yang cukup luar biasa menerusi penyelesian Unified IP Aspect. Dalam pasaran yang amat berdaya saing pada masa kini, mencari keseimbangan antara penyediaan pengalaman pelanggan yang berbeza sambil mencapai produktiviti yang bertambah baik bersama ejen-ejen anda bukanlah satu tugas mudah," kata Jagannath Narendran, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik & Timur Tengah, Aspect Software. "Anantara Vacation Club berupaya mencapai sasaran ini secara sempurna dengan memanfaatkan Unified IP Aspect sepenuhnya."

Latar Belakang Aspect

Aspect membantu perusahaan meruntuhkan dinding pemisah antara individu, proses, sistem dan sumber data, yang membolehkan organisasi bersatu di sekitar perjalanan pelanggan. Dengan membangunkan pengurusan interaksi pusat hubungan natif sepenuhnya, pengoptimuman tenaga kerja dan keupayaan layan diri dalam pusat penglibatan pelanggan tunggal, kami membolehkan interaksi perbualan yang dinamik dan mewujudkan pengalaman pelanggan omni-saluran yang benar-benar lancar. Memanfaatkan ketangkasan infrastruktur awan kami di seluruh dunia dan lebih 40 tahun kepintaran kami dalam industri, Aspect dengan mudahnya memberikan jawapan kepada persoalan dan dalam masa yang sama membantu perusahaan mengekalkan tahap perkhidmatan yang tinggi dan kos operasi yang terkawal. Untuk maklumat lanjut, lawati www.aspect.com.

Ikuti Aspect melalui Twitter di @AspectSoftware. Baca blog kami di http://blogs.aspect.com.

Latar Belakang Anantara Vacation Club

Anantara Vacation Club merupakan sebahagian daripada Minor Hotels, pemilik, pengendali dan pelabur hotel antarabangsa yang kini mempunyai 155 hotel yang beroperasi. Melalui Anantara, AVANI, Oaks, Elewana, Tivoli, Four Seasons, St. Regis, Marriott dan Minor International properties, Minor Hotels beroperasi di 24 negara di serata Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Lautan Hindi, Eropah dan Amerika Selatan. Syarikat induk Minor Hotels, Minor International (MINT) ialah sebuah syarikat bertaraf global yang menumpu pada restoran, hospitaliti dan perdagangan runcit.

The Club Resort Collection di Anantara Vacation Club termasuk Signature Club Resorts di Phuket, Thailand dan Bali, Indonesia berserta vila-vila peribadi mewah di Koh Samui, Thailand; berserta suit di Queenstown, New Zealand; Bangkok dan Chiang Mai, Thailand; serta Sanya, China. Selain koleksi Club Resorts yang terus berkembang, Pemilik Mata Kelab berpeluang menikmati pilihan peluang perjalanan tambahan menerusi program-program Club Escapes dan Global Traveller, yang menyediakan akses kepada lebih 3,000 pusat peranginan di seluruh dunia. Pusat-pusat pratonton terdapat di Phuket, Koh Samui, Bangkok, Chiang Mai dan Hua Hin.

Maklumat perhubungan media: 
DENNISE RECTO-ILICITO 
+65 6590 0696
 
apac.asean@aspect.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999787-1LOGO

Source: Aspect
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements