omniture

Deutsche Bank Beri Pinjaman US$100 Juta kepada FE CREDIT

FE CREDIT
2017-11-28 12:09 750

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- FE CREDIT hari ini mengumumkan ia akan menerima Kemudahan Pinjaman sebanyak US$ 100 Juta daripada Deutsche Bank. Pinjaman ini akan menyediakan FE CREDIT dengan modal tambahan untuk terus mengembangkan perniagaannya dan kekal menjadi peneraju pasaran dalam industri kewangan pengguna Vietnam selain rakan kewangan dipercayai untuk berjuta-juta penduduk Vietnam.

The US$100 Million Loan Facility Signing Ceremony between FE CREDIT and Deutsche Bank on November 23
The US$100 Million Loan Facility Signing Ceremony between FE CREDIT and Deutsche Bank on November 23

Deutsche Bank AG Singapore ("Deutsche Bank") akan bertindak sebagai Ejen Kemudahan untuk Pinjaman US$ 100 Juta ini. FE CREDIT memegang hampir 50% bahagian pasaran dalam industri kewangan pengguna di Vietnam. 

En. Kalidas Ghose, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT, berkata: "Kami amat berbesar hati dapat menerima sokongan yang begitu padu daripada rakan-rakan perbankan antarabangsa kami dengan bantuan kemudahan ini. Perkongsian kami bersama Deutsche Bank mengesahkan semula nilai jenama kami dan kecemerlangan operasi perniagaan kami demi memenuhi tahap piawaian antarabangsa yang tertinggi. Selain itu, ia memperlihatkan kepercayaan oleh rakan kongsi kami terhadap prestasi perniagaan kami, pertumbuhan mampan FE CREDIT dan wawasan para pemegang sahamnya selain pengurusan menuju masa depan."

Ditubuhkan di Jerman, Deutsche Bank seluruh dunia ini menyediakan produk serta perkhidmatan perbankan komersial dan pelaburan, perbankan peruncitan, perbankan transaksi dan pengurusan aset dan kekayaan untuk syarikat-syarikat, kerajaan-kerajaan, para pelabur institusi, perusahaan-perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta individu-individu persendirian. Dengan melakar sejarah dalam pasaran antarabangsa sejak tahun 1870, Deutsche Bank ialah bank yang terkemuka di Jerman, yang memiliki kedudukan mantap di Eropah dan kehadiran penting di benua Amerika dan Asia Pasifik

En. Sreenivasan Iyer, Pengarah Urusan dan Ketua Kewangan Korporat Asia Tenggara di Deutsche Bank, berkata: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan FE CREDIT. Ini merupakan pinjaman terbesar Deutsche Bank untuk industri kewangan pengguna di Vietnam setakat ini. Tahun ini, Deutsche Bank menyambut ulang tahun ke-25 di Vietnam. Jalinan kerjasama ini memperlihatkan komitmen mantap oleh pihak bank terhadap pelanggan kami di negara ini. Tatkala ekonomi Vietnam terus berkembang maju, kami melihat banyak peluang untuk bekerjasama dengan pelanggan kami demi menyokong pertumbuhan mereka. Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam kisah pertumbuhan Vietnam."

Latar Belakang FE CREDIT

Selaku pelopor bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar. Kini, FE CREDIT menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT menyediakan perkhidmatan kepada hampir 7 juta pelanggan, bekerjasama dengan 5,500 rakan kongsi merentasi 9,000 Titik Jualan (POS) seluruh negara.

Rebutlah peluang pertumbuhan saling menguntungkan yang mantap dengan FE CREDIT. Layari www.fecredit.com.vn atau emelkan kepada: treasury@fecredit.com.vn

Latar Belakang Deutsche Bank AG

Deutsche Bank menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan komersial dan pelaburan, perbankan peruncitan, perbankan transaksi dan pengurusan aset dan kekayaan untuk syarikat-syarikat, kerajaan-kerajaan, para pelabur institusi, perusahaan-perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta individu-individu persendirian. Deutsche Bank ialah bank yang terkemuka di Jerman, yang memiliki kedudukan mantap di Eropah dan kehadiran penting di benua Amerika dan Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: www.db.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000173-1

Source: FE CREDIT
Keywords: Banking/Financial Service Financing agreements