omniture

JOOX bawakan demam K-Pop ke Malaysia menerusi strim langsung anugerah muzik MAMA & MMA

JOOX
2017-11-28 18:14 472

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Pada November dan Disember ini, saksikan persembahan K-pop terbesar di Asia melalui aplikasi JOOX anda. Dengan hanya satu klik, JOOX akan membawa anda menyaksikan bintang-bintang K-Pop kesayangan anda walau di mana anda berada!

JOOX merupakan satu perkhidmatan penstriman muzik percuma melalui aplikasi dan web, membawakan kepada anda wabak K-Pop melalui strim langsung eksklusif anugerah muzik K-Pop terhebat di Asia: Anugerah Muzik Asia Mnet 2017 (MAMA) dan Anugerah Muzik Melon 2017 (MMA)!

Para pengguna JOOX boleh menonton strim langsung MAMA 2017 pada 29 November dan 1 Disember menampilkan BTS, EXO, GOT7, MONSTA X, Red Velvet, SEVENTEEN, Super Junior, TWICE, Wanna One dan banyak lagi. Demam K-pop diteruskan pada 2 Disember menerusi siaran langsung majlis MMA 2017, menampilkan 10 bintang K-Pop terkenal MMA termasuk BTS, EXO, IU, Red Velvet, TWICE, Wanna One dan WINNER.

Ingin memenangi hadiah VIP JOOX secara percuma untuk menikmati muzik dan hiburan yang distrim? Nantikan perkembangan terkini melalui Facebook JOOX Malaysia minggu ini!

Belum cukup puas dengan K-Pop? Log masuk ke aplikasi JOOX atau komputer anda dan dengarkan senarai lagu MAMA dan MMA yang menampilkan semua muzik hebat K-Pop untuk menghangatkan lagi pentas K-Pop!

Jadual penstriman langsung K-Pop JOOX adalah seperti di bawah:

Anugerah Muzik Asia Mnet 2017 (MAMA)

29 November

7 petang waktu Jepun/

6 petang waktu tempatan

1 Disember

7 petang waktu Hong Kong

7 petang waktu tempatan

Anugerah Muzik Melon 2017 (MMA)

2 Disember

Karpet Merah: 6 petang waktu Korea/ 5 petang waktu tempatan

Majlis: 7 petang waktu Korea/ 6 petang waktu tempatan

Para peminat K-Pop boleh menikmati muzik kegemaran mereka dan juga persembahan secara langsung dengan memuat turun JOOX daripada Apple App Store dan Google Play Store, atau dengan mengakses laman sesawang JOOX.

Banyak lagi persembahan oleh barisan artis tempatan dan antarabangsa telah disusun untuk distrim melalui JOOX. Untuk mengetahui tentang artis yang akan ditampilkan seterusnya atau cara untuk menjadi pengguna VIP, anda hanya perlu memuat turun aplikasi JOOX atau layari http://www.joox.com/.

- Tamat -

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

JOOX QR Code
JOOX QR Code

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000197-1

Source: JOOX
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Awards Broadcast feed announcements