omniture

Fullerton Health Umum Pelaburan Penting daripada Ping An Capital

Fullerton Health
2017-11-29 11:09 686

SHANGHAI, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- Fullerton Healthcare Corporation Limited ("Fullerton Health" atau "Syarikat"), penyedia utama bagi penyelesaian penjagaan kesihatan korporat di seluruh Asia Pasifik, hari ini mengumumkan satu pelaburan penting daripada Ping An Capital Co., Ltd. ("Ping An Capital"), platform pelaburan ekuiti teras dalam Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd ("Ping An of China").

Demi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih berpatutan dan boleh diakses kepada rakyatnya, China telah memperbaharui sistem penjagaan kesihatannya, bermula dengan meningkatkan perbelanjaan perubatan, membangunkan kapasiti dari peringkat bawah dan meningkatkan tumpuan secara berperingkat-peringkat terhadap pembaharuan dari segi pembekalan, mengurangkan kos dan juga meningkatkan kecekapan.

David Sin, Timbalan Pengerusi, Fullerton Health mengulas: "Perkongsian ini merupakan satu pencapaian penting untuk Fullerton Health di China. Bersama-sama pihak-pihak berkaitan, pasukan pelaburan Ping An Capital memimpin pelaburan sebanyak lebih RMB 800 juta ke dalam Fullerton, mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Ping An of China. Dengan pelaburan ini, Ping An Capital dan pihak-pihak berkaitan menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Fullerton. Perkongsian ini menawarkan platform yang luas kepada Fullerton Health untuk meluaskan kehadiran kami dalam pasaran penjagaan kesihatan perusahaan Cina yang terus berkembang."

Dr. Michael Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Fullerton Health mengulas: "Dengan pengukuhan pembaharuan terhadap penjagaan kesihatan China, inilah saat yang tepat untuk Fullerton Health berkembang ke dalam pasaran Cina. Sebagai penyedia utama penyelesaian penjagaan kesihatan korporat di rantau Asia Pasifik dengan rekod prestasi terbukti, Fullerton Health berada di kedudukan unik untuk menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti yang berpatutan dan boleh diakses di China. Menerusi jalinan kerjasama erat bersama rakan-rakan kongsi China, kami berharap dapat memanfaatkan kepakaran kami demi memenuhi permintaan yang terus meningkat dalam pasaran penjagaan kesihatan Cina."

Meskipun pasaran penjagaan kesihatan persendirian China masih dalam peringkat awal pembangunan, ia mempunyai potensi yang hebat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, perubahan demografi yang menggalakkan dan kadar penembusan rendah bagi pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan perusahaan sedia ada. Menurut laporan kajian Frost & Sullivan 2016, pasaran China untuk pengurusan penjagaan kesihatan perusahaan akan berkembang daripada $5.7 bilion pada tahun 2010 kepada $21.1 bilion pada tahun 2020. 

Fullerton Health menumpu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan perusahaan dan kini berkhidmat untuk lebih 25,000 syarikat. Sebagai langkah pertama untuk operasi tanah besar China, Fullerton Health merancang untuk menubuhkan kira-kira 100 klinik di bandar-bandar utama sekitar Beijing, Shanghai dan Guangzhou.

Liu Dong, Rakan Kongsi Utama Ping An Capital mengulas, "Fullerton Health menyediakan perkhidmatan perubatan yang komprehensif merentasi lima negara dan wilayah di rantau Asia Pasifik. Sebagai platform pelaburan ekuiti teras Ping An of China, pelaburan Ping An Capital dalam Fullerton Health membuka laluan kepada Fullerton Health untuk menyesuaikan model perniagaannya yang mantap di tanah besar China. Selain pelaburan modal, Ping An Capital akan memanfaatkan sumber-sumber penjagaan kesihatan daripada Ping An of China, termasuk insurans kesihatan Ping An, Ping An Good Doctor dan Ping An Wanjia Healthcare bagi membantu meningkatkan pengembangan perniagaan Fullerton Health di tanah besar China."

Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd., pemegang saham penguasaan bagi Ping An Capital, menjadi syarikat insurans terbesar dunia mengikut nilai pasaran pada tahun 2017. Pada separuh pertama tahun 2017, nilai perniagaan baharu insurans hayat dan kesihatan Ping An mencecah hampir RMB38.5 billion, satu pertumbuhan pesat sebanyak 46.2% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat turut membuat pelaburan berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan. Melalui platform pengurusan kesihatan "Ping An Good Doctor" dalam talian, dan rantaian perkhidmatan kesihatan "Ping An Wanjia Healthcare" luar talian, Ping An menghubungkan hospital, klinik, doktor, kedai ubat, pusat pemeriksaan dan institusi perubatan lain untuk menyediakan pesakit dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh. Setakat Mei 2017, Ping An Good Doctor menyediakan perkhidmatan pengurusan kesihatan kepada 160 juta pengguna Cina.

Maklumat Perhubungan Media:

Brunswick Group                
Will Carnwath
Ben Fry
FullertonHealth@brunswickgroup.com 
+65-6426-8188

Source: Fullerton Health
Keywords: Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Financing agreements