omniture

SF Express Lancar Perkhidmatan Pengesahan Penghantaran Disahkan untuk Perniagaan Rentas Sempadan

SF Express
2017-11-29 17:19 750

SHENZHEN, China, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- SF Express, penyedia perkhidmatan logistik yang terkemuka di China, mengumumkan pelancaran perkhidmatan pengesahan Penghantaran Antarabangsa Disahkan SF (CIS SF). Diwujudkan untuk peniaga seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan penghantaran terus SF Express, setem CIS akan berfungsi sebagai pengesahan visual bahawa bungkusan mereka dikendalikan oleh SF Express, dari lokasi asal di luar negara kepada penerima akhir di China.

Setem CIS SF
Setem CIS SF

Perkhidmatan baharu ini membolehkan peniaga memuat naik setem CIS SF ke laman sesawang mereka dan platform media sosial. Setem ini akan turut dipaparkan pada e-waybill, yang akan menyediakan penjejakan masa sebenar dan keterlihatan hujung-ke-hujung antarabangsa bagi bungkusan ini, termasuk butiran tentang negara destinasi. Perkhidmatan ini kini tersedia di Malaysia, Thailand, Vietnam, Singapura, Korea Selatan dan Jepun di Asia dan UK, Belanda, Perancis, Itali dan Jerman di Eropah; termasuk juga Australia dan AS.

Dengan sejarahnya selama puluhan tahun di China, SF Express memahami dan berusaha memenuhi permintaan pembeli dalam talian di China yang mementingkan ketelusan penjejakan dan pengesanan penuh terhadap pembelian rentas sempadan mereka. Dengan setem CIS, peniaga luar negara akan berpeluang memanfaatkan nilai dan kepercayaan jenama SF bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelanggan mereka, selain kepercayaan pembekal dan juga peniaga.

"CIS SF ialah perkhidmatan bernilai tambah terkini kami untuk peniaga B2C rentas sempadan. Membuktikan bahawa produk mereka sebenarnya dihantar dari luar negara ialah cabaran biasa untuk para penjual dari luar negara. Perkhidmatan unik yang baharu ini dapat menyelesaikan masalah ini. Kami menyediakan setem visual yang mengesahkan penghantaran rentas sempadan ini berasal dari negara-negara luar negara, yang meningkatkan keyakinan pembeli dalam talian di China. Peniaga rentas sempadan boleh membezakan mereka dengan menggunakan perkhidmatan baharu ini," kata David William Adams, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Antarabangsa SF Express.

Syarikat-syarikat yang ingin memohon perkhidmatan CIS SF mestilah merupakan perniagaan B2B dan/atau B2C rentas sempadan. Syarikat-syarikat tersebut juga mestilah merupakan pelanggan SF Express sedia ada dan telah menggunakan perkhidmatan logistik rentas sempadan SF sekurang-kurangnya tiga bulan lamanya. Tempoh permohonan biasanya mengambil masa selama dua minggu.

Syarikat-syarikat yang berminat boleh memuat turun borang permohonan di sini: 
http://intl.sf-express.com/shtm/en/pphd/20171117/849/index.do

Latar Belakang SF Express

Ditubuhkan di Shunde, wilayah Guangdong, China pada tahun 1993, SF Express ialah salah satu kurier terkemuka di China, yang menyediakan penyelesaian penyerahan ekspres domestik dan antarabangsa untuk pelbagai pelanggan. Rangkaian yang matang dan pelbagai serta infrastruktur IT yang tangkas membolehkannya menyediakan pilihan penyerahan tiada tandingan yang menghubungkan China dengan seluruh pelosok dunia. Sebagai syarikat penyerahan ekspres persendirian yang pertama di Tanah Besar Cina yang mempunyai subsidiari syarikat penerbangan, SF Express mempunyai lebih 50 pesawat kargo dan terus memperluas kehadirannya di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sf-express.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171120/1995882-1

Source: SF Express
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation New products/services