ZHUHAI, China, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- "Mereka yang kembali dari luar negara yang ingin berbakti kepada tanah air boleh merealisasikan impian mereka di Zhuhai." Festival Pelajar Antarabangsa Zhuhai Kali Keempat & Minggu Keusahawanan Pelajar Luar Negara 2017 dijadual akan diadakan di Zhuhai, wilayah Guangdong di bahagian selatan China, mulai 8 hingga 10 Disember.
Minggu Keusahawanan Pelajar Luar Negara, sebahagian daripada Festival Pelajar Antarabangsa dan kempen penjenamaan yang julung kali diadakan dan dipromosikan di seluruh negara oleh Jawatankuasa Pusat Liga Belia Komunis, anjuran Huafa Group menerusi tema "Mereka yang kembali dari luar negara yang ingin berbakti buat tanah air boleh merealisasikan impian mereka di Zhuhai", akan menampilkan 13 acara yang direka khusus untuk para pelajar antarabangsa, termasuk majlis perasmian, ucapan dasar dan persidangan perkongsian bakat serta kerjasama projek. Acara tersebut dijangka bakal menarik lebih 1,000 pelajar paling cemerlang yang melanjutkan pelajaran di China dan luar negara, yang merancang untuk membincangkan secara kolektif rancangan-rancangan berhubung cara untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada China, selain topik inovasi dan juga keusahawanan di Zhuhai.
Liu Zihong, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Royole akan menyampaikan ucapan dasar yang amat dinanti-nantikan semasa majlis perasmian, yang mana beliau dijangka akan berkongsi bersama para hadirin tentang kisah di sebalik "teknologi gelap" syarikat beliau, sebagai contoh kejayaan yang mampu dicapai oleh seorang usahawan yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan kembali ke China untuk mengembangkan kerjaya beliau.
Sebagai acara tumpuan dalam Festival Pelajar Antarabangsa, Persidangan Pelajar Luar Negara akan menghimpunkan 144 syarikat milik negeri yang bersaiz besar, beberapa syarikat yang tersenarai sebagai yang terbaik selain syarikat-syarikat milik persendirian, di samping antara 500 syarikat terbaik dunia, kesemuanya hadir ke acara ini dengan tujuan untuk mengisi lebih 3,000 jawatan berkualiti tinggi dalam firma masing-masing, menawarkan gaji tahunan mencecah sehingga 350,000 yuan (kira-kira US$53,000).
Ekoran tiga edisi acara terdahulu yang membuahkan kejayaan, Festival Pelajar Antarabangsa Zhuhai menghimpunkan para pelajar luar negara dari 17 negara dan wilayah. Festival Pelajar Antarabangsa tahun ini akan terus menumpu untuk mewujudkan platform perhimpunan buat mereka yang kembali dari luar negara, menekankan usaha-usaha bagi menubuhkan hab inovasi Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau serta pangkalan strategi di Zhuhai demi menyokong inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan kerajaan Cina.