omniture

Emaar Hospitality Group Capai Kejayaan 10,000 Bilik dalam Projek Hotel Sedang Beroperasi dan Hotel Akan Datang

Emaar Hospitality Group
2017-11-30 00:55 772

DUBAI, UAE, 30 November 2017 /PRNewswire/ --

Emaar Hospitality Group, sebuah subsidiari Emaar Properties PJSC, telah mencapai kejayaan 10,000 bilik hotel di semua 11 hotelnya yang sedang beroperasi dan 30 projek akan datang. Sebahagian daripadanya, lebih daripada 2,500 sedang beroperasi di 11 buah hotel Group di Dubai manakala lebih daripada 7,500 bilik masih dalam pembangunan di UAE, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Turki dan Maldives.

generated by system

generated by system

Bilik-bilik ini berada di bawah tiga jenama hotel – Address Hotels + Resorts gaya hidup  premium; Vida Hotels and Resorts gaya hidup mewah; dan Rove Hotels kontemporari pertengahan.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Dengan membawakan tiga pengalaman gaya hidup yang memenuhi keinginan pengembara hari ini, Emaar Hospitality Group menegaskan kelayakannya sebagai penyedia perkhidmatan hospitaliti yang berkembang pesat di rantau ini. Walaupun kami mempunyai jejak kukuh di UAE, kami sedang berkembang ke pasaran antarabangsa, membawakan kecekapan kami ke pasaran pertumbuhan tinggi."

Lebih daripada 2,500 bilik hotel di Dubai berada di: Address Boulevard, Address Dubai Mall, Address Dubai Marina, Address Montgomerie, dan Palace Downtown – semua di bawah Address Hotels + Resorts, serta di Vida Downtown dan Manzil Downtown, di bawah Vida Hotels and Resorts. Empat hartanah yang sedang beroperasi adalah: Rove Downtown, Rove City Centre, Rove Healthcare City dan Rove Trade Centre.

Hotel-hotel akan datang di UAE di bawah Address Hotels + Resorts termasuk: Address Downtown, Address Sky View, Address Fountain Views, Address Jumeirah Resort + Spa, Address Fashion Avenue, Address Fujairah Resort + Spa, Address Harbour Point dan Palace Fujairah Beach. Portfolio antarabangsa jenama termasuk: Jabal Omar Address Makkah di Arab Saudi; Address Madivaru Maldives Resort + Spa; Address Marassi Golf Resort + Spa dan Address Marassi Beach Resort di Mesir; Address Istanbul di Turki; dan Address Marassi Al Bahrain.

Hotel-hotel baharu di bawah Vida Hotels and Resorts di UAE termasuk: Vida Za'abeel, Vida Dubai Marina, Vida Dubai Mall, Vida The Hills, Vida Townsquare, Vida Harbour Point – semua di Dubai – dan Vida Beach Reem Island Abu Dhabi. Projek-projek antarabangsa termasuk: Vida Marassi Al Bahrain, Vida Jeddah Gate di Arab Saudi; dan Vida Marassi Marina di Mesir.

Portfolio akan datang Rove Hotels termasuk: Rove Dubai Marina, Rove At The Park dan Rove Satwa. Rove akan menambah 3,700 bilik di kesemua 10 hartanahnya, semua dijangka dibuka menjelang 2020.

 

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Transportation Corporate Expansion