omniture

Tinjauan SweetRing: Apakah tabiat paling tidak dapat diterima tentang pasangan bagi warga Malaysia yang jalin hubungan

SweetRing
2017-11-30 10:45 519

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Apakah tabiat yang paling tidak dapat diterima dalam perhubungan? Menurut tinjauan Tabiat dan Pilihan Pasangan yang dijalankan oleh aplikasi janji temu antarabangsa SweetRing, tabiat yang paling tidak dapat diterima bagi lelaki adalah dibandingkan dengan pasangan sebelumnya, manakala wanita paling tidak boleh menerima tabiat selekeh pasangan mereka seperti tidak mandi. Selain itu, status hubungan pada Facebook merupakan satu lagi aspek yang menjadi ketegangan yang kerap berlaku, dengan kira-kira 50% responden mempunyai pendapat berbeza berhubung status yang harus dipaparkan. Antara mereka yang disoal selidik, 60% wanita ingin status tersebut diubah menjadi "sedang menjalin hubungan" setelah tiga bulan bersama, manakala kebanyakan lelaki tidak melihat isu ini satu keperluan untuk mengesahkan hubungan melalui rangkaian sosial, dengan hanya 40% daripada mereka bersedia mengemas kini status mereka.

Lelaki Malaysia paling marah apabila pasangan bandingkan mereka dengan pasangan terdahulu

Apakah tabiat yang paling sukar diterima oleh lelaki Malaysia? Tinjauan oleh SweetRing mendapati tabiat yang paling menjengkelkan dalam kalangan lelaki, dengan 60% mengatakan sedemikian, adalah apabila dalam satu pertengkaran kecil, wanita tiba-tiba mengatakan "awak lebih sukakan bekas teman wanita awak, bukan begitu?", lelaki berpendapat satu kegagalan komunikasi telah berlaku. Tabiat kedua yang dilihat sebagai tingkah laku yang menjengkelkan adalah apabila mendapat tahu pasangan mereka membincangkan bersama rakan-rakan tentang sesuatu yang dilihat sebagai hal peribadi. Lelaki turut membangkitkan isu apabila kekasih hati mereka tidak mencuci rambut, dengan hampir 50% daripada lelaki mengatakan mereka tidak suka apabila rambut wanita terasa berminyak.

Wanita Malaysia paling kecewa apabila pasangan mereka tidak mahu mandi

Apakah tabiat lelaki yang paling tidak menyenangkan pasangan mereka? Tidak mandi menjadi jawapan yang paling banyak diberikan, seperti yang didedahkan oleh tinjauan. Kira-kira 70% wanita tidak dapat memahami pendekatan pasangan mereka bahawa "sekiranya saya tidak berpeluh, jadi tiada sebab saya perlu mandi" terhadap dandanan peribadi. Tabiat kedua yang paling jelek bagi tingkah laku lelaki ialah "menipu". Lebih separuh daripada wanita berpandangan bahawa kejujuran adalah penting, dan kurangnya bersikap jujur menjadi petunjuk jelas terhadap niat buruk. Wanita juga tidak suka dibandingkan dengan pasangan terdahulu: maklum balas ini tersenarai di tempat ketiga, dengan 40% mereka yang disoal selidik mengatakan ia akan membuatkan mereka marah apabila pasangan mereka menyebut-nyebut tentang teman wanita sebelum ini.

Source: SweetRing
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site Survey, Polls & Research