omniture

Rakyat Malaysia ke Sappora elak cuaca panas ketika cuti akhir tahun

agoda
2017-11-30 11:14 606

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- Membandingkan data tempahan agoda pada Disember 2015 dengan Disember 2016, Sapporo (Jepun) telah dikenal pasti bakal menjadi destinasi pilihan paling popular bagi pelancong Malaysia.

Rakyat Malaysia elak cuaca panas ke Sapporo semasa cuti akhir tahun
Rakyat Malaysia elak cuaca panas ke Sapporo semasa cuti akhir tahun

Tempahan Sapporo bagi bulan Disember telah mengalami pertumbuhan pesat sebanyak 145% di kalangan rakyat Malaysia.

Terkenal dengan makanan laut berkualiti tinggi, Sapporo adalah syurga para peminat makanan bagi 73% pelancong milenia Malaysia yang memilih makanan dan menjamu selera sebagai salah satu pilihan pengalaman pelancongan dalam Kajian Kembara & Teknologi agoda. Dengan gandingan musim bermain ski yang epik, tidak sukar untuk memahami mengapa tempat ajaib musim sejuk ini menjadi kian popular di kalangan rakyat Malaysia yang ingin lari daripada cuaca panas dan menuruni lereng-lereng salji ini.

Selain lokasi kegemaran tempatan, bakal destinasi di kalangan pelancong Malaysia untuk cuti akhir tahun termasuk Sapporo di Jepun, Taichung di Taiwan, Nantou dan Taipei serta London di United Kingdom.

Andrew Edwards, Pengarah Global untuk Penjenamaan dan Komunikasi di agoda, mengulas: "Pelancong dari Malaysia inginkan kelainan apabila mereka berada di luar negara, jadi ada pelbagai kumpulan destinasi muncul sebagai titik tumpuan cuti akhir tahun."

"Taiwan dan Jepun adalah antara dua tempat paling unik di dunia, berbangga dengan ibu kota hibrid yang ultramoden dan meriah berkembar dengan pemandangan bersejarah dan indah. Pertumbuhan pelancongan ke dua buah negara ini telah menyebabkan peningkatan tumpuan di agoda untuk memenuhi pengalaman pelancongan baharu di kalangan pelancong Asia Tenggara."

15 destinasi utama yang meningkat naik untuk pelancong Malaysia (Dis 2015 berbanding Dis 2016)

Kedudukan

Negara

Tempat

Pertumbuhan (%)

1.

Jepun

Sapporo

145

2.

Malaysia

Taman Negara Kinabalu

132

3.

Malaysia

Seremban

110

4.

Taiwan

Taichung

109

5.

Malaysia

Bintulu

102

6.

Malaysia

Sungai Petani

91

7.

Malaysia

Miri

89

8.

Malaysia

Sandakan

82

9.

Malaysia

Batu Pahat

80

10.

Taiwan

Nantou

78

11.

Malaysia

Tawau

74

12.

Malaysia

Kuala Terengganu

72

13.

Malaysia

Kota Bharu

68

14.

United Kingdom

London

66

15

Taiwan

Taipei

61

Latar Belakang Kajian

Kajian Kembara & Teknologi agoda telah dijalankan ke atas lebih daripada 16,000 responden merentas 15 negara dalam tempoh masa Februari hingga April 2017. Destinasi utama yang meningkat naik adalah berdasarkan pertumbuhan tempahan YOY, membandingkan antara tempoh Disember 2015 dengan Disember 2016.

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq: PCLN) merupakan salah satu daripada platform tempahan kembara dalam talian yang paling pesat pertumbuhannya di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171128/2001854-1

Source: agoda
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Web Site Survey, Polls & Research