omniture

SC9853I Spreadtrum Diperkenal di Telefon Pintar T5c LEAGOO

Spreadtrum Communications, Inc.
2017-11-30 12:29 815

SHANGHAI, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Di Kongress Dunia Mudah Alih 2017, Intel bekerjasama dengan Spreadtrum untuk memperkenal SoC – SC9853I mudah alih baharu.

Sebagai Airmont SoC Intel Okta-teras yang direka untuk telefon pintar LTE, SC9853I ialah produk inovasi bersama Spreadtrum dan Intel yang menyasarkan pasaran telefon pintar tahap pertengahan dan tinggi. Berasaskan teknologi proses FinFET 14nm Intel, SC9853I mampu dimiliki, cekap kuasa dan prestasinya mengatasi para pesaing disebabkan oleh struktur yang berorientasikan prestasi x86.

T5c LEAGOO dikuasakan oleh SC9853I Spreadtrum
T5c LEAGOO dikuasakan oleh SC9853I Spreadtrum

Dalam tahun 2017, Spreadtrum, syarikat semikonduktor tanpa fab terkemuka, telah tersenarai sebagai salah sebuah daripada tiga pengeluar utama cip global dari segi bahagian pasaran, hanya selepas Qualcomm dan MediaTek.

Kini, gergasi teknologi baru muncul yang berpangkalan di Shanghai ini merancang untuk mengatasi MediaTek dalam industri mudah ahli kelas pertengahan dan sedang cuba menyaingi Qualcomm dalam pasaran telefon pintar tahap tinggi. Dan inisiatif terkini mereka, SC9853I mencerminkan keadaan ini.

 Spreadtrum, yang telah pun bekerjasama dengan beberapa jenama global, sentiasa teliti malahan cerewet dalam memilih rakan kongsi telefon pintar SC9853I pertamanya kerana cita-citanya tidak membenarkan ia berkompromi dengan kesilapan perniagaan. Spreadtrum benar-benar mahukan sebuah pengeluar telefon pintar dengan produk yang andal dan kehadiran global untuk menembusi pasaran dunia mudah alih. Dan LEAGOO muncul sebagai pilihan utama Spreadtrum.

Bercakap tentang LEAGOO, sekiranya anda seorang peminat bola sepak Liga Premier, anda pasti sudah biasa dengan nama jenama ini kerana LEAGOO merupakan syarikat ketiga dunia yang menaja pasukan bolasepak utama Eropah (Tottenham Hotspur), hanya selepas OPPO (FC Barcelona) dan TECNO (Manchester City).

Berdasarkan statistik, LEAGOO mempunyai kawasan kilang seluas 160,000m2, lebih daripada 5,000 orang pekerja, 50 barisan pemasangan dan kapasiti pengeluaran lebih daripada 20 juta telefon pintar setahun.

Digelar sebagai "Putera Asia Tenggara", LEAGOO menduduki "10 Jenama Utama Telefon Eksport China di Asia" dan "3 Jenama Utama Telefon Cina bagi Perniagaan E-dagang Luar Negara" pada tahun 2016.

Dengan telefon skrin penuh kemegahannya "LEAGOO S8/S8 Pro" yang dilancarkan baru-baru ini, LEAGOO menerima maklum balas yang positif,  dan ia menggalakkan jenama baru muncul Cina ini untuk mengambil langkah yang lebih berani.

Sasaran LEAGOO seterusnya ialah memberi tumpuan kepada telefon pintar berharga $100-$120, dan bertujuan untuk mengeksploitasi pasaran telefon mudah alih tahap pertengahan dan tahap permulaan sepenuhnya. Dengan itu, LEAGOO sudah bersedia untuk menggunakan perkakasan berspesifikasi tinggi walaupun pada telefon pintar tahap pertengahan dan awalnya. Dan memilih SC9853I Spreadtrum sebagai produk terkininya – LEAGOO T5c, telefon pintar tahap pertengahan dengan prestasi berspesifikasi tinggi memberikan testimoni yang sama. Menjadi pengeluar telefon pintar yang pertama di dunia menggunakan SC9853I Spreadtrum, LEAGOO nampaknya yakin bahawa masa hadapan telefon tahap pertengahan dan yang murah boleh didapati dengan prestasi yang dipertingkatkan. Tunggu dan lihat sama ada T5c bakal menjadikannya satu kenyataan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang T5c LEAGOO: http://www.leagoo.com/leagoo-t5c-global-reservation/

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171129/2003085-1-a

Source: Spreadtrum Communications, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services