JOHOR BAHRU, Malaysia, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah Cina, Country Garden Holdings berjaya mengatasi para pesaing untuk meraih beberapa anugerah berprestij dalam majlis Anugerah StarProperty.myAwards: Permata Johor 2017 yang diadakan di Thistle Hotel, negeri Johor, Malaysia pada 24 November 2017.
Majlis penyampaian anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf projek pembangunan dan pemaju hartanah yang paling cemerlang di negeri Johor, Malaysia. Acara ini telah dicemar duli dengan kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang diiringi oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, pengerusi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor YB Datuk Tee Siew Kiong, dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday. Panel hakim terdiri daripada puluhan eksekutif perniagaan yang terkemuka di Malaysia. Sejak berkembang ke Malaysia, Country Garden meraih sejumlah anugerah industri yang menjadi rebutan bagi projek-projek hartanah yang dijalankan di sana. Anugerah-anugerah baharu berkenaan sekali lagi menunjukkan kekuatan dan pengaruh pihak pemaju hartanah Cina ini.
Country Garden Danga Bay yang memenangi dua anugerah berprestij, Pembangunan Persisiran Terbaik dan Pembangunan Kualiti & Kemasan Terbaik. Forest City, sebuah projek mega yang turut menjadi petanda berhubung apa yang boleh kita jangkakan daripada ruang kediaman pada masa depan, turut menerima anugerah Pembangunan Mampan Terbaik. Country Garden Central Park, yang dibuka kurang daripada setahun lalu, diberi penghormatan menerusi anugerah Pembangunan Berpusatkan Keluarga Terbaik.
Pemaju hartanah terkemuka tumpu pada kreativiti
Hakikat bahawa Country Garden Danga Bay berjaya mengatasi pihak pesaing di Malaysia bagi memenangi dua anugerah mengesahkan lagi kejayaan projek pembangunan hartanah pertama Country Garden di luar pasaran utamanya, China. Projek tersebut mengambil masa selama empat tahun untuk siap, dan mewujudkan jejak yang mantap dan kukuh pihak pemaju Cina di negara ini. Menerusi lokasi yang unik, kemudahan komersial dan tempat tinggal yang lengkap, teknik-teknik bangunan yang cemerlang diguna pakai semasa proses pembinaan seiring dengan pantai pasir yang indah serta taman-taman berlanskap, Danga Bay menjadi lambang kecemerlangan industri. Memandangkan komponen-komponen lengkap projek ini sudahpun diserahkan kepada para pemiliknya, Danga Bay merekodkan angka jualan yang mantap hasil kelebihan-kelebihan tiada tandingan yang disediakan kepada pihak pembeli, di samping memenuhi komitmen untuk menyediakan pemilik rumah baharu dengan tempat tinggal yang diberi nilai lima bintang.
Selain itu, Country Garden Danga Bay merupakan penerima anugerah-anugerah termasuk Anugerah International Quality Crown Kategori Emas London, Anugerah iProperty.com People's Choice bagi Hartanah Malaysia Paling Popular, Anugerah Hartanah Asia Pasifik bagi Seni Bina Lanskap Komersial Terbaik, Malaysia dan Pembangunan Santai Terpuji, Malaysia, Anugerah Seni Bina Lanskap Malaysia dan Hadiah Berlian Antarabangsa bagi Kecemerlangan Kualiti, membantu projek menjadi salah satu hartanah yang paling menggamit perhatian di Singapura dan Malaysia.
Forest City, pemenang bagi anugerah Pembangunan Mampan Terbaik, turut menerima beberapa anugerah antarabangsa sejak dilancarkan, hasil daripada konsep-konsep unik oleh firma tersebut dari segi perancangan bersepadu dan kepantasan pembinaan kemudahan sokongan yang disiapkan. Forest City merupakan penerima bagi anugerah-anugerah termasuk Anugerah Seni Bina Lanskap Persatuan Boston, Anugerah Inovasi Produk Baharu Pembangunan Hartanah Asia Pasifik Frost & Sullivan, prapensijilan peringkat emas di bawah LEED-CS oleh USGBC, Anugerah Penempatan Manusia Global bagi Perancangan dan Reka Bentuk, Anugerah Emas Projek Mega Masa Depan Terbaik MIPIM Asia bagi tahun 2016, Anugerah Hartanah Asia Pasifik Pembangunan Kegunaan Bercampur Malaysia dan Anugerah Hartanah Asia Pasifik Kediaman Berbilang Seni Bina Malaysia, menjadi model untuk dicontohi dari segi perancangan untuk bandar masa depan.
Country Garden Central Park, tumpuan baharu dalam pasaran hartanah Malaysia dan yang terbaik dalam kategorinya di Johor Bahru, mempunyai taman peribadi yang amat luas dan merupakan satu-satunya projek pembangunan rantau ini yang membangunkan komuniti yang menjalani gaya hidup dikelilingi taman dengan kehijauan yang luas serta pendekatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk semua tindakan dan usaha komuniti. Selain pemandangan alam semula jadi yang indah termasuk tasik yang terletak di tengah-tengahnya, pihak pemaju turut menyediakan zon berasingan yang eksklusif untuk berjalan, berlari dan bermain bola sepak. Projek ini bertujuan untuk menyediakan unit-unit kediaman yang paling dicari-cari dan pada masa yang sama mampu milik demi memenuhi jangkaan penduduk tempatan.
Komitmen kukuh jamin prospek yang cerah
Sebagai pemaju hartanah bersepadu yang terkemuka di China, Country Garden menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3 juta pemilik hartanah dengan lebih 900 projek hartanah berkualiti tinggi di seluruh dunia. Selain China, pemaju hartanah ini menempa kehadirannya di Australia, Indonesia dan Malaysia serta dalam pasaran-pasaran lain. Pada tahun 2017, syarikat berada dalam senarai hebat Forbes 300 dan Fortune Global 500.
Semasa tempoh peluasan luar negara selama lima tahun lamanya, Country Garden terus berkembang dengan memperkenalkan Danga Bay, membuka laluan untuk firma ini menonjol berbanding pesaingnya, Diamond City, yang menakrif semula gaya hidup vila, Forest City, yang menjadi model idaman bagi perancangan bandar masa depan, dan Central Park, yang menumpu pada nilai terbaik yang dapat ditawarkan oleh kehidupan bermasyarakat. Setiap kakitangan di Country Garden komited terhadap produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam kategori dengan terus mendukung kehalusan ketukangan. Menuju masa depan, prospek untuk syarikat bagi kedua-dua pembangunan dalam pasaran utamanya, China, dan rancangannya untuk berkembang ke peringkat antarabangsa masih kekal memperlihatkan potensi yang menggalakkan.
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20171127/2000733-1-a
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20171127/2000733-1-b