omniture

Cabutan Akhir bakal tiba: Hisense jemput legenda bola sepak Ruud Gullit untuk ambil alih Saluran Sosial mereka

Hisense
2017-12-01 21:38 941

MOSCOW, 1 December 2017 /PRNewswire/ -- Hisense, penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Russia™, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia menjemput legenda bola sepak Ruud Gullit untuk mengambil alih Twitter dan Facebook mereka semasa Cabutan Akhir bagi Piala Dunia FIFA 2018 Russia™. Sebagai penaja yang berbesar hati, Hisense telah mewujudkan peluang unik sebagai sebahagian daripada aktiviti-aktiviti penglibatan global mereka untuk kejohanan tersebut.

Cabutan Akhir bakal tiba: Hisense jemput legenda bola sepak Ruud Gullit untuk ambil alih Saluran Sosial mereka
Cabutan Akhir bakal tiba: Hisense jemput legenda bola sepak Ruud Gullit untuk ambil alih Saluran Sosial mereka

Sebagai salah sebuah penyedia televisyen terkemuka dunia, Hisense akan menguruskan interaksi secara langsung antara Ruud dan peminat di seluruh dunia, apabila pasukan dan Tarikh perlawanan pertama 32 pasukan yang turut serta diumumkan di Kremlin Moscow, pada hari Jumaat 1 Disember pada pukul 3 petang GMT. Semasa Cabutan Akhir, Ruud akan berada di studio Hisense memberi maklum balas secara langsung kepada tweet para peminat dengan balasan video yang diperibadikan dan memberikan pandangan unik beliau terhadap cabutan semasa ia sedang berlangsung dengan menggunakan tanda pagar #RuudReacts.

Ruud Gullit, yang mengetuai pasukan nasional Belanda dan merupakan ahli pasukan 1990 FIFA World Cup™ berkata: "Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada majlis yang penting ini dengan jenama bertaraf dunia seperti Hisense. Piala Dunia boleh menjadi kejohanan yang beremosi dan di sinilah roller-coaster bermula! Pasukan Hisense mencipta cara yang sangat seronok untuk berinteraksi dengan para peminat dan mengikuti perkembangan ceritadi sekeliling Cabutan Akhir, dan saya teruja untuk mendengar apa yang mereka fikirkan tentang keputusan tersebut. Saya pasti sebahagiannya akan meraikan, sementara sebahagian lagi akan bersedih – tetapi semuanya hanyalah permulaan untuk perjalanan yang indah!"

Zhu Dan, Naib Presiden Hisense International, menambah: "Cabutan Akhir ialah satu peristiwa penting dan menandakan permulaan rasmi pesta Piala Dunia dengan para peminat menonton TV di seluruh dunia. Apabila pasukan-pasukan diumumkan, ia selalunya suasana yang mendebarkan tetapi juga sangat mengujakan. Sebagai Televisyen Rasmi 2018 FIFA World Cup™, kami gembira untuk membawakan En. Gullit menjadi sebahagian daripada acara dan membantu menjadikan acara ini lebih istimewa kepada peminat menggunakan TV ULED kami."

"Acara ini juga merupakan detik istimewa untuk jenama kami. Sambil terus berkembang di peringkat global, kami berhasrat menggunakan penajaan ini untuk membawakan lebih banyak pengalaman dan menyediakan nilai tambahan kepada pelanggan kami. Kami berbangga menjadi penaja rasmi acara sukan yang paling ditonton di dunia, dan percaya bahawa pertandingan ini akan meningkatkan kesedaran dan nilai antarabangsa jenama Hisense."

Penajaan Hisense dengan 2018 FIFA World Cup Russia™ merupakan penajaan pemasaran acara sukan. Sewaktu Hisense memperluaskan perniagaannya di seluruh dunia, pemasaran sukan terus memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenal jenama Hisense kepada penonton global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171130/2004206-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Sporting Events Sports Television