omniture

Nexen Tire Bekalkan Tayar Peralatan Asli untuk Porsche Macan

Nexen Tire bekalkan tayar Prestasi Ultra Tinggi (UHP) N'FERA RU1 untuk Porsche Macan sebagai tayar peralatan asli
Nexen Tire
2017-12-04 18:18 822

SEOUL, Korea Selatan, 4 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, mengumumkan ia telah mula membekalkan tayar-tayar peralatan asli (OE) kepada pengeluar kereta sport Porsche buat kali kedua. Tayar yang terpilih, N'FERA RU1, dibekalkan untuk SUV mewah kompak Porsche, Macan, dengan saiz 235/55R19 101Y dan 255/50R19 103Y.

Nexen Tire Bekalkan Tayar Peralatan Asli untuk Porsche Macan
Nexen Tire Bekalkan Tayar Peralatan Asli untuk Porsche Macan

Sebagai tayar UHP yang dioptimumkan untuk pemanduan sport, N'FEAR RU1 telahpun menyediakan bekalan kepada Porsche untuk SUV Cayenne mewahnya. Dari segi pengalaman pemanduan sport kenderaan tersebut, N'FERA RU1 mempunyai ciri kestabilan membelok serta pengendalian sport yang tiada tandingan untuk pemanduan berkelajuan tinggi. Ia turut dilengkapi dengan Teknologi Cengkaman 3D-Nano, yang memaksimumkan keupayaan membrek dalam kenderaan sport pada kelajuan yang tinggi. Tayar tersebut juga mempunyai kord tekanan hibrid aramid dan sebatian pengisi manik khas yang meningkatkan kestabilan pengendalian.

N'FERA RU1 pernah memenangi sembilan anugerah rekaan di Eropah, Amerika dan Asia, termasuk Anugerah Rekaan Red Dot 2017 dan Anugerah Good Design Jepun, membuktikan kecemerlangan Nexen Tire dalam rekaan. Bekalan tayar OE terus memperlihatkan kualiti dan standard Nexen Tire yang tinggi dalam usaha menyediakan tayar-tayar yang dioptimumkan untuk kenderaan yang amat berprestasi tinggi.

"Kami berasa teruja dapat membekalkan tayar peralatan asli untuk pengeluar kereta sport Porsche yang menawarkan reka bentuk dan kualiti yang benar-benar bertaraf dunia," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Kami akan terus berusaha meningkatkan kualiti dan teknologi produk Nexen Tire, selain memperluas bekalan OE kami kepada lebih banyak pembuat kereta global. Menerusi kilang pengeluaran Czech baharu kami yang bakal beroperasi tidak lama lagi, kami berupaya menyediakan tayar-tayar OE yang lebih baik demi memenuhi keperluan pembuat kereta Eropah."

Nexen Tire mengeluarkan 42 juta tayar setahun untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan yang menggunakan teknologi canggih, dengan ciri keseragaman, kualiti dan kecemerlangan yang tiada tandingan dari segi rekaan. Kini, Nexen Tire membekalkan tayar-tayar OE kepada lebih 20 pembuat kereta global di Amerika Utara dan Selatan, Asia serta Eropah.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171201/2005371-1

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements