omniture

Spreadtrum jalin kerjasama dengan LEAGOO lancar telefon pintar pertama dikuasakan SC9853I

Spreadtrum Communications, Inc.
2017-12-05 12:44 553

SHANGHAI, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Spreadtrum Communications ("Spreadtrum"), syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka di China yang menggunakan teknologi canggih dalam piawaian komunikasi tanpa wayar 2G, 3G dan 4G, hari ini mengumumkan platform LTE sederhana dan mewah berasaskan seni bina Intel 14nm SC9853I telahpun diguna pakai dalam telefon pintar LEAGOO T5c. Ia merupakan telefon pintar keluaran Cina pertama di dunia yang dikuasakan oleh SC9853I, yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember ini.

Dibangunkan melalui platform LTE 14nm Spreadtrum SC9853I, LEAGOO T5c mempunyai pemproses berasaskan seni bina Intel Airmont 64-bit 1.8 GHz Octa-teras, yang membolehkan telefon pintar menawarkan pengkomputeran berprestasi tinggi digandingkan dengan kuasa ultra rendah. Berbanding produk-produk yang kompetitif, LEAGOO T5c mencapai peningkatan setinggi 25% dalam kelajuan operasi dengan 30% pengurangan penggunaan kuasa. Ia turut menyokong rangkaian CAT 6 dan fungsi dwi-4G dwi-Tunggu Sedia dwi-SIM bagi mencapai VoLTE terunggul, meningkatkan pengalaman membuat panggilan dengan ketara.

Sementara itu, LEAGOO T5c menonjolkan keupayaan pemprosesan kamera yang ditingkatkan. Ia dilengkapi dengan kamera hadapan 5MP, dwikamera belakang 13MP+2MP, menyediakan sensor CMOS 1/3.06, saiz piksel 1.12 mikron dan apertur maksimum f/2.2. Pengoptimuman dwikamera tahap cip SC9853I Spreadtrum membolehkan LEAGOO T5c memberikan kesan merakam waktu malam dan bokeh yang terunggul. Selain itu, telefon pintar tersebut didatangkan dengan ID cap jari dipasang di hadapan, paparan IPS FHD 5.5 inci, 3 GB RAM, 32 GB storan dan bateri berkapasiti 3000mAh.

"Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan LEAGOO bagi melancarkan telefon pintar berasaskan SC9853I Spreadtrum pertama, memberikan pengguna seluruh dunia dengan pilihan dan pengalaman peranti yang lebih inovatif dan pintar," kata En. Xuezhong Zeng, Ketua Pegawai Eksekutif Spreadtrum. "Sebagai salah satu peneraju dunia dalam industri reka bentuk cip set mudah alih, Spreadtrum sentiasa menjadi penginovasi dan pendorong perubahan dalam pembangunan SoC. Platform SC9853I Spreadtrum, dengan prestasinya yang cekap dan teknologi canggih, dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran LTE global sepenuhnya, dan oleh yang demikian membantu pelanggan meneruskan usaha membangunkan produk akhir yang pintar demi merealisasikan lebih banyak kemungkinan untuk menjadi produk yang berdaya saing."

En. Johnson Zhuang, Ketua Pegawai Eksekutif LEAGOO Group mengulas, "LEAGOO sentiasa berdedikasi untuk menyediakan pengguna seluruh dunia dengan telefon pintar yang berkualiti dan bernilai cemerlang. Sejak menandatangani perjanjian dengan Tottenham Hotspurs Liga Perdana, strategi jenama LEAGOO bukan sekadar menumpu pada pemasaran, tetapi turut menjadi peneraju dalam pembuatan telefon bimbit. Kali ini, kami berpeluang untuk membentuk kerjasama yang kukuh bersama Spreadtrum, bersama-sama melancarkan telefon pintar pertama yang menggunakan platform SC9853I. Ini bukan sekadar dapat melengkapi kekurangan prestasi yang terdapat dalam telefon pintar Octa-teras, tetapi turut memanfaatkan sepenuhnya harga runcitnya. Kami juga berharap, melalui jalinan kerjasama ini, LEAGOO dapat menonjol dalam pasaran telefon pintar berharga sederhana dan mencapai kejayaan yang hebat!"

Ketahui lebih lanjut tentang LEAGOO T5c:
http://www.leagoo.com/product/t5c/

Kempen prajualan global LEAGOO T5c:
https://www.gearbest.com/promotion-leagoo-t5c-special-1775.html

Source: Spreadtrum Communications, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services