omniture

Capella Hotel Group tambah bangunan Mercu tanda Yang Ultra-Mewah Di Tebing Sungai Chao Phraya Dengan PeMbukaan Capella Bangkok

Capella Hotel Group Asia
2017-12-05 17:30 893

Akan dibuka pada suku terakhir 2018

SINGAPURA, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Capella Hotel Group bersama dengan pemaju hartanah terkemuka Country Group Development PCL, mengumumkan pembukaan Capella Bangkok pada suku terakhir 2018. Terletak di persiaran tebing Sungai Chao Phraya yang terberi nafas baru, Capella Bangkok merupakan sebuah pusat peranginan bandar yang menawarkan 101 bilik suite dan villa dengan pemandangan indah ke arah sungai yang terpenting di Thailand.

Capella Bangkok - Pandangan Muka Bangunan Di Tepi Sungai Chao Phraya
Capella Bangkok - Pandangan Muka Bangunan Di Tepi Sungai Chao Phraya

 

Capella Bangkok -- Mauro Colagreco (c) Matteo Carasale (kredit foto kepada Matteo Carasale)
Capella Bangkok -- Mauro Colagreco (c) Matteo Carasale (kredit foto kepada Matteo Carasale)

Tersergam indah di tebing timur Sungai Sang Raja itu, Capella Bangkok merupakan sebahagian penting dalam pembangunan hartanah berprestij yang dikenali sebagai Chao Phraya Estate. Semua 101 bilik suite dan villa mempunyai pemandangan sungai yang tidak terhalang, berserta dengan kelebihan and keistimewaan luar biasa yang ditawarkan oleh Capella Hotels and Resorts, yang baru sahaja diundi kelima terbaik diantara jenama hotel di dunia oleh para pembaca Travel + Leisure sempena Anugerah Terbaik Di Dunia 2017 (2017 World's Best Awards).

Satu lagi keistimewaan Capella Bangkok adalah kerjasama dengan ikon kulinari yang terkenal, Cef Mauro Colagreco. Sebagai satu-satunya cef yang berasal dari Argentina yang memiliki Michelin dua bintang di dunia, En. Colagreco akan mengkonsepsikan sebuah restoran istimewa yang menzahirkan tafsirannya mengenai ciri-ciri budaya Thai terhadap cara masakannya.

Ketika ditanya sebabnya En. Colagreco ingin membuat kemunculan pertama bergaya istimewanya di Capella Bangkok, beliau menjelaskan: "Bagi saya, nama Capella bukan hanya berkait dengan ciri kemewahan dan keanggunan, tetapi juga persembahan konsep unik yang memberikan perhatian perkhidmatan prihatin kepada setiap tetamu. Inilah matlamat yang saya inginkan terhadap konseptualisasi masakan saya – memberikan para pelanggan saya suatu pengalaman unik! Setiap tahun saya melawat Asia, termasuk beberapa kali ke Bangkok, sebuah bandaraya kesukaan saya yang bersifat kontemporari dan juga berwarisan, satu-satunya kebudayaan yang unik dan luar biasa, ini termasuklah masakan tempatan yang pastinya salah satu daripada yang terbaik di dunia."

"Capella Bangkok menambahkan dimensi baharu terhadap portfolio perhotelan ikonik kami yang sedang berkembang di destinasi-destinasi utama Asia.  Lokasinya yang luar biasa di sepanjang Sungai Chao Phraya yang penuh legenda menjadikannya satu pilihan lazim bagi para pengembara yang pintar menilai keaslian bersifat Thai dalam setiap pengalaman kembara. Komitmen terhadap kebudayaan tempatan ini terbukti di semua hotel Capella, termasuk Singapura, Shanghai, Düsseldorf dan Saint Lucia serta hartanah dalam pembangunan seperti di Ubud, Maldives dan Sydney," kata En. Nicholas M. Clayton, Ketua Pegawai Eksekutif Capella Hotel Group.

"Perhatian kami berikan dalam pemilihan Capella Hotel Group adalah bantuan mereka dalam manjadikan suatu kenyataan terhadap hasrat kami untuk memberikan pengalaman mewah yang tidak bertanding di setiap kediaman berserta dengan kemesraan hospitaliti yang terunggul. Country Group Development berasa yakin kerjasama dengan Capella Hotel Group akan menambah dimensi baru pengalaman mewah kepada para pengembara dunia yang bijak menilai. Dengan reputasi terkenal dalam persembahan pengalaman luar biasa di lokasi-lokasi unik, Capella Bangkok akan menjadi contoh definitif bagi perkhidmatan yang bertahap tertinggi di Thailand," kata En. Ben Taechaubol, Ketua Pegawai Eksekutif Country Group Development.

Ciri-ciri lain di Capella Bangkok termasuk Capella Library, bar yang menyediakan koktel-koktel inovatif berserta makanan manis yang penuh lazat, lokasi ruang makan tepi sungai yang dibuka sepanjang hari, Spa Auriga untuk kesejahteraan peribadi, dan juga dewan acara besar yang mempunyai pandangan ke Sungai Chao Phraya.

Sebagai mercu tanda terbaru di sepanjang Chao Phraya, Capella Bangkok ialah hasil kerjasama antara para pakar bertaraf dunia dalam pembangunan hartanah. Perancang akitek utama ialah Hamiltons International Pte Ltd, sementara itu hiasan dalaman adalah direka oleh pakar terkemuka BAMO dari Amerika Syarikat. Selain daripada itu, spa adalah direka oleh PIA Interior dan juga Hirsh Bedner Associates di sebahagian lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Capella Bangkok, sila lawati www.capellabangkok.com.

Latar Belakang Capella Hotel Group 

Capella Hotel Group yang berpengkalan di Singapura serta pejabat-pejabat di China, Eropah dan Amerika Syarikat menawarkan perkhidmatan pengurusan hospitaliti sedunia menerusi dua buah jenama berlainan. Capella Hotels and Resorts merupakan konsep hotel dan pusat peranginan yang ultra-mewah termasuk kediaman yang direka bentuk untuk para pengembara yang paling arif dan menawarkan perkhidmatan yang prihatin di Düsseldorf, Saint Lucia, Shanghai dan Singapura serta hotel-hotel dalam perancangan di Ubud, Bangkok, Maldives dan Sydney.

Solís Hotels and Resorts, merupakan gugusan pusat peranginan, hotel dan kediaman yang eksklusif, direka bentuk untuk para pengembara dan pelanggan mesyuarat yang memberi perhatian terhadap persekitaran kosmopolitan yang selesa, masakan berinspirasi, dan spa bertaraf dunia yang berada di lokasi seperti Donegal, Ireland; Nanjing, China dan Atlanta, Amerika Syarikat serta hotel-hotel dalam perancangan di Bali dan Guangzhou.

Ketahui lebih lagi di www.capellahotelgroup.com

Later Belakang Country Group Development

Country Group Development (CGD) adalah cabang pembangunan hartanah antarabangsa dan pelaburan Country Group yang berpengkalan di Thailand. Dengan kemahiran pelaksanaan hartanah yang terbukti, termasuk Four Seasons Private Residences Bangkok, Four Seasons Hotel Bangkok dan Capella Bangkok; syarikat ini merupakan pemaju yang unik dalam pasarannya dengan kemampuan daya saing hartanah yang pelbagai dan bermanfaat melalui rangkaian syarikat sekutunya di Country Group. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cgd.co.th.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Joleena Seah
Pengarah, Pemasaran & Komunikasi
Capella Hotel Group
Telefon:  +65 6887 9835
Emel:  joleena.seah@capellahotelgroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000230-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000230-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000230-1LOGO

Source: Capella Hotel Group Asia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Restaurants Travel New products/services