omniture

Andaz Singapore Jadi Hotel Andaz Pertama di Asia Tenggara

Andaz Singapore
2017-12-06 08:00 695

SINGAPURA, 6 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) mengumumkan pembukaan Andaz Singapore, Andaz yang pertama dibuka di Asia Tenggara. Andaz Singapore meneruskan misi jenama dengan lebih jauh untuk mencipta pengalaman asli yang menginspirasikan, membolehkan tetamu menyelami budaya tempatan bagi setiap destinasi yang unik. Hotel ini merupakan hartanah ketujuh belas jenama ini dan menyertai barisan hotel Andaz lain di bandar-bandar pintu masuk dan destinasi pusat peranginan utama di seluruh dunia.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
http://www.prnasia.com/mnr/andaz_20170918.shtml

Mr Stork - rooftop bar on Level 39
Mr Stork - rooftop bar on Level 39

 

Sunroom - lounge area
Sunroom - lounge area

 

Alley on 25 - hotel lobby
Alley on 25 - hotel lobby

 

1 King Bed - entry-level room
1 King Bed - entry-level room

 

Pool on Level 25
Pool on Level 25

Terletak di antara persimpangan kebudayaan, kawasan bertemunya daerah Marina Bay, Kampong Glam, Little India dan Bras Basah Bugis, hotel ini mendapat ilham daripada persekitarannya yang meriah - lorong-lorong penuh dengan rumah kedai yang mempunyai warna dan tekstur yang ceria - dan menjalinkan suasana ini ke dalam hotel untuk menawarkan tetamu dengan perspektif segar terhadap Singapura. Hotel ini hanya 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Changi dan hanya lima minit ke Daerah Pusat Perdagangan Singapura (CBD).

"Kami sangat teruja untuk membuka Andaz Singapore dan membawa jenama Andaz yang menginspirasi dan kreatif ke Asia Tenggara," kata Pengurus Besar Olivier Lenoir. "Dengan membawakan semangat tempatan kejiranan kami dan menawarkan perspektif yang baharu, Andaz Singapore menyasarkan untuk mengilhamkan penemuan baharu."

Rekaan Dengan Ilham Tempatan

Andaz Singapore membuka pintunya di DUO, dua pencakar langit cekung yang diliputi tingkap kekisi heksagon. Direka oleh arkitek Jerman Ole Scheeren yang telah memenangi pelbagai anugerah, terkenal dengan rekaannya di Ibu Pejabat CCTV Beijing dan Prada Epicenter di New York dan Los Angeles, DUO ialah pembangunan bersepadu terbesar yang terdiri daripada kediaman, ruang runcit, pejabat dan hotel Andaz Singapore yang baharu DUO dihubung terus ke stesen MRT Bugis melalui laluan pejalan kaki bawah tanah, yang memberikan akses mudah ke bandar.

Andaz Singapore, bekerjasama dengan pereka dalaman terkenal Andre Fu dari AFSO, mempunyai visi hotel ini sebagai penemuan budaya moden, yang merangkumi semangat bandar Singapura. Fu mengamati lokasi dan kejiranan dinamik hotel untuk mencipta lorong ruang impian dan menggabungkan teknik-teknik halus ilham tempatan, perincian hiasan, perabot, kesenian dan fabrik ke dalam reka bentuk hotel.

Sejumlah karya seni yang terkenal dipamerkan di hotel; seni dipenuhi warna oleh pengukir Brazil André Mendes dan karya lain daripada seniman tempatan Singapura, Ahmad Abu Bakar, seniman Filipina yang berpangkalan di New York Monica Delgado dan seniman Malaysia, Fauzulyusri Mohd Yusof.

Andaz Singapore menempatkan 342 bilik penginapan, termasuk 26 suit, dengan tingkap lantai-ke-siling yang menampilkan pemandangan bandar yang menakjubkan. Sama seperti semua hotel Andaz, semua tetamu yang menginap di hotel boleh menikmati ciri-ciri percuma seperti bar mini dengan snek daripada sumber tempatan dan minuman tanpa alkohol yang diisi semula setiap hari, Wi-Fi dan minuman sepanjang hari di Sunroom serta akses ke Lounge Hour Andaz dari 5-7 petang setiap hari; yang menyajikan wain percuma dan Pale Ale Andaz.

Makan dengan Suasana Setempat

Pelawat mempunyai pelbagai pilihan minuman dan makanan untuk dipilih. Alley on 25 membawa hidangan jalanan Singapura kepada para tetamu dengan menawarkan tujuh "rumah kedai" dalam satu lorong, bermula dengan sajian makanan ringan barbeku dari Smoke & Pepper sehingga kepada mangkuk mee panas Auntie's Wok & Steam atau air batu yang menyegarkan dari Icehaus; 665°F, dengan pengkhususan dalam daging premium dan makanan laut yang mampan; dan Mr Stork, sebuah bar di atas bumbung yang menawarkan tempat duduk pondok teepee dan pemandangan bandar 360° yang menakjubkan.

Studio Andaz

Penganjur acara boleh mengambil kesempatan menggunakan Alley on 3, laluan acara hotel sebesar 14,800 kaki persegi (1,375 meter persegi) yang menampilkan empat ruangan dengan gaya kediaman termasuk The Glasshouse, ruangan 'kotak kaca' yang lain daripada yang lain; Garden Studio, yang mempunyai teres luaran bersambung; dan dua Studio yang tersedia untuk pertemuan yang lebih kecil.

Tawaran Pembukaan

Kunjungi Andaz Singapore dan nikmati potongan 20% untuk semua bilik penginapan, dengan tambahan 3,000 mata bonus World of Hyatt (bagi setiap penginapan, min. dua malam).

Nicole Loh
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Andaz Singapore
+65-6408-1264
nicole.loh@andaz.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1939533-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1939533-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1939533-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1939533-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1939533-1-e   

Source: Andaz Singapore
Related Stocks:
NYSE:H
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services