omniture

5GAA: Kajian Bebas Dapati Faedah Sosioekonomi Selular Kenderaan-kepada-semua (C-V2X) Boleh Cecah sehingga 43 Bilion Euro menjelang 2035

5GAA - 5G Automotive Association e.V.
2017-12-07 01:29 647

BRUSSELS, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Hari ini, 5GAA menerbitkan satu laporan, yang ditulis oleh perunding telekomunikasi, media dan teknologi bebas Analysys Mason bersama-sama perunding automotif SBD Automotive, yang menilai faedah-faedah teknologi selular kenderaan kepada semua (C-V2X) bagi penyediaan komunikasi kenderaan-kepada-semua (V2X). Laporan tersebut, yang menumpu pada faedah-faedah penyelesaian sedemikian di Eropah, menggunakan bukti kualitatif, dan menjelaskan analisis kos-faedah kuantitatif yang telahpun dijalankan oleh perunding, berhubung penggunaan C-V2X. 

generated by system

Penerbitan laporan bertepatan dengan pembangunan dasar V2X, dan penggunaan jalur 5.9GHz, di Kesatuan Eropah, yang mana Suruhanjaya Eropah kini mendapatkan khidmat runding awam bagi penggunaan sistem pengangkutan pintar yang koperatif (C-ITS).

Kajian ini menyimpulkan penggunaan sistem C-ITS adalah berfaedah di peringkat Kesatuan Eropah. Faedah bersih yang boleh terakru di Eropah dijangka dalam lingkungan EUR20 bilion hingga EUR43 bilion pada tahun 2035 (dengan faedah-faedah tertinggi didapati daripada peningkatan keselamatan jalan raya dan kecekapan lalu lintas) mencakupi empat model senario.

Senario yang paling menyokong dalam kalangan model kajian (berjumlah sehingga EUR 43 bilion faedah bersih) yang mana potensi penembusan pesat dan ekonomi skala untuk C-V2X dimaksimumkan dan kedua-dua C-V2X dan Wi-Fi Standard IEEE 802.11p berupaya wujud bersama-sama dalam jalur spektrum 5.9GHz. Faedah-faedah ini tidak timbul dalam senario yang mana penggunaan IEEE 802.11p disyaratkan untuk perkhidmatan C-ITS, yang menghasilkan kurang daripada separuh faedah bersih yang dijangkakan ini (EUR 20 bilion).

Kajian ini juga menunjukkan faedah-faedah C-V2X untuk pasaran Eropah terletak pada kefleksibelan penggunaan, dengan kebolehan untuk memberi liputan kepada jarak yang pendek dan aplikasi kawasan yang luas, dan kepastian evolusi masa depan kepada 5G, berpotensi memudahkan penggunaan lebih awal selain penggunaan selepas jualan (contoh: perkhidmatan V2X yang disediakan dalam kenderaan melalui telefon pintar atau peranti selepas jualan yang lain dengan fungsi ketersambungan C-V2X).

Kos penggunaan infrastruktur yang berkurangan seterusnya merupakan faedah utama C-V2X, bermula dengan potensi penggunaan semula infrastruktur mudah alih sedia ada, seraya memanfaatkan penyepaduan teknologi selular dan ekonomi skala, berbanding pembangunan infrastruktur tepi jalan dikendalikan secara bebas.

Christoph Voigt, Pengerusi 5GAA mengulas: "C-V2X akan menjadi asas kepada penggunaan sistem pengangkutan pintar koperatif. Faedah-faedah yang ditekankan dalam laporan ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia menunjukkan teknologi ini akan menjurus kepada penambaikan utama dalam pemanduan dan keselamatan jalan raya. Ia seterusnya menekankan bahawa Suruhanjaya Eropah seharusnya mengambil pendekatan teknologi berkecuali dan tidak mengehadkan faedah-faedah ini dengan mensyaratkan penggunaan Wi-Fi standard IEEE 802.11p." 

Kajian kelebihan sosioekonomi terhadap C-V2X boleh ditemui melalui http://5gaa.org/wp-content/uploads/2017/12/Final-report-for-5GAA-on-cellular-V2X-socio-economic-benefits-051217_FINAL.pdf.

Secara berasingan, 5GAA hari ini turut menerbitkan kajian yang menjalankan analisis kuantitatif terhadap teknologi-teknologi LTE-V2X (PC-5) dan IEEE 802.11p untuk komunikasi jarak dekat ad hoc/ langsung bagi mengurangkan kematian dan kecederaan serius yang berpunca daripada kemalangan kenderaan bermotor di EU. Model yang mendasari laporan ini telah menjalani proses pewasitan dan disahkan oleh perunding teknologi dan dasar, Ricardo. Kajian ini mendapati LTE-V2X (PC5) dapat mengatasi 802.11p dalam mengurangkan kematian dan kecederaan serius di jalan raya EU. Kajian 5GAA terhadap penilaian teknologi komunikasi langsung LTE-V2X (PC5) dan 802.11p demi peningkatan keselamatan jalan raya di EU boleh didapati melalui http://5gaa.org/wp-content/uploads/2017/12/5GAA-Road-safety-FINAL2017-12-05.pdf.

Latar Belakang C-V2X  

V2X membolehkan kenderaan berkomunikasi antara satu sama lain dan ekosistem pengangkutan yang lebih luas. Ia akan berpotensi melengkapi sensor dalam sistem dengan menyediakan maklumat yang dipertingkat (seperti data daripada kenderaan lain) pada jarak yang lebih jauh.

C-V2X ialah teknologi yang dibangunkan oleh Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP) bagi menyediakan perkhidmatan V2X, menggunakan dua mod komunikasi:

mod kenderaan-kepada-kenderaan secara langsung (dikenali sebagai 'PC5' dalam spesifikasi 3GPP) dan

antara muka komunikasi rangkaian (dikenali sebagai 'Uu' dalam spesifikasi 3GPP) untuk komunikasi kenderaan-kepada-rangkaian (V2N) melalui rangkaian mudah alih sedia ada.

Latar Belakang 5GAA 
Persatuan Automotif 5G (5GAA) ialah sebuah organisasi syarikat-syarikat silang industri bertaraf global daripada industri-industri automotif, teknologi dan telekomunikasi (ICT), yang berusaha bersama-sama untuk membangunkan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk perkhidmatan mobiliti dan pengangkutan masa depan. Ditubuhkan pada tahun 2016, Persatuan ini terdiri daripada lebih 67 ahli yang misinya adalah untuk membangunkan, menguji dan mempromosi penyelesaian komunikasi, memulakan pempiawaian mereka dan mempercepatkan ketersediaan komersial dan penembusan pasaran global demi memenuhi keperluan masyarakat.

Hubungi:
Nafi Niang
Marcom@secretariat.org 
+49-895-490-9680

Source: 5GAA - 5G Automotive Association e.V.
Keywords: Auto Telecommunications Transportation Travel Survey, Polls & Research