omniture

Seoul Lancar Acara 'I Seoul U 20'

I SEOUL U
2017-12-07 09:57 640

Terdapat juga hadiah disampaikan kepada mereka yang mengenali jenama 'I Seoul U' melalui 'Handsome! 20', lokasi terkenal Seoul untuk menghidupkan semula masa silamnya.

SEOUL, Korea Selatan, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Bandar raya Seoul, bandar pelancongan terkenal dunia dengan lakaran sejarah selama 2,000 tahun lamanya, akan mengadakan acara 'I Seoul U 20' untuk disertai oleh para pelancong secara dalam talian dan luar talian.

Halaman acara dalam talian 'I SEOUL U 20'
Halaman acara dalam talian 'I SEOUL U 20'

I Seoul U 20 ialah satu acara rekreasi Seoul bagi melihat tapak-tapak tersebut dan mempelajari sejarah tempat-tempat yang sudah terkenal dan peluang untuk menyampaikan hadiah kepada mereka yang menyertai acara jenama 'I Seoul U'. Tempoh acara akan berlangsung mulai 1 Disember hingga 15 Disember.

Terdapat dua cara untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Sila layari halaman acara dalam talian dan memohon kepada mana-mana daripada 20 tempat terkenal di Seoul. Apabila pengguna mengunjungi tempat-tempat terkenal di Seoul menggunakan 'Handsome! 20', pengguna boleh mengimbas kod QR yang dipasang dan memohon halaman acara. Pemenang akan diberikan kad pengangkutan yang disediakan seluruh negara, berserta pek topeng.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman acara (https://goo.gl/BbtTq9).

Acara ini akan diadakan di lokasi yang digiatkan semula di bandar raya Seoul manakala 20 tempat di ruang sivik baharu Seoul dipromosikan dengan cogan kata 'Handsome! 20'. Daripada merobohkan dan membangunkannya semula, ia digiatkan kembali bagi menghidupkan semula kenangan dan nilai yang berharga. Ia merangkumi ruang bersejarah dan budaya yang mempunyai segala intipati Seoul, ruang sains dan ekonomi untuk masa depan Seoul, dan ruang bandar serta seni bina yang mencipta semula masa lampau Seoul.

Dalam ruang bersejarah dan budaya, para pelancong boleh merasakan perubahan Seoul dengan berjalan di sepanjang jejak sejarah. Oil Tank ialah Tangki Kebudayaan, kemudahan budaya sivik yang mesra alam, 10 kali ganda lebih besar daripada Seoul Plaza.

Dalam ruang sains dan ekonomi, pelancong boleh mengalami secara langsung perubahan Seoul yang menjadi contoh sains dan ekonomi dalam kehidupan rakyatnya. Pusat Sains Seoul, kawasan pameran berkeluasan 3,700m2, diwujudkan bagi membantu para pelajar memahami sains asas selain mempopularkan sains.

Ruang bandar dan seni bina pula boleh dibayangkan sebagai masa depan Seoul: Seoullo 7017 yang dibangunkan semula sebagai laluan pejalan kaki.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171204/2005311-1

 

Source: I SEOUL U
Keywords: Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news