omniture

Persembahan Perdana Dunia "FRANCHISE FREEDOM - Arca Terbang oleh Studio Drift dengan Kerjasama BMW" Sempena Art Basel di Miami Beach

BMW Group
2017-12-07 17:41 434

MIAMI BEACH, Florida, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Malam tadi di South Beach, Studio Drift yang berpangkalan di Amsterdam, Lonneke Gordijn dan Ralph Nauta, mempersembahkan karya terkini mereka "FRANCHISE FREEDOM - arca terbang oleh Studio Drift dengan kerjasama BMW". Sewaktu majlis Art Basel di Miami Beach, 300 dron bercahaya bergerak melintasi langit dan merentasi lautan, menyerupai kawanan burung dan menghasilkan karya seni persembahan pada antara muka antara teknologi, sains dan seni.

generated by system

generated by system

Hildegard Wortmann, Naib Presiden Kanan Jenama BMW berkata, "Ia dicetuskan oleh Edmund Burke - pada pertengahan abad ke-18 dalam wacana terkenal beliau mengenai luhur - yang menulis bahawa kecantikan merupakan satu bentuk pergerakan. Inilah yang digambarkan sepenuh hati oleh Studio Drift dan Bayerische Motoren Werke. 'FRANCHISE FREEDOM' ialah satu keajaiban teknologi dan pengalaman estetika yang menakjubkan."

Dengan meniru fenomena alam semula jadi iaitu sekawanan burung dengan dron, ini merupakan kali pertama gerakan yang diatur ini dihasilkan oleh mesin yang beroperasi dengan algoritma yang terpencar pada skala yang begitu luas. Persembahan tambahan jika cuaca mengizinkan dirancang pada sebelah malam iaitu pada jam 8 Malam hingga 10 Disember, antara persimpangan 32nd dan 33rd Street Collins Avenue di belakang Faena Hotel Miami Beach. Persembahan tersebut boleh dilihat dari jarak jauh – waktu terperinci akan dikongsi dalam Instagram oleh Studio Drift @studio.drift, oleh Pace Gallery @pacegallery dan oleh BMW melalui Instagram @bmwgroupculture serta Facebook #bmwgroupculture. 

Tatkala Studio Drift mempersembahkan karya seni mereka "FRANCHISE FREEDOM" di Miami Beach, Bayerische Motoren Werke mempamerkan salah satu karya agung terkini mereka di lokasi acara: Siri BMW Concept 8.

Maklumat lanjut disediakan di: http://www.press.bmwgroup.com
Rakaman video: https://www.press.bmwgroup.com/global/tv-footage 

Hubungi:

Dr Thomas Girst
Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan BMW Group
Ketua Penglibatan Budaya 
Telefon: +49-89-382-24753
Emel: presse@bmw.de

Source: BMW Group
Keywords: Art Auto Entertainment Transportation New products/services