omniture

CLX Communications Lancar Suara untuk IoT

CLX Communications
2017-12-07 19:47 719

STOCKHOLM, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Penyedia komunikasi berasaskan awan yang terkemuka, CLX Communications AB (XSTO:CLX), hari ini mengumumkan ekoran kejayaan percubaan, perkhidmatan ketersambungan IoT CLX kini menyokong keupayaan komunikasi Suara.

IoT biasanya dikaitkan dengan perkhidmatan data dan SMS, namun Suara dapat memainkan peranan penting dalam banyak kes penggunaan IoT. Kes penggunaan sedemikan termasuk peranti IoT yang memerlukan komunikasi lebar jalur yang rendah, seperti telemetri dan pemantauan kesihatan, tetapi turut memerlukan saluran komunikasi berasaskan kad SIM yang sama, sebagai contoh, yang boleh menyokong panggilan kecemasan pengguna akhir kepada meja bantuan sokongan.

Pengoptimuman kos adalah penting untuk IoT dan perkhidmatan M2M tradisional. CLX melihat banyak penyedia perkhidmatan bernilai tambah yang ingin menggunakan saluran Data dan SMS bagi tujuan analisis sistem yang jarang dibuat, dan saluran suara untuk jumlah perkhidmatan harian yang tinggi bagi mengurangkan kos. Biasanya, ini didapati dalam bentuk 'panggilan yang tidak dijawab' kepada peranti IoT bagi mencetuskan satu perkhidmatan atau tindakan.

Keselamatan adalah penting untuk perkhidmatan IoT daripada CLX. Sekiranya tiada, perkhidmatan IoT CLX akan beroperasi sebagai rangkaian persendirian, bagi memastikan panggilan tidak boleh dipintas atau terdedah kepada kelakuan penipuan daripada sumber-sumber yang tidak dikenali. Selain itu, perkhidmatan Suara IoT didatangkan dengan kawalan masa sebenar yang sama dan fungsi pemantauan penggunaan seperti perkhidmatan Data dan SMS sedia ada, serta bil yang terperinci dan juga sokongan teknikal yang lengkap.

Robert Gerstmann Pengarah Urusan CLX mengulas, 'Tawaran IoT biasanya melibatkan penghantaran Data dan pesanan SMS, elemen Suara membolehkan kami memberi nilai tambahan kepada pelanggan IoT kami digandingkan dengan peningkatan kecekapan daripada penyatuan perkhidmatan kepada satu penyedia perkhidmatan komunikasi.'

'Kami mempunyai beberapa pelanggan yang menguji ciri baharu tersebut dan berharap dapat menyokong mereka dalam proses percubaan dan penggunaan komersial mereka,' sambung Gerstmann.

Latar Belakang CLX Communications 

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat perusahaan berkomunikasi dengan pantas, selamat dan berkesan kos di seluruh dunia bersama pelanggan dan peranti terhubung - Internet Komunikasi Benda (IoT).

Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan ketersambungan mudah alih untuk IoT. CLX berkembang maju secara menguntungkan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan menempa kehadiran di 20 negara tambahan. Saham CLX Communications diniagakan dalam NASDAQ Stockholm - XSTO:CLX.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: http://www.clxcommunications.com/

Source: CLX Communications
Related Stocks:
Stockholm:CLX
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services