omniture

agoda: Percutian Akhir Tahun Terbaik di Kuala Lumpur

agoda
2017-12-08 04:10 571

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Menjelang akhir tahun yang pantas menghampiri, ramai penduduk Malaysia menghitung detik bagi menuju tempat percutian mereka yang amat dinanti-nantikan. Namun begitu, buat mereka yang kurang teratur, ini adalah pecutan minit terakhir untuk menempah penginapan mereka.

AVANI Sepang Goldcoast Resort. Source: agoda
AVANI Sepang Goldcoast Resort. Source: agoda

Dengan ciri kemudahan tempahan bagi perjalanan tempatan saat akhir, ia merupakan peluang hebat untuk meneroka bandar anda sendiri. Travel and Tech Study agoda mendapati 75 peratus penduduk Malaysia ingin lebih meneroka negara mereka sendiri.

Pengarah untuk Jenama dan Komunikasi Global agoda, Andrew Edwards mengulas: "Percutian di bandar anda sendiri ialah satu peluang hebat untuk mengetahui segala yang digemari oleh pelancong luar negara mengenai lokasi tempat tinggal anda – tetapi tanpa mengalami lesu jet, kesukaran bahasa dan kekeliruan umum."

Data tempahan agoda menunjukkan sembilan daripada sepuluh destinasi akhir tahun paling popular untuk pelancong Malaysia pada tahun 2016 ialah destinasi tempatan. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa lokasi percutian paling menginspirasikan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya bagi meneroka semula kawasan anda sendiri.

Pemandangan ikonik di Mandarin 

Para pelancong boleh Mendaftar Masuk ke Mandarin Oriental dan Melangkah Keluar ke Menara Berkembar Petronas atau taman-taman yang tumbuh subur di Kuala Lumpur City Park – hotel terletak berdekatan antara kedua-dua lokasi. Dengan jarak yang dekat ini menuju hab bandar mengajak para tetamu untuk mencuba pelbagai jenis masakan, termasuk hidangan tempatan dan luar negara yang disajikan di Mosaic Restaurant, manakala masakan Kantonis asli dihidangkan di Lai Po Heen.

Tempah di sini

Tempat istirehat pasangan terunggul di AVANI

Dikelilingi oleh perairan terlindung Semenanjung Malaysia, para pelancong boleh Mendaftar Masuk ke AVANI Sepang Goldcoast Resort dan Melangkah Keluar ke dunia terpencil yang bertropika. Hanya sejauh sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, lokasi tersembunyi ini menggabungkan ciri kebolehcapaian dengan kesendirian yang damai.

Tempah di sini

Tinggalkan segala kemudahan di Rumah Pokok Terra

Pelancong yang gemarkan pengembaraan yang inginkan cabaran di hutan perlu memilih Rumah Pokok Terra. Para pengembara boleh Mendaftar Masuk ke pondok asli dan serta merta boleh Melangkah Keluar ke puncak pokok; takrifan sebenar untuk kembali semula kepada asal.

Tempah di sini

Tempat percutian aneh di Hotel Maison 

Dengan menyediakan bilik-bilik bertema secara kreatif, pengembara boleh membawa diri mereka menuju dunia imaginasi di tengah-tengah bandar. Daftar Masuk ke Hotel Maison Boutique yang megah, dan Melangkah Keluar ke kawasan Beli Belah Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Berjaya Times Square, mahupun Sungei Wang Plaza, kesemuanya terletak berdekatan.

Tempah di sini

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq:PCLN) ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia.

Maklumat perhubungan media:

Mykayla Carr
mykayla.carr@hotwireglobal.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171207/2009828-1

 

Source: agoda
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Travel Web Site