BEIJING, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pusat Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti Produk Fotovolta Solar Kebangsaan (CPVT) mengeluarkan satu laporan ujian bebas yang menunjukkan sel monohabluran PERC dwimuka daripada LONGi Solar mencatat rekod dunia bagi kedwimukaan iaitu 82.15%.
LONGi Solar memperkenalkan modul monohabluran PERC dwimukanya (Hi-MO2) pada Shanghai SNEC 2017. Matlamatnya adalah untuk membekalkan modul-modul bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap produk berkecekapan lebih tinggi dan untuk Program Top-Runner China.
Hi-MO2 LONGi menyediakan teknologi berkuasa tinggi, hasil bertenaga tinggi dan LCOE yang rendah. Bagi LONGi Solar, Hi-MO2 sinonim dengan penjanaan kuasa dwimuka berkecekapan tinggi dan menyediakan titik pelancaran untuk era baharu teknologi penjanaan kuasa monohabluran PERC dwimuka berkecekapan tinggi.
Hi-MO2 mempunyai ciri-ciri terbaik daripada platform teknologi Hi-MO1 LONGi – teknologi PERC berdegradasi rendah dan berkuasa tinggi – dan menggabungkannya dengan teknologi dwimuka. Dalam pengeluaran secara besar-besaran, kecekapan bahagian hadapan adalah melebihi 21.2%. Penerimaan cahaya pada bahagian belakang boleh memberikan hasil tenaga tambahan yang ketara. Sekiranya hasil kuasa bahagian belakang meningkatkan kecekapan modul keseluruhan sebanyak 10%, kuasa modul PERC dwimuka boleh mencecah 330 watt untuk modul 60-sel (300 watt daripada bahagian hadapan) dan 396 watt bagi modul 72-sel (360 watt daripada bahagian depan).
Modul-modul PERC dwimuka disediakan dengan laminasi kaca berganda. Digabungkan dengan teknologi PERC mono berdegradasi rendah, Hi-MO2 menawarkan degradasi tahun pertama kurang daripada 2%, dan purata degradasi tahunan adalah kurang daripada 0.45% untuk 30 tahun – jauh lebih baik berbanding modul-modul konvensional. Sementara itu, penggunaan kaca berganda meningkatkan kerintangan PID dan dapat melanjutkan hayat modul melebihi 30 tahun.
"Hi-MO2 menambah kelebihan PERC monohabluran kepada bahagian belakang modul, tanpa meningkatkan kos. Digabungkan dengan hasil kuasa lebih tinggi dan tenaga yang lebih tinggi, Hi-MO2 dapat mengurangkan LCOE dan memberi lebih banyak faedah kepada pelabur-pelabur loji kuasa PV," kata Li Wenxue, Presiden LONGi Solar.
Kejayaan pelancaran modul-modul monohabluran dwimuka adalah bukti keinginan pasaran PV terhadap produk-produk yang tinggi kecekapan, tinggi keandalan dan tinggi hasilnya, serta pengiktirafan penuh terhadap inovasi berterusan LONGi Solar dalam teknologi sel PERC monohabluran.
Kedwimukaan pada sel-sel PERC dwimuka dalam pasaran adalah kira-kira 74%, dan sel PERC dwimuka monohabluran LONGi Solar meningkatkan kedwimukaan kepada 82.15%, nilai yang utama dalam industri, yang bukan sekadar mempelbagaikan senario penggunaan sel dwimuka PERC, tetapi turut meningkatkan prestasi kos selain hasil tenaga yang lebih tinggi.