omniture

Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

Discovery Networks Asia-Pacific Pte. Ltd.
2017-12-08 18:37 784

SINGAPURA, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- China mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan ekonominya – revolusi syarikat baharu yang mana pemikiran yang inovatif dalam bidang teknologi dan keusahawanan, dipacu oleh generasi baharu individu-individu berwawasan, kini memajukan dunia masa depan.

Untuk hebahan multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/discoverychina_201712.shtml

 

 

Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu
Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

 

Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu
Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

 

Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu
Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

 

Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu
Discovery Channel Perkenal China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

Siapakah golongan usahawan muda dan bersemangat ini? Dari manakah mereka mendapat idea, bagaimanakah mereka mengubah idea tersebut menjadi perusahaan menjana keuntangan? Adakah revolusi syarikat baharu Cina ini bakal mengubah cara kita semua menjalani kehidupan kita?

Dalam dokumentari Discovery Channel baharu 3 episod ini, pengacara Dr Jordan Nguyen - seorang pencipta, pereka, penginovasi dan usahawan yang memenangi anugerah - mengunjungi China untuk mengetahuinya. Beliau meneroka "lembah silikon" China: Beijing, Shanghai, Yangtze Delta, Shenzhen dan juga Guangzhou.

Dalam episod pertama ini, Jordan meneroka Beijing bagi mencari syarikat-syarikat baharu yang mampu berjaya dalam salah satu ekonomi global yang paling kompetitif. Beliau meneroka sejauh mana universiti-universiti utama ibu negara, kapitalis usaha niaga dan dasar kerajaan membantu mewujudkan 'Lembah Silikon' China di Zhongguancun.

Dalam episod kedua, Jordan membongkar sejauh mana sejarah unik Delta Yangtze memberi kesan kepada jenis-jenis syarikat baharu yang sedang meningkat maju dan bagaimana para usahawan memanfaatkan ciri yang unik itu. Bermula dengan model-model pelaburan yang inovatif untuk mengubah suai perumahan antarabangsa Shanghai kepada usaha memajukan penemuan utama dalam bioperubatan dan farmaseutikal di Taman Sains Zhangjiang.

Episod ketiga membawa Jordan meninjau salah satu hab teknologi yang terkemuka di dunia, Shenzhen. Jordan bertemu dengan syarikat-syarikat yang memanfaatkan perkaitan Shenzhen dengan usaha pembuatan lampaunya, daripada syarikat yang berjaya menguasai 70% daripada pasaran dron, kepada kejayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) terkini syarikat kereta yang menjual bas-bas elektrik di London.

China Pintar: Revolusi Syarikat Baharu

Rantau

Suapan

ep1

ep2

ep3

SEA

DISCOVERY CHANNEL MY

2 Dis Sabtu 2250

9 Dis Sabtu 2250

16 Dis Sabtu 2250

DISCOVERY CHANNEL SEA

2 Dis Sabtu 2250

9 Dis Sabtu 2250

16 Dis Sabtu 2250

DISCOVERY CHANNEL PH

2 Dis Sabtu 2240

9 Dis Sabtu 2240

16 Dis Sabtu 2240

ANZ

DISCOVERY CHANNEL AU

2 Dis Sabtu 2300

3 Dis Sabtu 2230

16 Dis Sabtu 2300

DISCOVERY CHANNEL NZ

2 Dis Sabtu 2240

3 Dis Sabtu 2225

16 Dis Sabtu 2240

INDIA

DISCOVERY CHANNEL India

2 Dis Sabtu 2300  

9 Dis Sabtu 2300

16 Dis Sabtu 2300

 

Jennie Zhang
+86-188-1308-3956
Jennie_Zhang@discovery.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201712/discoverychina/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2007632-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2007632-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2007632-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2007632-1-d

Source: Discovery Networks Asia-Pacific Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Broadcast feed announcements New products/services