omniture

Plintron Meningkat Naik dalam Rantaian Nilai 'Internet Komunikasi Benda' - Umum Pelancaran Platform IoT Komprehensif

Plintron Global Technology Solutions Private Limited
2017-12-08 19:22 646

SINGAPURA, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Plintron, pengusaha yang terkemuka di dunia bagi Perkhidmatan Komunikasi Awan, mengumumkan pelancaran platform komprehensif untuk Internet Komunikasi Benda.

Pasaran Internet Komunikasi Benda dijangka mencecah $1.29 trilion di seluruh dunia menjelang tahun 2020 dengan lebih 30 bilion peranti titik akhir digunakan.

Platform IoT Plintron, ditawarkan bersama-sama Platform Komunikasi Awan utama industri Plintron, akses seluruh dunia kepada pusat data dan infrastruktur awan, ketersambungan rangkaian global, akses selular borong di pelbagai negara serta perkhidmatan profesional, membentuk penggerak untuk perniagaan IoT.  Plintron menawarkan kefleksibelan lengkap dalam penggunaan - dengan pilihan pada premis, awan persendirian mahupun pengehosan awan awam. Plintron telahpun menyediakan fungsi ketersambungan untuk syarikat-syarikat IoT di Eropah dan juga Amerika Latin. Selain itu, ia mempunyai pengalaman luas dalam melaksanakan, melancarkan dan meluaskan perniagaan berasaskan awan untuk pelanggan seluruh dunia.

Platform IoT Plintron termasuk modul-modul, mencakupi semua fungsi termasuk Pengurusan Peranti, Pengurusan SIM, Simpanan Data dan Analitik dengan keupayaan pembelajaran Mesin/Kepintaran Buatan, Penyesuai Perkhidmatan, Enjin Peraturan dan Antara Muka Kawalan, Platform ini merupakan platform awan terurus yang membolehkan peranti terhubung berinteraksi secara mudah dan selamat dengan aplikasi vertikal industri. Dengan API dan SDK, ia sangat mudah disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

Bagi syarikat-syarikat yang ingin melancarkan keupayaan IoT dalam operasi mereka atau syarikat-syarikat didayakan IoT sedia ada yang inginkan penyelesaian IoT yang lebih andal, canggih dan anjal – Plintron ialah rakan kongsi global pilihan yang jelas.

Plintron beroperasi dalam enam benua, merentasi 25 negara menerusi rangkaian miliknya sendiri dan boleh dicapai di seluruh dunia melalui rangkaian awannya. Ia telah mendayakan lebih 90 juta sambungan melalui platform awannya untuk MVNO dan IoT, dan kini menyasarkan untuk mencapai berbilion sambungan menjelang tahun 2025.

Mohan Kumar Sundaram, Pengasas Bersama dan Pengerusi, Plintron Group berkata, "Ekosistem IoT akan meningkatkan dengan ketara kualiti hidupan di bumi ini. Kami merupakan pemangkin dalam mendayakan penyelesaian IoT untuk peranti dan rakan kongsi aplikasi menggunakan tawaran platform IoT dan ketersambungan kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berpandangan jauh yang ingin memanfaatkan potensi Internet Komunikasi Benda dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan mereka."

"Dalam IoT, memanfaatkan data dengan berkesan dan memperoleh maklumat yang bermakna serta boleh diambil tindakan, pada masa yang tepat merupakan satu cabaran besar yang berjaya kami selesaikan. Seni bina platform yang tangkas daripada Plintron membolehkan syarikat-syarikat perusahaan dalam seluruh vertikal industri beroperasi melalui IoT pada rangkaian, peranti dan aplikasi pilihan mereka serta memperoleh faedah-faedah pengendalian," ujar Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama & Naib Pengerusi.

Latar Belakang Plintron:

Plintron ditubuhkan pada tahun 2008, ialah sebuah syarikat multinasional yang terkemuka, menawarkan Platform dan perkhidmatan Ketersambungan untuk MVNO dan industri IoT, beroperasi di 25 negara, merentasi enam benua. Ibu pejabat Plintron terletak di Singapura dan mempunyai pejabat-pejabat di London, New Delhi, São Paulo dan Seattle. Pusat Teknologi & Sokongan Global sepanjang masa bersama lebih 1000 tenaga kerja terletak di Chennai, India bagi menampung operasi di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.plintron.com  

Untuk butiran lanjut hubungi:
Arvind Balakrishnan
marketing@plintron.com
+44-7424809780

 

Source: Plintron Global Technology Solutions Private Limited
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services