omniture

Empayar Intel gempur kembali pasaran mudah alih dengan SC9853 SoC Spreadtrum

Spreadtrum Communications, Inc.
2017-12-11 09:01 525

SHANGHAI, 11 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pada April 2012, telefon pintar boleh dipercayai pertama daripada Intel, Xolo X900, dilancarkan secara rasminya. Ia merupakan satu usaha awal yang mantap untuk Intel menembusi pasaran mudah alih. Lebih utama, Intel Medfield SoC yang memberi kuasa kepada Xolo x900 bertujuan menjadi pelopor, pembawa berita dan petanda bagi perkara-perkara yang bakal muncul.

Pada platform Android, pesaing terhebat Intel x86 ialah ARM. Selama bertahun-tahun, ARM menumpu pada penggunaan kuasa yang rendah dan set pengenalan yang ringkas. Intel, memainkan peranan sebahagian besarnya mengeluarkan pemproses yang menyasarkan prestasi yang tinggi dan persekitaran pemprosesan yang tinggi, dengan itu wujudnya tanggapan umum bahawa cip set x86 Intel menampilkan prestasi yang lebih tinggi, namun hayat bateri yang lebih rendah berbanding ARM.

Namun begitu, hal ini tidak lagi menjadi isunya setelah Intel menembusi pasaran mudah alih/kuasa rendah menerusi siri-siri Intel Atom.

Pemproses Intel Atom berkemungkinan menggunakan tenaga terendah antara kebanyakan pemproses lain. Pemproses itu sendiri merupakan satu kejayaan – harganya berpatutan, menggunakan kuasa yang amat rendah dan prestasinya menonjol dalam kalangan pesaingnya disebabkan oleh seni bina berorientasikan prestasi x86.

Kini, Empayar Intel menggempur kembali pasaran telefon pintar dengan strategi serba baharu.

Strateginya ialah perniagaan faundri peniaga.

Intel masih memiliki faundri dengan teknologi paling canggih di dunia. Namun begitu, tidak seperti faundri yang lain, Intel mereka bentuk dan membangunkan kilang faundri serta mikropemprosesnya. Sehingga beberapa tahun lalu, Intel secara asasnya tidak mengambil sebarang pelanggan faundri. 

Namun begitu, percubaan Intel baru-baru ini untuk menembusi perniagaan faundri peniaga dengan menarik segelintir pelanggan berkualiti tinggi menjadi satu inisiatif yang membuahkan hasil.

Dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2017, Intel bekerjasama dengan Spreadtrum untuk memperkenalkan SoC -SC9853 mudah alih baharu. Keputusan untuk berganding bahu dengan Spreadtrum, syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka, dikenali dengan kepakarannya dalam membangunkan platform set cip mudah alih untuk telefon pintar, telefon berciri dan produk elektronik pengguna yang lain, adalah berasaskan visi Intel untuk memperoleh bahagian pasaran.

Dibangunkan melalui platform faundri 14nm Intel, SC9853 Spreadtrum menyasarkan pasaran telefon pintar global sederhana dan mewah. Ia mempunyai pemproses berasaskan seni bina Intel Airmont 64-bit 1.8 GHz Octa-teras, yang membolehkan SC9853 menawarkan keupayaan pengkomputeran mudah alih berprestasi tinggi digandingkan dengan kuasa ultra rendah.

Dengan SC9853 SoC yang canggih daripada Spreadtrum, jelas sekali bahawa Intel dan Spreadtrum merancang untuk merangkul bahagian pasaran berharga sederhana dan mewah daripada Mediatek dan Qualcomm. Dengan sokongan teknologi cip set terkini daripada Intel, ini mungkin saat terbaik untuk Spreadtrum mengatasi Mediatek dan bertapak kukuh dalam pasaran telefon berharga sederhana dan mewah. Sekiranya berjaya, Empayar Intel pastinya akan menembusi kembali ke dalam pasaran telefon dan memacu perniagaan platform mudah alihnya ke hadapan dengan momentum yang lebih tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang telefon pintar pertama dunia dikuasakan oleh SC9853I Spreadtrum:
LEAGOO T5c :
http://www.leagoo.com/product/t5c/ 

Kempen prajualan global LEAGOO T5c:
https://www.gearbest.com/promotion-leagoo-t5c-special-1775.html

Source: Spreadtrum Communications, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications