omniture

Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar Serah Fail Kes Baharu kepada Vietnam Berhubung Rangkaian Jenayah Jual Sejumlah Besar Produk Hidupan Liar

The Wildlife Justice Commission
2017-12-11 09:40 425

HAGUE, Belanda, 11 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Fail Kes bawakan bukti berhubung rangkaian jenayah profesional menjual produk hidupan liar bernilai tinggi melebihi USD 15 juta.   

Setahun selepas Perbicaraan Awam WJC, ia memberikan bukti kukuh kepada kerajaan Vietnam untuk menangani jenayah hidupan liar secara kolaboratif dan memaklumkan tahap kemajuan dalam melaksanakan saranan daripada Perbicaraan awam tersebut. 

Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar (WJC, http://www.wildlifejustice.org ) telah menyerahkan pihak berkuasa Vietnam satu Fail Kes baharu yang mengandungi bukti kukuh berhubung rangkaian jenayah yang dikenal pasti menyeludup gading mentah dan tanduk badak yang bernilai lebih USD 15 juta sepanjang tempoh 15 bulan di Vietnam.

generated by system

Fail Kes berkenaan, diserahkan setahun selepas Perbicaraan Awam pertama seumpamanya oleh WJC terhadap Vietnam, ialah sebahagian daripada dialog berterusan dan sokongan kepada pihak berkuasa Vietnam dalam usaha mereka untuk membanteras kegiatan penyeludupan hidupan liar secara haram di negara tersebut.

Perbicaraan Awam pertama yang pernah diadakan oleh WJC pada November 2016 diikuti dengan penyiasatan selama 18 bulan oleh WJC terhadap hab penyeludupan hidupan liar di Nhi Khe, Vietnam. Ekoran Perbicaraan Awam tersebut, WJC mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota kanan daripada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang Vietnam. Setahun kemudian, hasil usaha semua pihak yang terlibat dalam usaha membanteras jenayah hidupan liar di Vietnam, perdagangan terbuka bagi produk-produk hidupan liar haram di Nhi Khe sebahagian besarnya telahpun dihapuskan.

Penahanan penting turut dibuat bagi menghalang jenayah hidupan liar terancang di kawasan lain di Vietnam. Ketua salah satu daripada lima sindiket berkenaan, seorang pedagang haram terkenal, telah ditahan dan didapati memiliki 36 kilogram tanduk badak pada April lalu. "Tangkapan pedagang haram peringkat tinggi berkenaan ialah sesuatu yang amat menggalakkan, memandangkan ia membawa kepada pengesanan individu-individu yang mengendalikan rantaian bekalan tahap yang lebih tinggi," kata Olivia Swaak-Goldman, Pengarah Eksekutif WJC.

WJC terus memantau jaringan Nhi Khe dan memetakan kawasan peralihan aktiviti haram selain menyiasat jaringan penyeludupan hidupan liar di kawasan lain di Vietnam serta menyokong pihak berkuasa untuk bertindak dan menghapuskan jaringan ini.

Siaran penuh https://goo.gl/SqqjSN

WJC ialah sebuah yayasan yang berpangkalan di The Hague, Belanda, beroperasi di seluruh dunia untuk menghalang dan membantu membongkar jenayah hidupan liar terancang rentas negara. Skop kami mencakupi perdagangan haram bagi hidupan liar, balak dan perikanan.

Sumber: Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar

Source: The Wildlife Justice Commission
Keywords: Environmental Products & Services Animal Welfare Animals/Pets Legal issues