omniture

Empayar Romanov: Anton Bakov Umum Pemulihan Sensasi Kenegaraan Dinasti Romanov setelah 100 Tahun Terhenti

Romanov Empire Press Office
2017-12-11 10:31 722

YEKATERINBURG, Rusia dan BANJUL, Gambia, 11 Disember 2017 /PRNewswire/ --

Pengasas Parti Monarkis Rusia adakan sidang akhbar bertempat di pusat berita TASS di Yekaterinburg pada 6 Disember.

Menurut Bakov, dokumen-dokumen yang menyokong pengumuman beliau secara sengaja dan simbolik dibuat kepada umum di Yekaterinburg. Bandar ini dipilih kerana pernah menyaksikan perbuatan pembunuhan raja yang paling mengerikan dan kejam. Semasa sidang akhbar, para wartawan diberikan Memorandum Persahabatan dan Kerjasama antara Republik Gambia dan Empayar Romanov yang telah ditandatangani pada 1 Disember di Banjul oleh Setiausaha Agung Gambia Dawda D. Fadera serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Empayar Romanov, Modou Lamin Saidykhan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8236851-anton-bakov-restoration-romanov-dynasty/

Menurut dokumen berkenaan, Republik Gambia Afrika barat menjadi kerajaan pertama yang secara rasminya mengiktiraf Empayar Romanov dan memeterai kontrak diplomatik bersamanya. Sebagai balasan, Empayar Romanov bersetuju membayar USD 60 Juta untuk belanjawan Gambia.

Empayar Romanov baharu ini akan ditempatkan di pulau-pulau buatan dengan kawasan daratan berkeluasan 10 km² di perairan wilayah Republik Gambia. Wilayah pulau-pulau tersebut, yang lima kali ganda lebih besar daripada Monaco, akan berada di bawah bidang kuasa berdaulat Empayar Romanov. Di pulau-pulau berkenaan, sebuah bandar baharu diwujudkan, iaitu bandar pintar pertama di Afrika - Saint Nicholas, ibu kota Empayar Romanov. Nama bandar tersebut adalah bagi memperingati Saint Nicholas Kedua, yang dibunuh di Yekaterinburg. 

Oleh yang demikian, menurut pengumuman oleh Bakov, Empayar Romanov meninggalkan pangkat negeri-negeri maya dan menjadi sebuah negara yang diiktiraf sebahagiannya. Bakov sendiri mengisi jawatan Perdana Menteri dan Ketua Canselor (Archchancellor) Empayar Romanov.

Ketua Empayar Romanov ialah Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Nicholas Ketiga, cicit lelaki Alexander II dan Permaisuri Victoria, cicit kepada Kirill I.

Konseptualisasi pulau-pulau buatan dan perbincangan kerajaan dengan Gambia mengambil masa lebih 6 tahun lamanya dan menyebabkan keluarga Bakov membelanjakan lebih USD 6 juta. Bersama-sama ketua keluarga Bakov, turut mengambil bahagian dalam projek ini ialah isteri beliau, Marina, anak-anak lelaki beliau, Ilya dan Mikhail serta sepasukan besar yang terdiri daripada individu-individu sealiran daripada pelbagai negara.

Hubungi - press@romanovempire.com

Halaman Rasmi Empayar Romanov - romanovempire.com

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/617376/Romanov_Empire.jpg )
Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8236851-anton-bakov-restoration-romanov-dynasty/

Source: Romanov Empire Press Office
Keywords: Homeland Security