omniture

Inisiatif "Pemulihan Semula Bandar" Seoul pulihkan kejiranan dan kehidupan penduduk

Infrastruktur bandar yang ketinggalan zaman dan usang "direka semula" dan "dikembalikan semula" kepada penduduk
Seoul Metropolitan Government
2017-12-12 21:00 752

SEOUL, Korea Selatan, 12 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Istilah "pemulihan semula bandar" baru-baru ini menjadi salah satu isu penting dalam banyak bandar di serata dunia. Kerajaan Metropolitan Seoul memulakan langkah pengembalian semula identiti bandar tersebut dan melaksanakan pembangunan bandarnya dengan menumpu pada "pemulihan semula bandar" dan bukannya "pembangunan semula". Pada tahun 2017, sejumlah 131 projek pemulihan semula bandar kini dilaksanakan di seluruh bandar. Beberapa projek pemulihan semula bandar berperwakilan kerajaan bandar termasuk Pusat Beli Belah Dasi (Re) Sewoon, Taman Budaya Tangki Minyak Mapo dan Taman Kapal Perang Seoul.

Jejantas pejalan kaki tiga tingkat yang menghubungkan dua bangunan dipulihkan di Pusat Beli Belah Sewoon
Jejantas pejalan kaki tiga tingkat yang menghubungkan dua bangunan dipulihkan di Pusat Beli Belah Sewoon

Pusat Beli Belah Sewoon dibangunkan pada tahun 1969 sebagai bangunan kompleks komersial dan kediaman pertama di Korea. Ia berperanan sebagai pusat industri elektronik yang berkembang maju di negara ini dan turut menjadi mercu tanda simbolik kepada Seoul selama beberapa dekad lamanya. Namun begitu, ia menjadi usang dan hilang serinya sejak akhir tahun 1990-an. Kerajaan bandar membuat beberapa rancangan untuk merobohkan dan membangunkan semula bangunan tersebut; namun begitu, ia gagal melaksanakan rancangan tersebut disebabkan oleh konflik yang berlaku antara penduduk dan pasaran hartanah yang lemah. Akhirnya pada Mac 2014, kerajaan bandar memutuskan untuk mengekalkan dan mengubah suai, dan tidak merobohkannya. Demi pemulihan semula yang lebih baik, jambatan pejalan kaki dibina semula untuk menghubungkan bangunan-bangunan tersebut. Program-program pemulihan semula yang pelbagai dijalankan antara industri dan masyarakat, agar usaha pemulihan semula "perkakasan" dan "perisian" dapat dicapai serentak. Jejantas pejalan kaki tiga tingkat yang menghubungkan dua bangunan telah dipulihkan. Bagi menghidupkan semula Pusat tersebut, "Sewoon Makers' Cube" dibuka bagi membangunkan, mendidik dan menyokong syarikat-syarikat baharu. Makers' Cube menyediakan 29 bilik kerja untuk syarikat perniagaan baharu dan menempatkan pejabat penyelidikan dan pembangunan untuk dron serta peralatan perubatan pintar. Pusat Beli Belah Sewoon akan memberi kesan sinergi melalui sistem pembuatan tersuainya dan kemudahannya yang amat canggih.

Taman Budaya Depot Minyak Mapo mempunyai kompleks kebudayaan mesra alam seperti pentas terbuka.
Taman Budaya Depot Minyak Mapo mempunyai kompleks kebudayaan mesra alam seperti pentas terbuka.

Taman Budaya Tangki Minyak Mapo ialah contoh gabungan antara pemulihan semula bandar dengan nilai-nilai budaya berdasarkan usaha pengembalian tempat tersebut. Depot Minyak Mapo dibangunkan pada tahun 1978 oleh Kerajaan Metropolitan Seoul bagi membekalkan minyak dalam keadaan kecemasan dan selama 41 tahun akses kepada depot tersebut telah dihadkan. Dengan pembinaan Stadium Piala Dunia Seoul bagi Piala Dunia 2002, ia ditutup pada Disember 2000. Kerajaan bandar menetapkan tapak ini sebagai tempat pemulihan semula bandar pada tahun 2013, dan mengubahnya menjadi kompleks kebudayaan yang mesra alam selepas dua tahun dibina. Kini, ia menyediakan dewan persembahan, pentas terbuka, pusat komuniti dan kemudahan kebudayaan yang lain. Enam tangki minyak, bahan-bahan dalaman dan luaran serta tembok penahan, semuanya digunakan semula untuk memulihkan semula tapak tersebut. Satu lagi fakta utama ialah hakikat bahawa proses pemulihan semula bandar diterajui penduduk diaplikasikan dari peringkat awal projek. Pengendalian taman juga dibuat melalui jawatankuasa penyelarasan yang dipimpin oleh komuniti tempatan.

Taman Kapal Perang Seoul dibuka pada November 2017 di tebing Sungai Han
Taman Kapal Perang Seoul dibuka pada November 2017 di tebing Sungai Han

Taman Kapal Perang Seoul ialah taman pelbagai guna yang dibuka pada November 2017 di tebing Sungai Han. Meliputi kawasan seluas 6,942m2, Taman ini menonjolkan tiga kapal dinyahtauliahkan yang disewakan oleh tentera laut kepada kerajaan bandar secara percuma. Kapal-kapal ini dipelihara status asalnya sebaik mungkin, bagi memberi peluang unik kepada penduduk dan pengunjung untuk masuk ke dalam kapal, meneroka dan merasai kehidupan pegawai-pegawai tentera laut. Frigate Seoul adalah 102 meter panjang, 11.6 meter lebar dan jumlah ketinggian termasuk bahagian yang tenggelam ialah 28 meter. Pusat maklumat tiga tingkat dengan keluasan 485m2 dihubungkan kepada kapal melalui jambatan, dan dek tinjau atas bumbungnya memberikan pemandangan hebat Taman Kapal Perang Seoul.

Kerajaan Metropolitan Seoul melaksanakan projek-projek pemulihan semula bandar menggunakan infrastuktur yang kurang digunakan dan dimanfaatkan. Maksud pemulihan semula bandar adalah untuk mengembalikan sejarah dan kenangan tempatan menjadi pelbagai kandungan kepada penduduk untuk mengalaminya dengan penuh rasa bangga. Kunci kejayaan pemulihan semula bandar adalah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada penyertaan sivik yang aktif serta kerjasama antara pihak kerajaan dan juga pakar-pakar.

Hojin Choi
Kerajaan Metropolitan Seoul
hojin97@seoul.go.kr

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2006422-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2006422-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171206/2006422-1-c

 

Source: Seoul Metropolitan Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel