BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 13 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan tahun Lunar 2018 yang akan datang, FE CREDIT dengan bangganya melancarkan edisi terhad "kad kredit TET ("Tahun Baharu Lunar")" yang pertama seumpamanya di Vietnam. Melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan bagi "Tahun Anjing" – kad unik ini dipenuhi dengan ciri-ciri dan faedah-faedah bagi menjadikan Tahun Baharu Lunar kami ini benar-benar sukar dilupakan untuk pemegang Kad FE CREDIT.
FE CREDIT turut mencipta Aplikasi Mudah Alih khas untuk tawaran-tawaran ini. Para pelanggan, yang memohon kad edisi khas ini melalui aplikasi mudah alih, akan berpeluang memenangi "hadiah Tet" yang hebat seperti bar Emas, iphone 8 & Motosikal Honda bergantung pada pilihan hadiah bebas mereka pada peringkat awal. Selain itu, Pemegang Kad akan turut mendapat Pulangan Tunai setinggi 10% hasil perbelanjaan mereka serta berpeluang menerima 3 kali ganda lebih ganjaran dalam kategori pilihan yang dibelanjakan sepanjang tempoh Tahun Baharu Lunar. Kad edisi terhad ini akan dikeluarkan sehingga 15 Februari 2018.
En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "FE CREDIT percaya dalam mempelopori faedah unik dan relevan untuk menjadi pengeluar pilihan buat pelanggan kami. Kad edisi khas pertama Vietnam sempena Tahun Baharu Lunar 2018 merupakan satu lagi contoh usaha sedemikian."
En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menyambung, "Matlamat kami adalah untuk menjadikan Tahun Baharu Lunar ini suatu yang benar-benar tidak dapat dilupakan, menggembirakan dan menyenangkan buat pemegang kad kami yang dihargai. Kad edisi khas ini dipenuhi dengan faedah-faedah istimewa yang diwujudkan demi tujuan tersebut."
Latar Belakang FE CREDIT
Selaku pelopor bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar & kad kredit. Kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT berkhidmat untuk hampir 7 juta pelanggan, bekerjasama dengan 5,500 rakan kongsi di seluruh 9,000 Titik Jualan (POS) seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Pemasaran, FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited
Alamat: Tingkat 2, Menara REE, No. 9 Doan Van Bo, Ward 12, Daerah 4, Bandar Raya Ho Chi Minh
Telefon: +84 (028) 3911 5212
Emel: pr@fecredit.com.vn
Laman Sesawang: www.fecredit.com.vn