Pertama di Malaysia, dengan Honor 7X - Telefon Pintar Paparan FullView Paling Boleh Diakses
KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Honor, jenama baharu, inovatif dan penetap trend di bawah naungan Huawei Group, hari ini memperkenalkan Honor 7X, anggota terkini dalam rangkaian siri-X, ke Malaysia, membuka lembaran baharu dalam perjalanan dunia Honor di Asia Tenggara.
Maklumat lanjut tentang Honor dan rancangan SEAnya
Honor ialah jenama telefon pintar yang asalnya dibangunkan oleh Huawei Group pada tahun 2013. Walaupun hanya beberapa tahun dicipta, ia telahpun mencipta rekod di China selain pasaran antarabangsa. Sempena Jualan Hari Bujang di China, yang baru sahaja berakhir sebulan lalu, Honor menjana pendapatan melebihi RMB4.02 bilion (kira-kira US$605 juta) melalui platform e-dagang terbesar China. Ia juga menjadi jenama telefon pintar dalam talian nombor 1 di China, menurut firma penyelidikan pasaran Sino.
Di samping itu, Honor telahpun mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai rantau maju mengatasi pesaing utamanya, termasuk Eropah Barat, Nordik, Eropah Timur dan juga Amerika Utara.
"Honor ialah jenama penetap trend yang dicipta untuk golongan natif digital, semua produk buatan kami menyasarkan untuk menjadi perintis dalam tiga bidang utama: penawaran teknologi baharu, reka bentuk estetik dan kebolehcapaian untuk generasi muda," kata George Zhao, Presiden Honor. "Saya berasa teruja untuk mengumumkan kini kami secara rasminya mula bertapak di Asia Tenggara, yang akan menjadi pasaran strategik kami bagi tahun-tahun mendatang. Dengan penampilan sulung Honor 7X di Malaysia, ia merupakan satu permulaan bagi perjalanan kami di Asia Tenggara. Dalam masa terdekat, kami bermatlamat untuk membawa Honor lebih dekat dengan peminat kami dalam pasaran-pasaran utama lain seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar, Singapura dan lain-lain."
Semasa majlis pelancaran di Kuala Lumpur hari ini, Honor mengumumkan beberapa perkongsian strategik dengan pengusaha industri utama, termasuk DJI, peneraju pasaran bagi dron mudah terbang dan sistem fotografi udara; IGG, pembangun dan penerbit permainan video yang tersohor; Grab, syarikat teknologi yang menawarkan perkhidmatan perkongsian tunggangan serta logistik melalui aplikasinya di negara-negara Asia Tenggara; dan juga Mobile Legend, salah satu permainan mudah alih paling popular di Asia Tenggara.
"Honor komited untuk menjalin hubungan erat dengan audiens kami – generasi muda dan mereka yang berjiwa muda, dari segi bahasa dan keutamaan mereka, dan bukan sekadar membuat pelaburan tinggi dalam pengiklanan atau penajaan yang mahal," tambah George Zhao, "semua perkongsian yang kami mulakan diwujudkan agar dapat disesuaikan mengikut gaya hidup golongan muda, supaya dapat menawarkan mereka dengan produk dan pengalaman jenama terbaik. Kami berazam untuk memberikan yang terbaik daripada jenama Honor untuk pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi."
Latar Belakang Honor 7X
Paparan FullView Memukau
Menampilkan Paparan FullView yang memukau dan reka bentuk skrin 5.93-inci hujung-ke-hujung, kurang bingkai, Honor 7X menyediakan kualiti paparan yang hebat dengan nisbah skrin-kepada-badan yang amat tinggi (18:9), membolehkan pemain mudah alih dapat melihat dengan lebih luas apabila sedang bertempur.
Fotografi Profesional
Kamera belakang 16MP + 2MP dwikanta merakam orang ramai dan pemandangan dalam definisi tertinggi. Dengan Fokus Auto Pengesanan Fasa (PDAF) dan algoritma terkini, ia membolehkan penumpuan dibuat sepantas 0.18 saat.
Ciri-ciri premium lain dengan kebolehcapaian hebat
Peranti kami turut disertakan dengan pelbagai ciri terunggul yang lain, termasuk Kirin 659 okta-teras yang hebat dan unit pemprosesan grafik (GPU), berserta hayat bateri 3,340 mAh yang mantap. Honor 7X menjanjikan nilai harga-prestasi tinggi dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti produk pada harga RM1,099, dan akan disediakan untuk tujuan pembelian di Malaysia mulai 22 Disember.
Latar Belakang Honor
Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka yang bernaung di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikannya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Burson-Marsteller Hong Kong
Reed Li
+852 2963 6719
reed.li@bm.com
Alice Du
+852 2963 6767
alice.du@bm.com