BEIJING, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pada 10 Disember 2017, Air China mengadakan satu majlis perasmian untuk penerbangan sulung laluan baharunya antara Beijing dan Brisbane. Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk Andrew Hogg, Pengurus Besar Serantau bagi Asia Utara, Tourism Australia; Nick Elliott, eksekutif daripada Jabatan Hal Ehwal Kerajaan di Tourism and Events Queensland; Charley Shen, pengarah Rantau Besar China di Tourism and Events Queensland; dan Xulun Hou, naib presiden Air China.
Dalam majlis pelancaran, naib presiden Air China Xulun Hou berkata: "Laluan baharu ini iaitu antara Beijing dan Brisbane ialah laluan tanpa henti keenam Air China antara China dan Australia. Brisbane juga merupakan destinasi Australia ketiga Air China, selepas Sydney dan Melbourne. Pewujudan laluan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha peluasan global Air China bagi jaringan laluannya dan penambahbaikan hubungan antara China dan Australia. Pelancaran laluan ini akan menyediakan hubungan pengangkutan mudah yang seharusnya dapat memacu perdagangan, kerjasama perniagaan dan pelancongan antara Beijing dan Queensland."
Leanne Coddington, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism and Events Queensland berkata: "Ini merupakan koridor udara pertama seumpamanya antara ibu negara China, Beijing dan Brisbane, ibu negeri Queensland. Ini turut menonjolkan pencapaian utama bagi negeri Queensland. Dijangkakan bahawa laluan baharu ini akan membawa hampir 170,000 pengunjung baharu ke Queensland sepanjang empat tahun akan datang. Laluan ini menjadikannya lebih mudah untuk pelancong Cina mengunjungi Brisbane, yang merupakan pintu masuk ke Gold Coast, Kepulauan Whitsunday dan destinasi-destinasi pelancongan terkenal yang lain. Para pelancong Cina kini hanya sejauh setengah hari daripada iklim sederhana dan pantai indah Queensland serta Terumbu Sawar Besar yang memukau."
Di samping itu, pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas baru-baru ini dan perkongsian strategik yang komprehensif antara China dan Australia membawa kepada kerjasama dan pertukaran dua hala yang semakin meningkat. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan pelancong Cina yang mengunjungi Australia menyaksikan peningkatan dua angka; aliran pelancong dua hala antara kedua-dua negara mencatatkan angka dua juta perjalanan yang menarik pada tahun 2016. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Australia selain "Tahun Pelancongan Cina-Australia". Dijangkakan bahawa pelancaran laluan baharu Beijing - Brisbane akan membantu menggalakkan hubungan perdagangan dua hala, kerjasama perniagaan dan juga pelancongan. Ia akan turut menyediakan hubungan perjalanan yang mudah untuk ahli perniagaan, pelajar luar negara dan pelancong yang mengembara antara kedua-dua hemisfera.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Air China memperluas jaringan laluan globalnya, dan kini mengendalikan penerbangan keluar melibatkan empat hab utama di Beijing, Chengdu, Shanghai dan Shenzhen. Ia turut meningkatkan tawaran laluannya antara China dan Australia. Pada masa kini, Air China mengendalikan laluan tanpa henti dari Beijing, Shanghai dan Chengdu ke Sydney dan Melbourne, mengurus lebih 40 penerbangan penumpang mingguan antara China dan Australia. Sebagai syarikat penerbangan Star Alliance, Air China dapat menawarkan laluan ke 1,330 destinasi di 190 negara. Seperti biasa, Air China kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan yang andal, selesa dan menyeronokkan untuk penumpang, di samping memberikan sentuhan peribadi.
Maklumat penerbangan:
Laluan baharu antara Beijing dan Brisbane akan beroperasi menerusi nombor penerbangan CA795/796 empat kali seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad). Penerbangan keluar akan berlepas dari Beijing pada jam 02:30 dan tiba di Brisbane pada jam 15:10. Penerbangan masuk akan berlepas dari Brisbane pada jam 19:30 dan tiba di Beijing pada jam 04:45 hari berikutnya. Semua waktu adalah pada waktu tempatan. Semua penerbangan dikendalikan oleh pesawat Airbus 330-200.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170522/1857452-1LOGO