omniture

MediaTek Sensio: Penyelesaian Biopenderia Baharu Bawakan Pemantauan Kesihatan kepada Telefon Pintar

MediaTek Inc.
2017-12-15 09:25 942

Biopenderia 6-dalam-1 pertama industri ubah telefon pintar jadi teman kesihatan peribadi anda

HSINCHU, Taiwan, 15 Disember 2017 /PRNewswire/ -- MediaTek Inc. hari ini memperkenalkan MediaTek Sensio™, modul biopenderia telefon pintar 6-dalam-1 pertama. MediaTek Sensio ialah penyelesaian pemantauan kesihatan canggih dan hebat yang memudahkan pengesanan maklumat kadar denyutan jantung, trend tekanan darah, tahap ketepuan oksigen periferi dan banyak lagi. Tersedia sebagai modul terbenam dalam telefon pintar, MediaTek Sensio memungkinkan pengguna untuk menyemak dan memantau kecergasan fizikal dengan pantas pada peranti yang paling kerap digunakan oleh mereka – telefon pintar.

Modul biopenderia MediaTek Sensio untuk telefon pintar
Modul biopenderia MediaTek Sensio untuk telefon pintar

"Memberi orang ramai kuasa untuk mengakses maklumat kesihatan mereka melalui telefon pintar ialah satu langkah penting dalam usaha menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik," kata Dr. Yenchi Lee, Pengarah Kanan Pemasaran Produk untuk perniagaan tanpa wayar MediaTek. "Dengan modul dan perisian biopenderia MediaTek Sensio kami, pembangun dan pembuat peranti mempunyai penyelesaian pemantauan kesihatan terbenam yang hebat yang dapat menyediakan maklumat tentang jantung dan kecergasan dalam masa kira-kira 60 saat."

MediaTek Sensio MT6381 ialah perisian komprehensif dan penyelesian modul yang direka khusus untuk menyediakan data kesihatan yang penting, merangkumi komponen optik, elektrik dan pemprosesan. Penyelesaian kompak yang boleh disesuaikan bermakna pengeluar peranti mempunyai kefleksibelan untuk membenamkan modul MediaTek Sensio terus ke dalam semua jenis telefon pintar, berbanding menggunakan berbilang sensor. Dengan MediaTek Sensio, pihak pengeluar berupaya membangunkan aplikasi proprietari atau memanfaatkan aplikasi pihak ketiga dan pilihan tambahan pembangun.

Modul ini menggunakan diod pemancar cahaya (LED) berserta sensor peka cahaya untuk mengukur kadar penyerapan cahaya merah dan inframerah oleh hujung jari pengguna. Dengan menyentuh sensor peranti dan elektrod tersebut dengan hujung jari anda, MediaTek Sensio menghasilkan gelung tertutup antara jantung anda dan biopenderia bagi mengukur bentuk gelombang ECG dan PPG. Lihat bagaimana MediaTek Sensio berfungsi.

Sensio menyediakan enam titik data kesihatan penting ini dalam masa kira-kira 60 saat:

  • Kadar denyutan jantung -- MediaTek Sensio mengukur degupan jantung setiap minit. 
  • Kebolehubahan Kadar Denyutan Jantung -- MediaTek Sensio mengukur variasi dari segi masa antara denyutan jantung.
  • Trend Tekanan Darah -- MediaTek Sensio mengukur trend tekanan darah agar pengguna boleh melihat julat data dalam suatu tempoh masa.
  • Ketepuan Oksigen Periferi (SpO2) -- MediaTek Sensio mengukur kandungan oksigen dalam darah.
  • Elektrokardiografi (ECG) -- MediaTek Sensio mengukur aktiviti elektrik pada jantung dalam suatu tempoh masa dan memaparkannya dalam bentuk graf.
  • Fotopletismografi (PPG) -- MediaTek Sensio mengukur perubahan jumlah darah.

Penyelesaian perkakas dan perisian menyeluruh 6-dalam-1 pertama, mengandungi komponen optik, elektrik dan pemprosesan, menyediakan pakej penyelesaian kesihatan pintar yang akan membantu pengguna menjadi lebih berpengetahuan tentang tahap kecergasan mereka.

MediaTek Sensio MT6381 termasuk:

  • LED R dan IP bersepadu untuk pengurusan PPG reflektif + bahagian-depan analog ECG 1-saluran
  • Pakej 22-pin OLGA 6.8 mm x 4.93 mm x 1.2 mm kompak
  • BOM Luar Penuh: 4 penutup + 2 elektrod
  • Antara muka digital I2C /SPI  

MediaTek Sensio akan disediakan pada awal tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut layari MediaTek Sensio

Penafian: MediaTek Sensio dan perisian berkaitan bukan merupakan produk akhir mahupun bertujuan untuk digunakan dalam diagnosis penyakit atau gangguan lain, atau bagi penyembuhan, mitigasi, rawatan atau pencegahan penyakit. Terdapat had-had yang wujud dalam MediaTek Sensio dan perisian berkaitan serta faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan ketepatan maklumat dan data yang disediakan oleh MediaTek Sensio dan perisian berkaitan, termasuk bacaan kadar denyutan jantung, seperti keadaan persekitaran, keadaan kulit, aktiviti tertentu yang dilakukan, reka bentuk atau tetapan peranti, penempatan sensor dan interaksi pengguna akhir yang lain.

Latar Belakang MediaTek Inc.

MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-pada-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat berkuasa-cekap dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Setiap Hari dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171214/2014777-1

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Semiconductors New products/services