omniture

TRIGO Perkukuh Kedudukan di UK dengan Pemerolehan Bridge Group

TRIGO
2017-12-18 08:00 552

PARIS, 18 Disember 2017 /PRNewswire/ -- TRIGO memperoleh 100% modal dalam Bridge Group daripada pengasasnya Neil Endley. Bridge Group akan menjadi platform pembangunan TRIGO di wilayah UK dalam industri-industri automotif, aeroangkasa dan pengangkutan berat. TRIGO juga berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran terbukti Bridge Group terhadap pengurusan pusing balik pembekal, penyumberan semula latihan dan teknikal untuk terus memperkayakan rangkaian perkhidmatan prestasi rantaian bekalan globalnya.

Bridge Group ditubuhkan pada tahun 2007 oleh pakar kualiti automotif berpengalaman Neil Endley, dengan matlamat untuk membantu pembekal automotif pulih daripada krisis kualiti yang mendalam. Dengan c. 5 MGBP dalam pendapatan tahunan dan lebih 100 kakitangan hari ini, syarikat menawarkan kombinasi lengkap perkhidmatan berkualiti dan rantaian bekalan kepada pengeluar-pengeluar bersaiz besar seperti Opel/Vauxhall, Honda serta beberapa pembekal lain.

Strategi pemerolehan TRIGO bertujuan untuk terus memperluas kawasan geografi dan kepakaran perkhidmatan agar dapat menangani cabaran rantaian bekalan pelanggan dengan cara terbaik. Ini merupakan pemerolehan kedua buat TRIGO pada tahun 2017 dan keempat sejak ekuiti persendirian Perancis Ardian mula menyokong Kumpulan tersebut pada tahun 2016.

"Sekali lagi tahun ini," kata Benoit Leblanc, Naib Presiden Eksekutif Eropah, "TRIGO berasa gembira untuk mengalu-alukan pasukan baharu yang terdiri daripada golongan profesional yang berbakat ke dalam kumpulan ini. Kepakaran pembangunan pembekal Bridge Group, keupayaan pemeriksaan terbukti dan budaya mengutamakan pelanggan serta keusahawanan adalah padanan sempurna untuk TRIGO dan pastinya akan memberi faedah kepada pelanggan kami."

Neil Endley, pengasas dan pengurus besar Bridge Group menambah: "Saya dan seluruh pasukan Bridge mempunyai cita-cita yang tinggi untuk pelanggan kami di UK dan seluruh dunia. Dengan TRIGO, kami yakin Bridge Group dapat menyediakan tawaran perkhidmatan yang lebih kukuh, lebih luas dan lebih bersifat antarabangsa, untuk pelanggan automotif semasa kami dan industri-industri lain seperti aeroangkasa dan kereta api."

Maklumat lanjut: 

http://www.trigo-group.com
http://www.bridge.eu.com
http://www.ardian.com 

Hubungi
Benoit LEBLANC, Naib Presiden Eksekutif, TRIGO, +33-1-41-44-05-85, benoit.leblanc@trigo-group.com

Neil ENDLEY, Pengurus Besar, BRIDGE, +44-1564-777740, neil.endley@bridge.eu.com

Mercedesz TRUM, Pengarah Pemasaran Kumpulan, TRIGO, +36-30-485-8353, mercedesz.trum@trigo-group.com

Source: TRIGO
Keywords: Auto Transportation Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion