omniture

ramalan 2018 agoda: Masa depan perjalanan adalah mudah

agoda
2017-12-18 10:19 516

BANGKOK, 18 Disember 2017 /PRNewswire/ -- agoda, salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia, meramalkan bahawa 2018 bakal menyaksikan pengguna mencari cara yang lebih mudah untuk menempah penginapan perjalanan mereka. Walaupun banyak penggiat industri perjalanan utama terus menyediakan produk dan program kesetiaan yang kompleks, pelancong bebas sebaliknya akan memilih syarikat yang memberikan pengalaman perjalanan yang diselaraskan.

agoda Gift Cards
agoda Gift Cards

 

agoda Reception tool
agoda Reception tool

Omri Morgenshtern, Ketua Pegawai Produk di agoda, mengulas: "Pengguna hari ini mengharapkan untuk mendapatkan maklumat yang jelas, tidak berselindung dan berguna dengan cepat. Mereka tidak mempunyai masa mahupun kesabaran untuk melakukan sesuatu yang dapat dilaksanakan oleh sebuah perkhidmatan untuk mereka. Mereka akan mencari tawaran yang menambah nilai dengan mempermudahkan cara perjalanan mereka – bermula dengan menyelidik destinasi sehinggalah kepada menempah perkhidmatan bilik. Di agoda kami komited untuk mengusahakan sehingga kepada perkara yang asas supaya pelanggan kami dapat mengalami hartanah dan perkhidmatan yang mereka inginkan tanpa menempuhi kerumitan yang dapat dielakkan."

Berikut ialah ramalan-ramalan untuk industri pelancongan pada tahun 2018:

Pemudahan mengatasi teknologi "yang menjadi sebutan"

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan banyak ura-ura perkembangan AR dan VR, dengan sebahagian usaha dijalankan untuk menerapkan pengalaman interaktif ini ke ruang perjalanan. Walaupun faedah peluang-peluang baharu ini perlu diterokai, tidak banyak permintaan pengguna untuk pengalaman sedemikian, dan perkakasannya belum cukup maju untuk memberikan nilai sebenar.

Pada tahun 2018, agoda akan menumpukan usaha untuk memanfaatkan teknologi yang dapat menjimatkan masa pengguna, dan bukannya menumpukan usaha untuk teknologi yang popular dan menjadi sebutan. Anda boleh menjangka untuk melihat usaha berterusan bagi membangunkan penyelesaian yang menggunakan AI untuk meningkatkan pengalaman perjalanan yang diperibadikan.

"Di agoda kami sudahpun memanfaatkan AI untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, bermula dengan penggunaannya untuk menyediakan cadangan penginapan yang disuaikan hinggalah kepada bot bual yang dibolehkan AI. Anda boleh menjangkakan lebih banyak perkara sebegini pada tahun 2018", kata Morgenshtern.

Kemunculan program 'anti-ganjaran'

Memandangkan terdapat banyak pilihan dan harga yang kompetitif dalam industri pelancongan, manfaat dan ganjaran tambahan menjadi lebih berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, menurut Kajian CapGemini, 90 peratus sentimen sosial media mengenai program ganjaran adalah negatif. 33 peratus daripada sentimen ini menyebutkan kekurangan pengalaman pelanggan berbilang saluran yang lancar, sementara 44 peratus menonjolkan kekurangan perkaitan, kefleksibelan dan nilai ganjaran. Kebanyakan pengguna jarang memahami apa manfaat yang akan mereka perolehi dengan banyak program ganjaran hari ini, atau bagaimana untuk mendapatkannya.

Dalam usaha untuk menggantikan program ganjaran ini dengan lebih banyak insentif yang jelas, agoda melancarkan Kad Hadiah, cara mudah bagi para pelanggan untuk memperoleh kredit tunai dikembalikan segera yang boleh digunakan untuk tempahan masa depan. Di bawah program hadiah ganjaran ini, pelanggan mengetahui berapa banyak kredit tunai dikembalikan yang akan mereka terima sebelum membuat tempahan. Ia akan dikreditkan ke akaun agoda mereka selepas tempahan selesai. Tidak seperti program kesetiaan yang lain - di mana anda perlu mengumpul jumlah mata minimum sebelum anda menebus - anda boleh menggunakan kredit Kad Hadiah anda sebaik sahaja anda menerimanya, tanpa perbelanjaan minimum atau syarat sekatan yang lain.

Pada tahun pertama pelancaran Kad Hadiah, agoda telah memberikan berjuta-juta dolar (USD) kredit tunai dikembalikan. Memandangkan pasaran menjadi semakin tepu, dan orang ramai melakukan lebih banyak perjalanan, pengguna akan mencari program ganjaran lebih lagi berbanding sebelumnya sebelum memberikan kesetiaan mereka.

Perjalanan sebagai pengalaman bersepadu

Berbanding tahun sebelumnya, agoda telah melihat peningkatan keseluruhan 60 peratus dalam penggunaan aplikasi mudah alihnya, untuk kedua-dua tujuan penyelidikan dan tempahan perjalanan, mengunjurkan bahawa pengguna semakin memilih pengalaman yang mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Pada 2016, kira-kira 40 peratus tempahan agoda di seluruh dunia dilakukan melalui telefon bimbit. Melihat kepada keadaan ini satu tahun kemudian menunjukkan ia meningkat kepada 50 peratus.

Dengan peningkatan kejayaan aplikasi berbilang fungsi seperti WeChat di China, pada tahun 2018 trend ini bersedia untuk digunakan di seluruh dunia bagi memenuhi peningkatan keperluan untuk mendapat pengalaman perjalanan yang lebih bersepadu.

Tahun ini, agoda melancarkan alat bersepadu yang dipanggil 'agoda Reception' untuk terus menyokong pelanggan selepas mereka membuat tempahan. Ciri baharu ini akan membolehkan pelanggan agoda mengakses kaunter penyambut tetamu dan perkhidmatan bilik, menguruskan pengangkutan ke dan dari hotel, serta menemui tarikan-tarikan berdekatan - semuanya tanpa meninggalkan aplikasi agoda.

Milenial sebagai pemikiran, bukan golongan umur

Dengan istilah 'milenial' mula memberi makna selain umur seseorang, tahun 2018 akan menyaksikan anjakan ke arah milenial sebagai minda. Travel & Tech Study global agoda menunjukkan bahawa tidak kira sama ada pengembara ialah milenial atau tidak, minat mereka sama. Sebagai contoh, dua aktiviti pelancongan yang paling digemari ialah peneroka alam semula jadi atau pemandangan (67 peratus untuk milenial berbanding 72 peratus untuk bukan milenal), dan makanan dan menjamu selera (67 peratus untuk milenial berbanding 70 peratus untuk bukan milenial).

Golongan yang memiliki minda milenial sering menjalani gaya hidup yang pantas dan mendesak, dan dengan itu, mengharapkan segala-galanya di hujung jari mereka. Ditambah pula dengan keinginan untuk mempunyai pengalaman unik yang boleh dikongsi dan kita akan menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk jenis perjalanan baharu, disediakan dengan lancar.

Latar Belakang Penyelidikan

Tinjauan dalam talian kuantitatif ini telah ditugaskan oleh agoda, dengan respons daripada 16,000 responden berusia 18-64 di 15 negara. Data dikumpulkan antara 27 Februari dan 17 April 2017. Data Tempahan dan Kad Hadiah disusun antara Januari dan Disember 2017.

Latar Belakang agoda

agoda (Nasdaq:PCLN) merupakan salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171215/2016317-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171215/2016317-1-b

Source: agoda
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Web Site New products/services