omniture

Deer Jet lakar sejarah dengan pendaratan sulung Antartika

Deer Jet
2017-12-19 01:12 938

BEIJING, 19 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Deer Jet melakar sejarah dengan menjadi pengendali jet peribadi Cina pertama yang melakukan penerbangan dari China ke Antartika. Ketibaan salah sebuah jet peribadi milik syarikat di lapangan terbang Wolfs Fang menandakan perkhidmatan carter baharu antara China dan Antartika.

Pasukan Ujian Penerbangan Deer Jet Raikan Pendaratan Antartika mereka
Pasukan Ujian Penerbangan Deer Jet Raikan Pendaratan Antartika mereka

Deer Jet terkenal dengan peranan rintisnya dalam mengubah penerbangan perniagaan di Asia dan seluruh dunia. Lebih 22 tahun lalu, syarikat ditubuhkan sebagai pengendali jet peribadi pertama di China dan membuat transformasi, bermula dengan permulaan yang sederhana, kepada kedudukan terkininya sebagai syarikat penerbangan perniagaan terbesar di Asia.

Pendaratan Antartika oleh Deer Jet adalah lebih daripada sekadar pencapaian penting untuk segmen penerbangan perniagaan China. Operasi ini juga merupakan satu sumbangan penting kepada pembangunan perjalanan dan pengangkutan udara antarabangsa, memberi akses kepada kawasan-kawasan paling terpencil di dunia.

Ujian Keselamatan Kendalian Jurutera Deer Jet terhadap Jet Peribadi setelah Pendaratan Antartika
Ujian Keselamatan Kendalian Jurutera Deer Jet terhadap Jet Peribadi setelah Pendaratan Antartika

Bagi penerbangan yang mencabar ini, Deer Jet membuat persediaan selama lebih setahun, menjalankan dan menilai ratusan risiko, laluan penerbangan, sokongan penerbangan dan pelan kecemasan demi menjamin keselamatan penerbangan. Tahap kepersisan dan tumpuan terhadap butiran inilah yang menjadikan Deer Jet sebagai Syarikat Jet Peribadi Tujuh Bintang Dunia yang pertama.

Pencapaian baharu ini menambah senarai kejayaan yang dicapai oleh syarikat. Deer Jet memperluas operasinya merentasi 800 lapangan terbang meliputi 180 negara dan wilayah serta membangunkan rangkaian komprehensif bagi menawarkan perkhidmatan carter atas permintaan, pengurusan pesawat, pembrokeran, pengendalian daratan, FBO, perubatan udara dan juga perjalanan mewah.

Jet Peribadi Deer Jet Capai Ujian Penerbangan untuk Lapangan Terbang Wolfs Fang Antartika
Jet Peribadi Deer Jet Capai Ujian Penerbangan untuk Lapangan Terbang Wolfs Fang Antartika

Deer Jet menambah lembaran baharu dalam sejarah industri perjalanan dengan membangunkan prasarana dan memperkenalkan perkhidmatan yang inovatif demi perjalanan antarabangsa yang lebih baik dan lebih pantas.

Setelah melancarkan laluan baharu berkenaan, Deer Jet akan menambah benua Antartika ke dalam jadual perjalanannya. Perkhidmatan baharu ini dapat memperkukuh kekuatan syarikat dengan menambah baik produk perjalanannya.

Deer Jet kini menumpu pada reka bentuk perkhidmatan baharu demi menyediakan perkhidmatan kepada segmen-segmen baharu. Penerbangan Antartika ini akan merangsang pertumbuhan Deer Jet, di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengembara perniagaan global

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017294-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017294-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171218/2017294-1-c

 

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services